:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 27 September 2011

ni berita ke artikel lucah?

Salam and hai bloggers.

Bertemu lagi kita dalam segmen kali ni yaitu 'kesian kat budak-budak sekarang', dan bersama saya lagi, Edayu Ateh. *blurghhh* 

Kali ni nak kasi pendapat yang tak berapa nak panas tapi mungkin agak suam-suam kuku. Heh. Seingat aku laa, dulu cikgu bahasa melayu bahagian penulisan aku selalu suruh kitorang iaitu anak-anak murid dia baca surat khabar atau dengar berita untuk mantapkan kitorang punya penggunaan kosakata dan jugak perbendaharaan kata. Sebab pembaca berita dan berita-berita dalam surat khabar ni biasanya guna ayat-ayat yang bombastik pung pang pung pang. So, selain dapat cilok dorang punya kosakata atau ayat-ayat yang dorang guna, boleh juga kita tahu perkembangan isu-isu semasa. Dan memasukkan isu-isu semasa dalam karangan berbentuk fakta akan memberikan markah tambahan kepada anda. Oke, sekian saja trick-trick yang dapat digunakan dalam exam korang. Bye!

*pang!!* <-- kena lempanng

Wuwuwuwu. Aku gurau je pon. Korang ni emosi sangat la. Sobs. Oke. Oke. Berbalik kepada tujuan utama entry aku kali ni. Haaa, tadi tu aku dah cakap mukaddimah tentang berita-berita dulu. Tak kisah laa surat khabar or berita kat tivi pun, semuanya menjadi bahan rujukan pelajar-pelajar especially yang rajin macam aku (tettttt) untuk mendapatkan informasi yang terkini.

TETAPI, sekarang aku tengok cara tu dah tak boleh pakai dah. Even aku yang dah baligh ni pun macam malu je nak baca surat khabar atau dengar berita kat dalam tivi sekarang ni. Macamana tak nak malu kalau dah berita yang disampaikan berbaur lucah? 18SX? Hina agama Islam? Macam tu ke nak suruh dijadikan panduan belajar? No wonder laa perangai budak-budak sekarang makin teruk. Tak payah nak susah-susah sembunyi dari ayah baca bahan-bahan lucah ni. Cukup dengan dengar berita kat tivi atau baca je dalam surat khabar. 

Tak percaya? Oke. Zoom it!

baru balasan kat dunia, belum lagi balasan kat akhirat..


"Alaaaahhhh, even dorang blurkan gambar ni pun, aku tahu laa. Banyak lagi berita yang tunjuk gambar ni. Tak pun nanti seacrh kat Google. Kompem keluar. Hahaha!" Ali, 12 tahun.

" MAKKKK!! PESTA LESBIAN TU APA? BIRTHDAY PARTY JUGAK KE? NAK PERGI!!" Sofia, 10 tahun.

pencegah maksiat yang bodoh melampau-lampau..mintak si bangang tu mati awal boleh?

ini yang paling bodoh pernah aku tengok..or mungkin ade yang lagi bodoh dari ni..

Haaaaaaa!! Seee!! Itu baru beberapa keping je yang aku jumpa. Kalau buatnya aku semangat cari semua artikel-artikel lucah dalam surat khabar, mau sebulan korang duk bace aku punye entry ni haaa. Mana pergi pihak berwajib dalam menangani masalah-masalah macam ni? Takkan nak biarkan je? Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


"H****n m***o muka depan kata lain bahagian iklan kata lain. Kat bahagian iklan tue banyak betul iklan2 maksiat. Yang aku tak tahan tue siap highlight lagi warna biru cair pada iklan pengurut wanita muda. Aku pernah telefon ada apek jwb ya mahu indon, filipina, vietnam, china dll. Apa nak jadi dgn H****n m***o nie??????????? -BERNAMA-"

Kamis, 22 September 2011

remaja memang suka memberontak. "kau pehal?"

