:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 23 Maret 2012

ingat comel ke nak berahsia benda macam ni?

Assalamualaikum and hye.

Setelah berfikir semasak-masaknya, saya pun decide nak update blog instead of membaca jurnal gigi dan mulut walaupun esok ada post test sebab saya malas dah nak mengadap tulisan-tulisan. Biar saya pulak yang menulis. Hahah.

Sekarang ni nak story pasal rahsia. Korang mesti pernah terbaca atau tertengok cerita pasal sepasang kekasih yang salah sorangnya menderita penyakit kronik yang boleh bawak maut tapi thinking that this thing might make her girlfriend or his boyfriend sad, he or she decided to keep it by his/herself and staying away from orang yang dia sayang or suka tu walaupun dia tahu yang kekasih hati dia tu sayang gila kat dia. And in some stories, this characters dibawak oleh sebuah keluarga. Meaning that yang sakit tu salah sorang dari family members tu. Then terjadilah peristiwa-peristiwa yang menyayat hati perasaan jiwa dan raga bila yang sakit tu mati dan tinggalkan wasiat mintak maaf and explain all the reasons about what happened. And orang yang sayang dia ni pun menangis tersedu-sedu, dan tak kurang juga yang menyesal sebab pernah marah orang yang sakit ni and etc etc. Ahhh, typical sad-ending of love stories.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan segelintir manusia  (wahh ayat dah macam pemberita) yang suka laa nak secret-secret tentang penyakit dengan alasan dia tak nak orang sedih or kesian or whatever laa perasaan touching towards him or her. Even kalau benda ni jadi kat diri saya sekalipun, saya takkan buat macam tu. Mungkin orang akan cakap,"eleyhh, saja laa tu nak mintak kesian orang tu, then cakap dia ada penyakit kronik blablabla" tapi lantak laa. Saya kisah apa dengan mulut orang tu. 

Bagi saya, biarlah orang tahu from the very beginning yang saya memang ada penyakit so that after saya dah tak ada nanti tak perlu lah nak sedih-sedih or marah or menyesal sebab tak tahu yang saya ni sebenarnya sakit. Let say if kita berahsia dengan parents kita yang kita sebenarnya ada penyakit, pastu nanti bila kita dah tak ada parents kita rasa macam loser sebab anak sakit pun dorang tak tahu then rasa menyesal sebab tak jaga kita betul-betul then sedih sangat and of course laa it keep haunting our parents. Dosa wooo buat parents kita sedih. Dah laa dah mati, cemana nak tebus balik dosa tu? And the same thing happen to our wife or husband bila kita rahsia-rahsia pasal kita sakit. Mesti dia akan sedih memanjang sampai kadang-kadang ada yang tak sanggup nak cari pengganti sebab menyesal tak jaga kita betul-betul. Haaa, tak kesian ke kat orang yang sayang kita tu? Kesian kannnnn. Tapi lain cerita laa kalau nak berahsia dengan kekasih or crush or orang lain yang takde kaitan dengan kita. Sebab kalau kita berahsia sekalipun, bukan dapat dosa. Lagi bagus adalah. Hehe.

The point is jangan buat orang yang kita sayang sedih after kita tinggalkan dorang. Perhaps my imagination about this kinda story is way too high compared to the reality, but what im trying to say is tak guna kita nak berahsia dengan orang yang kita sayang when the secrecy is only makes them sad and live in upside-down world and at that time, we can do nothing untuk perbetulkan balik keadaan. Kalau betul kita sayangkan orang tu, kita takkan buat dia menangis atau sedih walaupun kita dah takde. 

Ehh, rasa macam sedih laa pulak entry kali ni. Dah laa. Emosi sangat pun susah jugak. Hehehe. That's all for this time! Bye bye! :)


1 komentar:

shiema sufian mengatakan...

errrrr, shiema no comment sebab shiema masih belum pernah alami sebegini rupa (:

:: IKLAN ::