:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 22 September 2011

remaja memang suka memberontak. "kau pehal?"

Salam and hai bloggers sekalian.

Dah almost 1 week jugak tak update blog. Banyak benda yang berlaku. Sampai lah aku ada kesedaran untuk update blog kali ni. Huhu. Sedikit update dan juga alasan kenapa tak terdetik pun di hati nak update blog :

- Ayah saudara aku meninggal dunia hari Isnin yang lepas (18.9.2011). Walaupun jarang berjumpa sebab aku belajar jauh, tapi dia ayah saudara yang rapat dengan aku, dengan family aku. And i love him. :'( AL-Fatihah untuk beliau. 

- Esok, Sabtu, 24.9.2011, aku ada exam mid sem. See, esok nak exam, hari ni boleh pulak update entry. Tapi takpe, rest kejap.

- Aku kecik hati ngan seorang budak yang kurang ajar. Seriously sh**. Sampai takde mood nak buat apa-apa. Sensitif kan aku. Heh.

- Member-member aku pindah rumah so aku kena tolong dorang.

Dan banyak lagi lah. Malas nak cerita panjang-panjang. 

So, back to the story. Remaja. Memang masa remaja laa yang paling bahaya. Sebab mereka yang bergelar remaja sangat-amat-paling kuat jiwa mereka memberontak. As a teenager, aku pun macam tu jugak. Kadang-kadang rasa macam, "Semua benda pun tak boleh. Boleh blahhhh laaa!!" 

Semangat remaja untuk memberontak memang berkobar-kobar. Tak kisahlah dari segi apapun. Sosial, agama, politik. Yang pasti, mereka akan cuba untuk menidakkan apa yang dah menjadi satu kemestian atau satu pegangan. Mungkin tak semua macam tu. Aku tau. Dan haruslah trend atau pemberontakan itu akan diikut oleh remaja yang lain. Atau dieksploitasi oleh sesetengah pihak untuk memberi peluang kepada remaja mengekspresikan jiwa memberontak mereka demi keuntungan pihak tersebut. Dengan mengadakan mogok atau rusuhan mungkin?

Kadang-kadang aku rasa macam something wrong bila aku perhatikan orang yang ada di sekeliling aku. "Betul ke apa yang mamat ni cakap? Minah ni boleh percaya ke? Pendapat remaja-remaja ni boleh pakai ke? Macam tak je." Sebab apa. sebab remaja memang suka memberontak. Menidakkan apa yang orang suruh. Buat dunia macam dunia mereka. Sebab tu ramai yang tersasar ke jalan yang tak lurus.

Well. Remaja tak remaja. Dunia tak dunia. Satu je yang kita kena ingat. Setinggi mana pun kita belajar, sekuat mana pun kita memberontak, sebengkok mana pun jalan yang kita ambil, sejauh mana pun kita tersasar, atau setinggi mana pun jawatan kita, kita tetap ada agama kita. Agama Islam. Kita tetap ada Tuhan kita. Allah S.W.T. Kembalilah kepada pegangan kita yang satu ini. InsyaAllah, kita akan tetap terpelihara. 



Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::