Salam and hai bloggers sekalian.

Dah almost 1 week jugak tak update blog. Banyak benda yang berlaku. Sampai lah aku ada kesedaran untuk update blog kali ni. Huhu. Sedikit update dan juga alasan kenapa tak terdetik pun di hati nak update blog :

- Ayah saudara aku meninggal dunia hari Isnin yang lepas (18.9.2011). Walaupun jarang berjumpa sebab aku belajar jauh, tapi dia ayah saudara yang rapat dengan aku, dengan family aku. And i love him. :'( AL-Fatihah untuk beliau. 

- Esok, Sabtu, 24.9.2011, aku ada exam mid sem. See, esok nak exam, hari ni boleh pulak update entry. Tapi takpe, rest kejap.

- Aku kecik hati ngan seorang budak yang kurang ajar. Seriously sh**. Sampai takde mood nak buat apa-apa. Sensitif kan aku. Heh.

- Member-member aku pindah rumah so aku kena tolong dorang.

Dan banyak lagi lah. Malas nak cerita panjang-panjang. 

So, back to the story. Remaja. Memang masa remaja laa yang paling bahaya. Sebab mereka yang bergelar remaja sangat-amat-paling kuat jiwa mereka memberontak. As a teenager, aku pun macam tu jugak. Kadang-kadang rasa macam, "Semua benda pun tak boleh. Boleh blahhhh laaa!!" 

Semangat remaja untuk memberontak memang berkobar-kobar. Tak kisahlah dari segi apapun. Sosial, agama, politik. Yang pasti, mereka akan cuba untuk menidakkan apa yang dah menjadi satu kemestian atau satu pegangan. Mungkin tak semua macam tu. Aku tau. Dan haruslah trend atau pemberontakan itu akan diikut oleh remaja yang lain. Atau dieksploitasi oleh sesetengah pihak untuk memberi peluang kepada remaja mengekspresikan jiwa memberontak mereka demi keuntungan pihak tersebut. Dengan mengadakan mogok atau rusuhan mungkin?

Kadang-kadang aku rasa macam something wrong bila aku perhatikan orang yang ada di sekeliling aku. "Betul ke apa yang mamat ni cakap? Minah ni boleh percaya ke? Pendapat remaja-remaja ni boleh pakai ke? Macam tak je." Sebab apa. sebab remaja memang suka memberontak. Menidakkan apa yang orang suruh. Buat dunia macam dunia mereka. Sebab tu ramai yang tersasar ke jalan yang tak lurus.

Well. Remaja tak remaja. Dunia tak dunia. Satu je yang kita kena ingat. Setinggi mana pun kita belajar, sekuat mana pun kita memberontak, sebengkok mana pun jalan yang kita ambil, sejauh mana pun kita tersasar, atau setinggi mana pun jawatan kita, kita tetap ada agama kita. Agama Islam. Kita tetap ada Tuhan kita. Allah S.W.T. Kembalilah kepada pegangan kita yang satu ini. InsyaAllah, kita akan tetap terpelihara. 



Minggu, 18 September 2011

terima kasih sebab block lubang tersebut.

Salam and hai bloggers.


Situasi pertama : 
Hairan bin ajaib. Baru satu hari tak balik rumah sebab tolong member pindah rumah baru. Balik-balik rumah tengok air yang penuh satu kolah dah kering kontang padahal sebelum ni elok je bertakung air tu. Yang tambah pelik, ada lipan pulak sekor dalam kolah. Ntah dari mana ntah beliau datang. Ke lipan tu yang sedut air kolah sampai kering? Hurmmmmmm~~~ (-_-!)


Situasi kedua:
Owhh. Aku rasa macam dah boleh buat conclusion laa pasal lipan dan air kolah ni. Sebab air kolah dah kering buat kali kedua dan seekor anak lipan dijumpai sedang memberenangkan dirinya di dalam kolah tersebut. So, mesti selama ni lipan-lipan tersebut bersembunyi kat dalam lubang dalam kolah tu dan block air sehingga air kolah tidak bocor. Agak ingin berterima kasih di situ. Tapi dimana lubang itu menyembunyikan dirinya? Hurmmmmm~~ 
(-_-?)


