:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Sabtu, 10 September 2011

coach bukan-wanita menyeramkan.

Salam dan selamat pagi bloggers sekalian.

Aku dah aktif balik berblogging ni. Sebab rumah aku kat Medan memang ada internet. Owhhh, lupa nak cakap walaupun takde orang yang nak tanya, aku dah balik ke Medan 5.9.2011. Tak tau laa bila pulak boleh balik Malaysia lagi sebab next semester aku dah start clinical. InsyaAllah.

Okelah. Sekarang aku nak cerita pasal satu cerita yang bertajuk seperti di atas. Time cuti hari tu, aku pergi laa jalan-jalan kat KL. Dah lama gila tak pergi KL rasa macam jakun pulak nak-nak time nak naik LRT, STAR, komuter bagai tu. Memang agak cuak sebab aku takut silap jalan. Tapi berbekalkan semangat yang jitu, aku teruskan jugak perjalanan aku dari Stesen Telok Gadong, Klang ke rumah bestfriend aku yang boleh dikatakan dah 7 tahun tak jumpa di Stesen Kepong, Kepong. Kalau yang dah lama bergelumang dengan 'lipan-lipan besi yang bergerak pantas' ni memang tahu lah yang aku kena transit kat KL SENTRAL nanti. And actually aku mula-mula tu ingat tak payah nak transit sebab dalam map kat stesen tu laluan macam straight je tapi sebenarnya warna laluan tu lain-lain. Nasib baik laa assumption aku betul yang warna-warna lain-lain tu sebab laluan dia bersilang. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Huhu

Lepas tu korang tau tak yang sekarang dah ada koc wanita? Mesti tahu kan? Aku pun dah lama tahu. Tapi tak pernah naik sebab this is the first time aku balik Malaysia since wujudnya koc untuk kaum hawa ni. So, ni first time laa aku naik kat koc wanita. Hehehe. Stesen Telok Gadong ni memang sepi sikit. Tak ramai orang yang naik kat situ tapi sebab dekat ngan rumah akak aku, so aku rilek je laa. Nak dijadikan cerita, time train datang, dia macam terlajak tau. Ala-ala terlajak perahu boleh diundur, terlajak train dah tak boleh undur dah laaa. So, kena kejar laa jawabnya. Aku pun berlari-lari anak pergi kat train tu tapi koc wanita macam jauh je. So, aku beranikan diri masuk koc bukan wanita.


gerabak untuk kaum hawa.

aku sengaja malas nak hitamkan muka orang-orang tersebut. sungguh tidak tahu malu. -gambar tiada kaitan dengan cerita-

MAK AIIIII! Seram gila aku rasa masuk koc bukan wanita ni. Dah la bau kepam. Semua lelaki pulak tu. Aku memang cuak laaa. Tapi aku cool je. Takde laaa nak menjerit-jerit suruh driver train tu stop. Ehhhh, train ada driver ke? Haha. Masa aku masuk tu, semua mata-mata lelaki tu pandang arah aku. Aku intai jugak kot-kot laa ada wanita lain tapi sayangnya aku sengsorang je berjenis kelamin perempuan dalam gerabak tu. Korang dapat agak tak apa yang aku buat lepas tu?

Disebabkan seram sebab naik koc yang semuanya lelaki, aku turun kat stesen yang seterusnya and tunggu kat situ. Memang sunyi sepi, takde orang langsung kecuali dua orang pegawai lelaki yang berbaju biru dan angin je yang sepoi-sepoi bahasa. And aku terpaksa menunggu train lain almost 1hour. Bijak kan aku?

Sekian, terima kasih.

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::