:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Rabu, 18 Januari 2012

exam dah habis. boleh balik Malaysia. yeyehh!

Salam and hai bloggers yang TERsinggah kat my blog ni. Thanks dulu laa sebab sudi datang. :')



Dan entry pun haruslah tidak panjang sebab tidak rajin untuk menulis dan memikirkan idea. Just nak share dengan korang tentang betapa gembiranya saya sebab exam yang menggunung telah berjaya ku daki sehingga menuju ke puncak (gemilang cahaya lalalalala  *lagu akademi fantasia tiba-tiba*) Oke tak kelakar. 

Dengan berakhirnya exam hari ni, maka berakhirlah kisah sadis seorang mahasiswa fakultas kedokteran dalam bidang teori. Nanti naik semester baru, dah kena berhadapan dengan keadaan gawat darurat yang sebenar. Haruslah bersedia physically and mentally. :'(

Tapi yang syok dalam entry kali ni sebab esok saya balik Malaysia. HAHAHAHA! Saja je nak caps lock gelak tu supaya korang sedar dan faham saya memang tengah happy. HAHAHAHA sekali lagi. 

Oke dah. Tengah fikir apa yang nak kena settle sebelum balik Malaysia. Tapi macam malas nak berfikir buat sementara waktu sebab dah penat memikirkan jawapan yang harus ditanda time exam tadi. So, dengan tanpa rasa bersalah saya decide nak sambung tengok cerita House. Gregory House. :D

...............

Tapi oleh sebab rasa macam entry ni kosong sangat, so rasa macam nak letak gambar barang sekeping dua. Kasi warna sikit. Takde laa merah hitam je manjang macam emo. *ambil razor hiris wrist*

first anniversary cake. 

bersuka ria makan dim sum di hotel.

rasa macam comel pulak. hikhik

ahhh. manja sungguh cik syima. teka laa syima mana satu. sapa sapat teka saya kasi eskrem lolipop.

birthday cake yang sangat gorgeous. percaya tak?

Oke. Tu je laa. Buhbyeeeee! 

Selasa, 03 Januari 2012

kahwin muda isu sensitif.

Salam and hai bloggers sekalian.

Ini adalah versi copy paste dari seorang blogger lelaki. So, cara penulisan ada edit-edit sikit nak kasi nampak kemas. Dah mintak izin dah, jangan risau. Tertarik sebab macam kena dengan diri sendiri. :')

"Hurmm. Sangat lama tak post entry yang bermakna macam ni. Biasa entry cikai-cikai macam telur dadaq. Oke lah. Malas nak bermukaddimah sebab takut entry terpesong.

Kahwin muda : tak bermakna aku tengah berfikir macamana nak pujuk bapak ngan mak untuk membenarkan aku kahwin muda. Walaupun kadang-kadang terdetik jugak dalam hati, tapi takpa laa. Duit nak makan pun tak cukup lagi, gatai nak menikah pulak. Huhu.

Orang zaman sekarang terlalu memandang nilai hantaran. Memang tak semua, tapi mostly. Semacam takut untuk membenarkan anak-anak dorang kahwin muda tapi tak takut dengan kemungkinan untuk mendapat cucu luar nikah. Dan banyak sangat alasan yang dicipta untuk tidak membenarkan anak-anak dorang kahwin muda. Salah satu sebab....muda lagi.

Orang muda kena belajaq dulu, nanti dapat kerja elok, boleh tolong mak ayah, jangan gatai-gatai nak pakwe makwe, jangan duk gatai sangat nak kawen, belajaq tak habis lagi and blablabla. Tapi at the same time dorang tahu yang anak dorang memang tengah sangap nak nikah. (Tapi bukan aku laa. Aku rilek jaa. Cool. Hahaha.) Nak suruh dorang clash? Berpisah? Perasaan tak boleh dipaksa weyh.

Dan kadang-kadang orang muda pun takut nak kahwin muda. Sebab takut dipersalahkan, takut nak kasitau mak bapak, takut dengan apa yang orang lain akan cakap and blablabla. At the end, masing-masing ambil jalan mudah. "Takpa laa tak kahwin pun. Couple ja laa. Nak buat cemana? Mak bapak tak kasi." Salah siapa? Dan orang muda biasa lah nak mencuba sesuatu yang baru. Memang dah sifat biologis dah. Sebab tu sekarang banyak cerita kita dengar pasai remaja-remaja ni. Tapi tu laa. Depends jugak pada tahap mana otak dan akal diorang kawal perasaan nak mencuba tu.

Dan jugak, jangan nak samakan zaman sekarang dengan zaman dulu. Zaman dulu lelaki nak tengok muka perempuan pun payah. Berkurung dalam rumah 24 jam. Tapi kalau zaman sekarang, bukan setakat muka ja, seluruh anggota badan pun dah boleh tengok. Search kat Google, macam-macam dapat.

Satu ja laa nak cakap, untuk siapa-siapa yang ada perancangan untuk bertunang, apa salahnya kahwin terus. Sebab zaman sekarang, orang punya pikiran, bertunang tu macam dah separa menikah. Macam dah separa halal. Padahal hakikatnya belum. Bertunang ngan berkapel tu sama ja sebenarnya. Cuma yang beza adalah nama hubungan tu. Yang penting, tak halal. Kalau dah ada duit buat majlis bertunang, baik nikah je terus. Ya dak? Kalau nak jimat, nikah khitbah dulu. Dari pada membazir buat majlis 2 3 kali. Yang penting, halal. Alasan bertunang nak kenal hati budi sekarang ni dah tak laku. Bercouple bertahun-tahun takkan tak kenal lagi kot? So, nikah je laa.

Mesti ramai yang cakap "hek eley mamat ni..cakap bukan main tapi sendiri pun ada makwe..blablabla.." Yaa, aku mengaku. Tapi macam ni lah. Siapa yang rasa aku ni macam bapak ketam ajar anak berjalan, terserah. Tapi kalau boleh, jangan laa tengok pada aku yang bapak ketam ni. Tengok laa pada ajaran yang nak kasi anak jalan lurus tu.

Aku pun sebenarnya memang ada niat nak nikah khitbah, tapi duit tadak. Kalau ada duit, memang tadak masalah. Aku pun naik heran laa kenapa orang-orang kaya takmau nikah walaupun dah mampu. Kalau aku, dah lama dah. Bukan sangap nak nikah, tapi biarlah hubungan tu halal. Duk sayang-sayang tapi tak halal, malu aihhh. Ceyhhh, cakap senang macam makan kacang. Tau kat bapak ngan mak, habih laaa aku! Hahaha. Tapi  aku rasa kalau aku datang mintak elok-elok, cakap terang-terang, niat yang ikhlas, insyaAllah lembut hati mak bapak dia nak terima. Tunggu masa ja ni. Nanti balik nak pi kenai-kenai laa yang belah sana. Korang doakan laa aku murah rezeki. Tak banyak pun takpa, asal cukup ja. "

Hmmmm. Cemane korang? Tak terasa ke? Aduhhh. Saya nak sampai ke ulu hati jantung paru-paru dah ni. Hahaha. Okelah. Dah ngantuk. Nak study pulak ni. Bye and salam.

:: IKLAN ::