Situasi ketiga:
Belum ada. Nanti dah ada aku update. Hehehehe.


ini lipan.
bukan lipas.

Sabtu, 17 September 2011

kau nak tahu apa aku buat bila...

Salam and hai bloggers.

apa yang aku buat bila gaduh ngan adik aku? 
apa yang aku buat bila adik aku marah aku?
apa yang aku buat bila aku rasa adik aku tak hormat aku?
apa yang aku buat bila aku geram adik aku taknak dengar cakap aku?
apa yang aku buat bila adik aku kurang ajar dengan aku?

MENANGIS..SELAMA MANA AKU MASIH INGAT BENDA TU, AKU MENANGIS..

maybe im not a good sister
and maybe im not that matured to tell u things u should do
and what u shouldn't
because u are old, matured enough to think
and scold me back whenever i tell u what is the right thing to do
and i dont have the strength to fight u back
because whenever i make u angry
i will mad at myself 
and maybe that is why
older sister is always being an older sister.

p/s : orang yang ganas macam aku pun boleh kalah dengan air mata bila masuk part adik-kurang-ajar..blurghh~


jangan salahkan kami. kami tau kami salah. ehh?

Salam and hai bloggers.

Oke. Oke. Aku tau aku dah update entry 2 kali hari ni. And its way better for me to be with my lecture notes instead of menghadap lappy. Tapi, perasaan yang datang tanpa diundang ni membuatkan aku rasa serba salah untuk tidak mengungkapkannya. Maybe this is the only way aku boleh share dengan orang tentang apa yang aku fikir without being scared to be blame of. Broken English? Heh. 

Hurmmmm. Terdetik dalam hati aku untuk update entry pasal politik Malaysia. Tapi aku tanak orang cakap entry aku macam sampah. Owwhhh. Wait. Jangan salah faham. No. Its not about my writing yang macam sampah, but its about the word 'politic' itself. If im not mistaken, that word, i mean politic, is equal to 'sampah'. Errrr, am  i toooooooo much? Well. Aku sengaja.

Owhhh, back to the story. Dari pengamatan aku laa kan, ramai oversea students dah mula sedar tentang politik and agama. How can i know? Well, dari blogwalking, status-status di Facebook, and member-member aku sendiri yang macam dah 'tersedar' dan back to reality. Of course laa aku happy dengan dorang. Even aku sendiri pun berdoa untuk jadi way better than me today. 

Tapi itu lah. At the same time aku terfikir jugak, yang mana sebenarnya betul? Yang biru atau hijau? Yang timbang atau bulan? Yang merah atau biru laut? Dan yang lain-lain jugak. Pening dengan cara poli-tikus - poli-tikus ni berpolitik. Sangat pening. Sampaikan ada satu tahap aku rasa jijik bila tengok muka-muka orang yang berkenaan and terkenangkan cara orang-orang ni meraih undi or belas kasihan. No need to mention more i think.

One of my friends said to me, and u should take note that she is an oversea student. She said, "Cuba bayangkan kita ni macam ikan. We lived for a long time in a dirty water. Sooooo long sampaikan kita tak sedar yang air tu kotor sebab kita dah biasa hidup dalam air yang kotor. But once kita dikeluarkan dari air kotor tu, baru lah kita nampak how dirty that water was. And we should be praise to Allah because He gives us chance to be one of the fishes that had been taken out from the dirty water and realized something." Well, maksud yang begitu dalam sampaikan aku boleh ingat satu-satu ayat yang dia kasi. Owhh, maybe laa lain sikit tatabahasa yang dia gunakan sebab dio kecek kelate ngan kawe. Hehe. Tapi takpe laa kan. Asalkan kita sampai kepada maksudnya.

