:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 27 September 2011

ni berita ke artikel lucah?

Salam and hai bloggers.

Bertemu lagi kita dalam segmen kali ni yaitu 'kesian kat budak-budak sekarang', dan bersama saya lagi, Edayu Ateh. *blurghhh* 

Kali ni nak kasi pendapat yang tak berapa nak panas tapi mungkin agak suam-suam kuku. Heh. Seingat aku laa, dulu cikgu bahasa melayu bahagian penulisan aku selalu suruh kitorang iaitu anak-anak murid dia baca surat khabar atau dengar berita untuk mantapkan kitorang punya penggunaan kosakata dan jugak perbendaharaan kata. Sebab pembaca berita dan berita-berita dalam surat khabar ni biasanya guna ayat-ayat yang bombastik pung pang pung pang. So, selain dapat cilok dorang punya kosakata atau ayat-ayat yang dorang guna, boleh juga kita tahu perkembangan isu-isu semasa. Dan memasukkan isu-isu semasa dalam karangan berbentuk fakta akan memberikan markah tambahan kepada anda. Oke, sekian saja trick-trick yang dapat digunakan dalam exam korang. Bye!

*pang!!* <-- kena lempanng

Wuwuwuwu. Aku gurau je pon. Korang ni emosi sangat la. Sobs. Oke. Oke. Berbalik kepada tujuan utama entry aku kali ni. Haaa, tadi tu aku dah cakap mukaddimah tentang berita-berita dulu. Tak kisah laa surat khabar or berita kat tivi pun, semuanya menjadi bahan rujukan pelajar-pelajar especially yang rajin macam aku (tettttt) untuk mendapatkan informasi yang terkini.

TETAPI, sekarang aku tengok cara tu dah tak boleh pakai dah. Even aku yang dah baligh ni pun macam malu je nak baca surat khabar atau dengar berita kat dalam tivi sekarang ni. Macamana tak nak malu kalau dah berita yang disampaikan berbaur lucah? 18SX? Hina agama Islam? Macam tu ke nak suruh dijadikan panduan belajar? No wonder laa perangai budak-budak sekarang makin teruk. Tak payah nak susah-susah sembunyi dari ayah baca bahan-bahan lucah ni. Cukup dengan dengar berita kat tivi atau baca je dalam surat khabar. 

Tak percaya? Oke. Zoom it!

baru balasan kat dunia, belum lagi balasan kat akhirat..


"Alaaaahhhh, even dorang blurkan gambar ni pun, aku tahu laa. Banyak lagi berita yang tunjuk gambar ni. Tak pun nanti seacrh kat Google. Kompem keluar. Hahaha!" Ali, 12 tahun.

" MAKKKK!! PESTA LESBIAN TU APA? BIRTHDAY PARTY JUGAK KE? NAK PERGI!!" Sofia, 10 tahun.

pencegah maksiat yang bodoh melampau-lampau..mintak si bangang tu mati awal boleh?

ini yang paling bodoh pernah aku tengok..or mungkin ade yang lagi bodoh dari ni..

Haaaaaaa!! Seee!! Itu baru beberapa keping je yang aku jumpa. Kalau buatnya aku semangat cari semua artikel-artikel lucah dalam surat khabar, mau sebulan korang duk bace aku punye entry ni haaa. Mana pergi pihak berwajib dalam menangani masalah-masalah macam ni? Takkan nak biarkan je? Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


"H****n m***o muka depan kata lain bahagian iklan kata lain. Kat bahagian iklan tue banyak betul iklan2 maksiat. Yang aku tak tahan tue siap highlight lagi warna biru cair pada iklan pengurut wanita muda. Aku pernah telefon ada apek jwb ya mahu indon, filipina, vietnam, china dll. Apa nak jadi dgn H****n m***o nie??????????? -BERNAMA-"

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::