:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 24 Februari 2012

kami lalang sokong mesin rumput menang kali ni.

Salam and hai bloggers sekalian. 

"Orang dulu-dulu pernah berkata; Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Apa maknanya tu? Maknanya, lalang ni, bila dia ditiup angin, maka dia akan bergoyang. Angin tiup ke kanan, maka kekanan lah ia menuju. Angin tiup ke kiri, maka kekiri lah ia pergi. Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak tetap pendirian. Pepatah ni, memang sesuai betul untuk orang yang sedang mengalami pendirian tidak tetap."

[ini lah lalang yang digembar-gemburkan tersebut]

Amacam mukaddimah entry kali ni? Tak mengancam langsung kan? Haha. Siapa yang tak paham, tak perlu nak lanjutkan pembacaan. Sebab lepas ni kisah sindiran ini akan lebih complicated untuk difahami dan dimengerti. Eceyh ayat. Tak boleh blah.

Cerita bermula sekarang.

Nanti, akan ada satu masa dimana semua lalang-lalang di padang terpaksa menentukan sama ada mahu terus dibela oleh tuan tanah atau mau di'trim' oleh mesin rumput. Dengar kata, mesin rumput boleh 'trim' lalang jadi lebih elok dan kemas. Tapi bagi lalang-lalang macam saya, hidup kami sudah okay. Menghijau di padang tanpa kisahkan rumput-rumput yang pendek. Asalkan tuan tanah jaga kami. Kami hidup. Tapi kata rumput, mesin rumput lebih bagus. Mereka akan 'trim' lalang-lalang jadi lebih kemas. Lebih elok. Atau mungkin akan jadi pendek seperti rumput. Bagi rumput, pendek itu kemas dan elok. Kata mereka begitu. 

Kadang-kadang, lalang-lalang seperti saya juga mahukan perubahan. Mungkin betul kata rumput. Mungkin mesin rumput boleh buat kami lalang-lalang menjadi lebih kemas. Lebih elok. Bagaimana kami lalang-lalang ini nak tahu kebolehan mesin rumput kalau dari kecil sampai besar kami dijaga oleh tuan tanah. Tuan tanah yang biarkan kami menghijau di padang.

Tapi terfikir juga, kalau lah kata-kata rumput menjadi sebaliknya, menyesal lah kami nanti. Tuan tanah sudah susah payah menjaga kami sehingga kami lalang-lalang boleh tumbuh menghijau di padang. Tapi kami juga mahu melihat kebolehan mesin rumput menjaga kami.

Jadi, lalang-lalang sekalian. Apa kata kita biarkan mesin rumput menang kali ni? Kalau apa yang rumput cakap itu menjadi kenyataan, kita lalang-lalang pasti gembira. Tapi kalaupun kata-kata rumput itu hanyalah indah khabar dari rupa, biarlah. Mungkin itu akan menjadi pengajaran buat kita lalang-lalang sekalian. Lepas ni kita suruh lembu saja yang makan kita. Rasanya itu lebih baik.

Jom lalang-lalang sekalian. Walaupun kita mungkin TERPAKSA menerima mesin rumput untuk mengubah kita, sekurang-kurangnya kita boleh nampak perbezaan MESIN RUMPUT dan TUAN TANAH

Jadi, kata anda bagaimana?




:: IKLAN ::