The point is, jangan salahkan mereka yang akhirnya sedar atas kesedaran sendiri untuk berubah dengan mengatakan mereka adalah dikalangan orang yang tidak sedar dek untung, seperti melepaskan anjing tersepit, dan lain-lain lagi. Cuma yang perlu dipersoalkan adalah, sampai bila kita nak duduk dalam air yang kotor? Ke korang rasa cemana? Aku pening ni. Hari mengundi dah nak dekat ni. Hahaha. 

Sekian, terima kasih.


pasni gua nak update pasal raya la pulak. hehe.

Jumat, 16 September 2011

berkasih-sayang sementara masih ada masa.

Salam and hai bloggers.

I have class today and i didn't go. Ehem. Well, im trying to wash away the guilty feeling by making a confession here. And it didn't work i think. Sobs. Sooooooo, back to the story. It takes more than a month to update this story which happened bout a couple of month ago. As u guys know, i have my 2-month-holiday (its quite long and i bet this is the first time since i studied here in USU, Medan) but it's still not long enough for me to spend my precious time with my family and friends. But, as the time goes by, i did a lot of things to fill up my holiday. And nowwwwww, let the pictures talk!! :)

But, i have to write it too anyway because i realize the pictures cant really talk. Sobs. Okay. These are the pictures that have been taken at the first week of my holiday. Being with family is such a great time!!

my youngest lil bro, ezham..we call him 'adek'

and this is my lil sis, ellya and she is very gedik..blurghh~

i taught them how to make crossed eye..haha

how i wish i can do this too!! ellya is covering ezham's butt..haha



anyoyoyo..what a cute face of me..oppss..i mean my lil bro..heh~

the common place where ezham can be found when we lost him at mall..

And then, only on the 3rd week of my holiday, my dad gave the permission for me to see my friends at KL (dengan alasan aku nak pergi uamh kakak aku kat Johor and thats the only reason why i can go to KL then baru head to Johor). And i took the opportunity to see my goody buddy, Wanieychan. Lepak umah dia dalam 2 hari, makan handmade cheesecake *craving!*, out to see the Japanese something-something (aku lupa apa nama dia, semacam pasar malam laa tapi versi Jepun..weird?? Heh.) And these are the pictures.

what we call this?

waniey with my uni friends, amar and hafizi..hafizi is waniey childhood friends by the way..

and thats me!

japanese food..and honestly, im not really into it..waste of me! :'(

And this is the best part of my holiday. Finally, after 7 years, i can meet with my lovely-goody-bestie-friend ever. Owhhh, how i miss to see them again! By the way, entry yang pasal naik koc wanita blablabla tu pasal nak pergi umah nadia ni laa. Haha. Not remember? Sila scroll ke entry sebelumnya. Or maybe sebelum-sebelumnya.

3 of us..nadia-farah-ayu..

us again..i love u, my gurlfriends! muahhhh3~

out to somewhere that i dont remember..hahaha..with nadia's family..


this is nadia's husband..they are lovely couple..and im a lil bit jealous with them..haha

i love u gurls and it is for FOREVER!

ada sape-sape yang tahu tempat ni kat mane? mind to remind me? hehe

And then baru lah aku menjejakkan kaki ke Johor yang mana telah menjadi udang di sebalik mi. Ke korang tak paham? Oke la. Straight to the point. As i said before, pergi Johor to see my anak buah adalah satu alasan untuk aku jalan-jalan kat KL. Arghhhh. Malas laa pulak nak explain. Korang paham-paham laa sendiri.

aqeel and harith, my cutey-mutey pies..

nakal laa harith ni..selalu usik adik die..

harith yang nakal dan bising dan kuat menjerit dan selalu kena gigit ngan ateh..opsss!!


kita tengok kepala siapa lebih keras! heh..

