:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 12 Agustus 2012

'Aku Islam' atau 'Aku islam'?

Salam and hai bloggers sekalian.

Sengaja update blog tengah malam supaya feel 'lailatul qadar' tu up sikit. Tapi bukan nak cakap pasal lailatul qadar. Bukan. Bukan. But still ada kaitan dengan Islam.

Hmmm. Islam dan islam. Let me tell u one story about Islam and islam. 

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu 2 minggu lepas, saya rasa sangat boring. Takde on call. Tak tau nak buat apa. Dari petang dah set dalam kepala malam tu nak main game puas-puas sebab bukan selalu dapat cuti full dari petang Sabtu sampai Ahad. And pagi Ahad tu nak  bangun lambat sebab memang tengah 'cuti'. Heheh. Then, tetiba terbaca status sorang ukhwat yang update pasal ISK (Ini Sejarah Kita) daurah kat rumah dia. Walaupun saya bukan ahli usrah tu, tapi sebab tak tau nak buat apa, saya pun saja tanya boleh join ke tak. Dia cakap boleh. So, after maghrib tu saya terus pecut motor pergi rumah dia memandangkan kompleks rumah kitorang dekat je. And oleh sebab malam tu start usrah dah lewat sebab nak sembahyang terawikh, so terpaksa overnight rumah dia. Masa tu memang tak bawak apa-apa. Just bawak diri and henfon and motor sebab memang tak plan pun nak tidur rumah dia.

By the way, she is the naqibah for the usrah. Walaupun dia sebaya ngan saya, tapi dia sangat bagus dan bertauliah. Cara dia pimpin usrah rasa macam 'wahhhhh' Terasa diri ini sangat kerdil. Cara dia sampaikan ilmu sangat cool. Dan saya rasa memang terkesan dengan apa yang dia bagitau sampai ingat satu-satu and faham and terasa nak update dalam blog. Hehehe.

Malam tu after terawikh, usrah pun start. Kitorang bincang pasal Islam dan islam. Mesti korang pun tertanya-tanya apa beza Islam dan islam. At first saya pun macam pelik. Islam dan islam berbeza ke? Tapi lepas naqibah tu terangkan, baru saya faham apa beza 'aku Islam' dan 'aku islam'.

Let say 'aku Lari' dengan 'aku lari'. Kalau 'aku Lari', kita akan terbayang yang orang tu nama dia Lari. And tak semestinya dia sedang berlari. Tapi kalau sebut 'aku lari', yang terbayang dalam kepala for sure orang tu sedang berlari. 'Lari' dengan 'lari' dua kata yang berbeza. Satu menunjukkan kata nama, satu lagi menunjukkan kata kerja. Macam tu jugak 'aku Islam' dan 'aku islam'. Satu menunjukkan hanya islam pada nama. Tapi satu lagi menunjukkan dia memang mengerjakan islam tu sendiri. Apa yang islam suruh, dia lakukan. Apa yang islam larang, dia elak. Sebab islam pada dia adalah satu kata kerja, bukan kata nama. Get it,dear friends?

So, macamana dengan kita pulak? Kita ni Islam atau islam? Tepuk dada, tanya iman. :)

By the way, malam ni dah termasuk malam-malam terakhir Ramadhan. Ayuh pecutkan amalan-amalan yang baik supaya mala-malam terakhir bulan ramadhan kali ni tak sepi. Bukan senang nak dapat 'extra bonus pahala' macam bulan ramdhan. Takde kita dapat kat bulan-bulan yang lain. Apa lagi dengan 'super extra bonus pahala' pada malam Lailatulqadar. Heheheh. Semoga kita dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu malam ni. Aminnn.

Oke lah. Esok saya dah start masuk department baru. Pediatric. Hopefully everything gonna be smooth. InsyaAllah. And last but not least, selamat berpuasa kawan-kawan!


5 komentar:

Anonim mengatakan...

'Aku Islam' atau 'Aku islam'???

e d a y u a t e h mengatakan...

why?

Anonim mengatakan...

kurang faham...islam dan islam

nadia mengatakan...

hai doktor cantikkkkkkkkkkkkkk! :))

Anonim mengatakan...

lama x updet blog

:: IKLAN ::