:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 11 Desember 2011

sedih pulak bila jadi macam ni. :'(

Salam and hai bloggers.


Kali ni update entry cepat-cepat sementara perasaan tersebut masih ada. Kadang-kadang saya terfikir, ada ke orang yang macam saya. Yang malu nak mintak duit dengan parents even dah memang kering-kontang. Selaku seorang student yang belajar dekat negara yang 'sangat memerlukan duit untuk menjalankan kehidupan seharian', saya jadi stress nak mintak duit banyak-banyak kali ngan parents saya. Saya malu. Segan. Ntah laa. Bukan nak berlagak baik ke apa. Saya hidup pun bukan untuk impresskan orang tentang perangai saya yang satu ni, tapi tak tau laa. Walaupun tu je tempat saya bergantung harap untuk mendapatkan duit, tapi bila dah kena mintak banyak kali ni, rasa macam loser pun ada. Rasa macam 'Kenapalah hidup aku ni perlu menyusahkan orang? Kenapa laa aku datang belajar kat sini? Kenapa laa? Kenapaaaaaaa?'. Tapi saya tak boleh cakap macam tu. Tak baik mempersoalkan qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan. 

Bila dah sesak-sesak macam ni, mesti ada rasa nak give up belajar kat sini. Sedih. Kecewa. Geram. Sebab duit yang sepatutnya saya boleh kumpul untuk kawen buat benda lain terpaksa dihabiskan untuk bayar benda-benda yang SEPATUTNYA tak perlu bayar mahal-mahal. Terseksa batin saya tau tak. Sedih. Kecewa. Geram. Saya pun bukan dari keluarga yang berada sangat pun. Family saya biasa-biasa je. Kesian kat parents saya nak tanggung saya belajar kat sini. And setiap kali saya call my mom cakap saya menyesal belajar kat sini sebab banyak pakai duit, my mom mesti cakap 'Takpe laaa. Orang belajar memang banyak pakai duit. Nanti dah kerja, dapat laa balik duit tu.' TAKKKK! Bukan semua orang belajar banyak pakai duit macam saya. Kalau kat Malaysia, dapat PTPTN. Silap-silap boleh ada duit lebih lagi. Sebab tak perlu nak beli barang untuk belajar. Kat fakulti semua dah ada. Tapi kat sini, semua barang yang patut dapat free, semua kena beli even sehelai surat. Dan tak perlu nak bayar urusan surat menyurat yang sangat mahal walaupun sekadar sebuah cop untuk pulang ke Malaysia. Tak perlu nak beli barang yang selalu kena curi. Tak perlu nak susahkan parents saya. 

Semester ni paling banyak saya guna duit. Even duit yang saya kumpul dari pinjaman FELCRA dalam bank tu pun dah nak kering. Dah tak tau dah nak cekau kat mana ni. Dah laa terpaksa beli motor baru sebab motor saya hilang kena curi. Terpaksa beli helmet baru sebab helmet saya hilang kena curi jugak. Terpaksa bayar duit untuk perpanjangan izin tiggal terbatas untuk students Malaysia yang mahal nak mati. Terpaksa bayar izin balik Malaysia yang berupa sebuah cop yang mahal nak mati jugak. Terpaksa tau tak. TERPAKSA! *matabergenang* Tapi banyak jugak saya habiskan duit sebab nak siapkan penelitian saya. Nak kena buat fotocopy banyak-banyak. Hurmmmmm.





"Ya Allah, kuatkan lah hatiku, kuatkan lah kesabaranku. Hanya kepada-Mu aku berserah." :'( 

:: IKLAN ::