And the last one is when i wanna go back home. It was the last day before Muslims start fasting. Family aku datang KL untuk  membawa aku pulang ke pangkal jalan. Wuwuwuwu. Tapi sebelum tu, pergi makan lu reramai at i-dont-remember-where. Hahaha

ellya is a gemuk gurl~



farhan and tok ma...

I think thats all for this time. The guilty feeling of being absent from class is still haunting me. OMJAYYY! I have to study now. But before that, let me finish the HIMYM series first. Hahaha.

Sekian, terima kasih for reading this entry. :)


inilah cara kami 'bermesraan'.

Salam and hye bloggers.

Just take some time to rest my mind from all these paperworks and notes. My mid-exam just around the corner. Huwarghhhh! Ehemm. Ehemm. *clear throat* Tak tau macamana nak start entry kali ni sebab memang tengah blur gila. Gila pun tak blur macam ni. Disebabkan exam yang selalu datang tanpa diundang, dan diri ini semacam malas pulak untuk belajar pada petang yang damai ni. Teringat time selalu buat study group dulu. Aku suka study group dengan orang yang pandai-pandai ni sebab when i point out the things i dont know, they will give the answers. Owh, memang hidup aku menjadi sangat bermakna dengan adanya dorang. Thanks guys!

Dan akhirnya aku pun terlupa entry ni sepatutnya cerita tentang 'kemesraan'. Heh. Actually this is not about the 'kemesraan' between adam and hawa. Ini adalah 'kemesraan' antara seniors and juniors. Perghhhh. Aku kalau ikutkan hati dah malas nak ingat pasal Minggu Suai Kenal yang dikenali sebagai OSPEK. Aku memang tak sangka ospek kat sini sangat kejam macam orang yang nak masuk tentera. 

Sebagai seorang 4th-year-senior (eceyhhhh!), aku memang ternanti-nanti laa ospek ni. Time ni memang aku balas dendam habis-habisan.  Sebab masa aku first year dulu, memang teruk laaa aku and members yang sekali ngan aku time tu kena bambu ngan seniors kat fakulti kitorang. Malas aku nak cerita sebab memang menyakitkan hati, jiwa, dan raga. Issskk. :'(

comel kan uniform diorang? HAHAHAHA

And pada ospek kali ni, aku telah berlaku kejam pada 2 orang junior dengan menyuruh diorang untuk berlakon sebagai bidan yang sedang menyambut kelahiran bayi. Perghhhhh!! Marah-marah, tenking-tenking benda biasa je time ospek. And everytime aku teringat muka budak yang berlakon jadi ibu yang melahirkan tu, mesti aku nak tergelak. Dia punya acting mantapppppp weyyy!! HAHAHAHA.

Ehhh, tetiba aku rasa malas pulak nak menaip. So, dengan tetiba jugak aku nak tunjukkan korang gambar uniform aku time kena ospek dulu. 

macam ALIEN pun ada!! wuwuwuwu


Sekian, terima kasih. :'(

Rabu, 14 September 2011

dan jangan puisi ini disalah tafsir pula.

Salam and hai bloggers sekalian.

Sedang mendengar lagu ini again and again sambil menelaah setiap bait lagu. Lembut jugak hati aku bila tersedar ada air jernih yang mengalir kat pipi. Hati pun kembang kuncup tahan satu perasaan yang tak dapat diluah. Heh. Sensitif sungguh. Tapi betul. Setiap kata-kata dalam lagu ni ada makna yang dalam. Cubalah kita buka hati, minda and then memahami isi lagu yang tersirat. Serious buat aku rasa macam 'haihhhh'. Jom kawan-kawan, play kan kembali lagu ini, dengar ulang-ulang, then fahami bait-baitnya. Mengertilah setiap apa yang disampaikan. InsyaAllah, mungkin ada yang akan tersedar dari mimpi yang panjang.


"bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama"

"dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...."

