:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 08 September 2011

kenapa jadikan artis sebagai ikon?

Salam and hai to all bloggers.

Walaupun dah sangat lama tak update blog, tapi takpe laa. Abaikan sarang labah-labah atau debu anai-anai atau kulat-kulat yang tumbuh kat celah-celah blog ni. Haha. Oke, kembali ke topik asal. 

"I sebenarnya minat sangat kat Siti Noor Halijah tu. Dia memang berkaliber gila and I rasa dia memang hebat. That's why I jadikan dia idola I dari kecik lagi." 

"Ishhhh, wa memang salute gila laa kat  kumpulan rock kapak tu kan. Nak-nak vocalist dia yang suara macam hantu raya tu. Alaaaa, kumpulan 'Cari' tu laa weyyy. Dah laa suara gempak, gaya pun gempak beb!! Memang dah jadi idola wa laa Amy Cari tuh!" (Sorry, aku tak reti nak buat gaya orang ganas-ganas ni sebab aku ni lemah gemalai dan bersopan santun orangnya.)

"Kau kenal tak ngan penyanyi lelaki yang nyanyi lagu 'Bahagia dalam Pisah' tu? Si Shahril tu lah. Aku suka laa tengok dia. Dah laa orang cakap dia baik tau. Hensem pulak tu. Kalau laa aku boleh jumpa dia, aku nak peluk ketat-ketat tanak lepas. Dia memang complete laa bagi aku."

Korang pernah dengar tak ungkapan-ungkapan kat atas? Banyak lagi sebenarnya, tapi aku takde masa nak fikir ayat-ayat yang aku sendiri pun menyampah nak dengar. Bagi aku, orang-orang yang suka sangat nak meng'idola'kan artis-artis ni memang dah hilang arah dan tujuan. Huhu.

Ramai sangat orang-orang kat luar sana yang jadikan artis-artis sebagai idola diorang. Nak-nak pulak remaja-remaja yang tengah masak ranum. Tak kisah laa artis tu dari genre apa sekalipun. Yang Korea dengan gaya K-Popnya. Yang rock dengan gaya ganasnya. Yang rock kapak dengan gaya tangkap-cintan-nya. Yang gedik memang toksah cakap. Belambak.

Kalau agama lain tu aku tak boleh cakap apa laa kan. Tapi aku pelik dengan saudara seagama aku especially golongan remaja-remaja laa. Apa yang hebat sangat kat artis sampai artis tu nak dijadikan idola? Kalau setakat artis perempuan yang pakai baju ketat, sendat macam sarung nangka, pastu baju pulak dedah sana sini sampai terjojol semua benda, lebih baik korang jadikan pengemis jalanan tu sebagai idola korang. Tettttttt. At least ada sebab kenapa dia pakai baju koyak rabak. Sebab tak mampu. Tapi artis? Heh. Yang peliknya lagi, artis-artis lelaki boleh pulak pakai baju 2 3 lapis. Kan? *thinking*

Satu je laa aku nak tanya korang kat luar sana yang sanjung sangat artis-artis kesayangan korang tu. "APA KORANG TAK INGAT KE KORANG ADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG SANGAT PERLU KORANG JADIKAN SEBAGAI IDOLA? APA LEBIH ARTIS TU DARI NABI JUNJUNGAN KITA?"  Ehhh, dah dua kan? Tadi cakap satu je? Haha. Lantak lah. Yang penting, orang paham. Lastly, maaf kalau tersilap kata terkasar bahasa. SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Sekian, terima kasih. :) 

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::