:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 19 Juli 2011

pakai je elok-elok..bukan susah pun..

Salam and hai bloggers.

Petang ni aku memang takde keje. Plan nak keluar lepak dengan member dah tak kesampaian. So, daripada membazir masa, baik aku buat kerja yang berfaedah, contohnya blogwalking. Hahaha. Aku sekarang ni sangat berminat dengan entry-entry pasal Malaysia kini, zaman sekarang, politik yang seimbang, remaja dan dunia, dan yang sewaktu dengannya. Tapi sebenarnya aku memang tak suka politik. Sebab bagi aku politik tu macam hampeh. Masing-masing nak tegakkan benda yang tak betul. Cuba laa kalau dorang buat benda yang lebih bagus daripada saling menjatuhkan, mesti rakyat lagi senang.

Ehhh, dah keluar dari topik asal. Hehe. Oke, berbalik kepada tajuk. Sekali lagi aku nak bagi pandangan. Dan hopefully entry kali ni takde orang yang terasa ke apa-apa lah. Sebab aku ni bukan jenis yang suka cari musuh. Heh. 

Dulu, kalau sebut je pasal tudung, mesti kita terbayangkan orang yang baik, sopan, dan lemah-lembut. Tapi sekarang, aku tengok laa, ramai yang pakai tudung tapi tak sampai matlamat sebenar nak bertudung. Isu ni memang sensitif di kalangan wanita, perempuan, terutama di kalangan wanita muda yang tengah masak ranum. Bila tanya je kenapa pakai tudung macam tu, banyak je alasan yang dorang kasi. Alasan tak alasan. Bagi aku, kena ingat je, yang kita ni hamba. Walau tinggi mana pun jawatan kau pegang, kau tetap hamba Dia. 

Aku pun bukan baik sangat nak cakap pasal agama ni, tapi at least cuba laa untuk jadi lebih baik. Yang aku tau, bertudung biarlah tutup dada. Dan tak elok pakai tudung ada bonggol kat belakang. Cantik memang cantik, tapi kalau tak boleh, tetap tak boleh. Kalau kita boleh ikut arahan boss kita, atau cikgu, atau mak kita, supaya gaji tak kena potong, atau cikgu tak denda kita, atau mak tak marah kita, apa lah salahnya kalau kita ikut suruhan Dia yang cipta kita.


Pssssttt : Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan dilihat pada mak ketam yang jalan senget ajar anak ketam supaya jalan lurus, tapi lihatlah pada niat ikhlas dari mak ketam tersebut. Tapi jangan silap paham, aku bukan ketam. Sekian, terima kasih. 


Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::