Senin, 12 September 2011

kubur lain-lain, dosa lain-lain, siksa neraka lain-lain.

Salam and hai bloggers sekalian.

Tertarik pada satu status di group Facebook Layarminda.


"Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”



INGATLAHHH...

yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN".. :-) "


Penuh makna yang tersirat. Kalau ada yang tak terasa tu memang bagus. Macam aku. Haha. Tu je. Nak copy paste letak kat Facebook macam takut sebab orang punya. So, copy paste masuk sini takpe laa kot sebab orang tak tau. Kalau ada yang tahu pun, jangan kasi tahu siapa yang tak tahu k. Promise?? Promise!! Thanks. :)

Sabtu, 10 September 2011

coach bukan-wanita menyeramkan.

Salam dan selamat pagi bloggers sekalian.

Aku dah aktif balik berblogging ni. Sebab rumah aku kat Medan memang ada internet. Owhhh, lupa nak cakap walaupun takde orang yang nak tanya, aku dah balik ke Medan 5.9.2011. Tak tau laa bila pulak boleh balik Malaysia lagi sebab next semester aku dah start clinical. InsyaAllah.

Okelah. Sekarang aku nak cerita pasal satu cerita yang bertajuk seperti di atas. Time cuti hari tu, aku pergi laa jalan-jalan kat KL. Dah lama gila tak pergi KL rasa macam jakun pulak nak-nak time nak naik LRT, STAR, komuter bagai tu. Memang agak cuak sebab aku takut silap jalan. Tapi berbekalkan semangat yang jitu, aku teruskan jugak perjalanan aku dari Stesen Telok Gadong, Klang ke rumah bestfriend aku yang boleh dikatakan dah 7 tahun tak jumpa di Stesen Kepong, Kepong. Kalau yang dah lama bergelumang dengan 'lipan-lipan besi yang bergerak pantas' ni memang tahu lah yang aku kena transit kat KL SENTRAL nanti. And actually aku mula-mula tu ingat tak payah nak transit sebab dalam map kat stesen tu laluan macam straight je tapi sebenarnya warna laluan tu lain-lain. Nasib baik laa assumption aku betul yang warna-warna lain-lain tu sebab laluan dia bersilang. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Huhu

Lepas tu korang tau tak yang sekarang dah ada koc wanita? Mesti tahu kan? Aku pun dah lama tahu. Tapi tak pernah naik sebab this is the first time aku balik Malaysia since wujudnya koc untuk kaum hawa ni. So, ni first time laa aku naik kat koc wanita. Hehehe. Stesen Telok Gadong ni memang sepi sikit. Tak ramai orang yang naik kat situ tapi sebab dekat ngan rumah akak aku, so aku rilek je laa. Nak dijadikan cerita, time train datang, dia macam terlajak tau. Ala-ala terlajak perahu boleh diundur, terlajak train dah tak boleh undur dah laaa. So, kena kejar laa jawabnya. Aku pun berlari-lari anak pergi kat train tu tapi koc wanita macam jauh je. So, aku beranikan diri masuk koc bukan wanita.


gerabak untuk kaum hawa.

aku sengaja malas nak hitamkan muka orang-orang tersebut. sungguh tidak tahu malu. -gambar tiada kaitan dengan cerita-

MAK AIIIII! Seram gila aku rasa masuk koc bukan wanita ni. Dah la bau kepam. Semua lelaki pulak tu. Aku memang cuak laaa. Tapi aku cool je. Takde laaa nak menjerit-jerit suruh driver train tu stop. Ehhhh, train ada driver ke? Haha. Masa aku masuk tu, semua mata-mata lelaki tu pandang arah aku. Aku intai jugak kot-kot laa ada wanita lain tapi sayangnya aku sengsorang je berjenis kelamin perempuan dalam gerabak tu. Korang dapat agak tak apa yang aku buat lepas tu?

