:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 02 Maret 2012

asal tidur je kena tindih ngan hantu. nyampah betul!

Salam and hai bloggers sekalian.

Seperti biasa ayat pertama yang  harus ada waktu mukaddimah adalah "lamanyaaaaa aku tak update blog nihhh". Hehehe.

Okelah. Sekarang saya nak story pasal experience sendiri pasal kena tindih masa tidur. Saya dulu time sekolah menengah saya stay kat asrama. Memang start dari form 1 sampai form 5 duk asrama. And start duk asrama laa saya selalu tidur kena tindih ngan hantu. Kadang-kadang time kena tindih tu dah takde rasa takut dah sebab menyampah dah kat hantu yang tindih saya tu. Asyik kacau orang nak tidur je. Nak-nak kalau saya tidur petang. Alamatnya memang siap sedia laa kena tindih. Sebab tu sampai sekarang saya memang sangat-sangat jarang tidur petang. 


Kadang-kadang bila balik bercuti pun hantu tu ikut saya balik rumah. Saya ingatkan kat asrama je kena. Rupanya kat rumah pun kena jugak. Kesian kat saya. Huhu. Dah macam-macam benda yang saya nampak time saya kena tindih. Ada lembaga berbulu, hitam, mata merah, taring panjang dan macam-macam lagilah. Tapi kadang-kadang saya buka mata tapi macam tutup mata. Gelap tak nampak apa-apa. Time kena tindih tu, badan saya macam tak boleh nak gerak. Cuba laa macam mana pun, still tak boleh. Kalau boleh pun, just pergelangan tangan and kaki je yang boleh nak gerak godek-godek. Tapi kalau nak pusing badan ke apa ke, memang berat sangat-sangat. Time tu macam-macam ayat saya baca. Tapi kadang-kadang sebab takut sangat so macam blur tak tau nak baca apa. Memang scary lah bila tidur kena tindih ngan hantu.




Tapiiiiiii, itu dulu. Sekarang ni bila dah belajar sikit pasal ilmu kesihatan, saya dah tau dah kenapa boleh jadi macam tu. Actually, fenomena tidur kena tindih ngan hantu ni scientific name dia adalah 'Sleep Paralysis' atau 'Lumpuh Ketika Tidur'. Biasanya, lumpuh waktu tidur ni jadi masa korang baru je nak tidur atau dah tidur selama beberapa jam. Pastu korang rasa macam dah bangun, dah boleh bukak mata tapi fikiran macam melayang-layang. Time korang cuba nak betul-betul bangun tu baru korang sedar badan korang dah tak boleh nak gerak. Nafas pun rasa macam sesak. Nak menjerit pun suara macam tak keluar. Badan rasa berat yang amat macam kena tindih ngan sesuatu. And time tu jugak korang akan nampak bayangan-bayangan yang scary atau dengar orang menjerit and so on. Fiewwww. Scary kaaaannn?

Sebenarnya penerangan tentang lumpuh waktu tidur ni sangat laaaahhhh panjang. Tapi untuk lebih senang nak faham, lumpuh waktu tidur ni disebabkan oleh otak kita dah jaga tapi badan kita still lagi tidur. Biasanya keadaan macam ni jadi sebab kita terlalu letih atau waktu tidur kita yang tak menentu. Actually, tidur ni ada beberapa tahapan dia. Tapi malas laa nak tulis. Just nak kasi korang faham je. So, dari beberapa tahapan ni akan terjadi skipping stage time sleep paralysis. Maksudnya, korang sepatutnya tengah tidur lagi, tapi ntah camane otak korang dah terjaga, tapi badan korang still lagi dalam stage tengah tidur. Sebab tu korang rasa macam dah bangun tapi badan still tak boleh gerak. And pada masa ni, korang akan dengar suara-suara atau melihat bayangan-bayangan yang scary, dan itulah yang dinamakan halusinasi. Mungkin disebabkan otak korang masa tu tak berapa nak betul lagi, atau perasaan cemas sebab badan yang tak dapat nak digerakkan. 

Sooooooo, untuk adik-adik yang rasa macam takut lagi time kena tindih tu, pasni jangan takut-takut lagi k. Tak kisahla adik-adik ke, kakak-kakak ke, abang-abang ke, pasni dah tak perlu nak risau kalau rasa badan tu berat semacam je. Solution dia, jaga sleep timetable anda jangan kasi berterabur, and jangan tidur time letih yang amat. Kalau boleh, rileks-rileks dulu before tidur. Tenangkan fikiran. And yang penting, baca doa tidur. Kalau dah terlanjur kena tindih tu, jangan panik. Just rileks. Kasi badan korang rileks and bangun perlahan-lahan untuk elakkan korang rasa cemas yang amat then takde laa dengar or nampak benda-benda yang scary.

Oke laa. Dah panjang lebar dah menaip ni haa. Nak gi buat kerja pulak. Petang ni ada jaulah kat Sibolangit, Medan. Kalau saya rasa rajin, nanti saya upload and story kat korang. :D

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::