Disebabkan seram sebab naik koc yang semuanya lelaki, aku turun kat stesen yang seterusnya and tunggu kat situ. Memang sunyi sepi, takde orang langsung kecuali dua orang pegawai lelaki yang berbaju biru dan angin je yang sepoi-sepoi bahasa. And aku terpaksa menunggu train lain almost 1hour. Bijak kan aku?

Sekian, terima kasih.

Kamis, 08 September 2011

kenapa jadikan artis sebagai ikon?

Salam and hai to all bloggers.

Walaupun dah sangat lama tak update blog, tapi takpe laa. Abaikan sarang labah-labah atau debu anai-anai atau kulat-kulat yang tumbuh kat celah-celah blog ni. Haha. Oke, kembali ke topik asal. 

"I sebenarnya minat sangat kat Siti Noor Halijah tu. Dia memang berkaliber gila and I rasa dia memang hebat. That's why I jadikan dia idola I dari kecik lagi." 

"Ishhhh, wa memang salute gila laa kat  kumpulan rock kapak tu kan. Nak-nak vocalist dia yang suara macam hantu raya tu. Alaaaa, kumpulan 'Cari' tu laa weyyy. Dah laa suara gempak, gaya pun gempak beb!! Memang dah jadi idola wa laa Amy Cari tuh!" (Sorry, aku tak reti nak buat gaya orang ganas-ganas ni sebab aku ni lemah gemalai dan bersopan santun orangnya.)

"Kau kenal tak ngan penyanyi lelaki yang nyanyi lagu 'Bahagia dalam Pisah' tu? Si Shahril tu lah. Aku suka laa tengok dia. Dah laa orang cakap dia baik tau. Hensem pulak tu. Kalau laa aku boleh jumpa dia, aku nak peluk ketat-ketat tanak lepas. Dia memang complete laa bagi aku."

Korang pernah dengar tak ungkapan-ungkapan kat atas? Banyak lagi sebenarnya, tapi aku takde masa nak fikir ayat-ayat yang aku sendiri pun menyampah nak dengar. Bagi aku, orang-orang yang suka sangat nak meng'idola'kan artis-artis ni memang dah hilang arah dan tujuan. Huhu.

Ramai sangat orang-orang kat luar sana yang jadikan artis-artis sebagai idola diorang. Nak-nak pulak remaja-remaja yang tengah masak ranum. Tak kisah laa artis tu dari genre apa sekalipun. Yang Korea dengan gaya K-Popnya. Yang rock dengan gaya ganasnya. Yang rock kapak dengan gaya tangkap-cintan-nya. Yang gedik memang toksah cakap. Belambak.

Kalau agama lain tu aku tak boleh cakap apa laa kan. Tapi aku pelik dengan saudara seagama aku especially golongan remaja-remaja laa. Apa yang hebat sangat kat artis sampai artis tu nak dijadikan idola? Kalau setakat artis perempuan yang pakai baju ketat, sendat macam sarung nangka, pastu baju pulak dedah sana sini sampai terjojol semua benda, lebih baik korang jadikan pengemis jalanan tu sebagai idola korang. Tettttttt. At least ada sebab kenapa dia pakai baju koyak rabak. Sebab tak mampu. Tapi artis? Heh. Yang peliknya lagi, artis-artis lelaki boleh pulak pakai baju 2 3 lapis. Kan? *thinking*

Satu je laa aku nak tanya korang kat luar sana yang sanjung sangat artis-artis kesayangan korang tu. "APA KORANG TAK INGAT KE KORANG ADA NABI MUHAMMAD S.A.W YANG SANGAT PERLU KORANG JADIKAN SEBAGAI IDOLA? APA LEBIH ARTIS TU DARI NABI JUNJUNGAN KITA?"  Ehhh, dah dua kan? Tadi cakap satu je? Haha. Lantak lah. Yang penting, orang paham. Lastly, maaf kalau tersilap kata terkasar bahasa. SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Sekian, terima kasih. :) 

:: IKLAN ::