:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 21 Juli 2011

korang tak takut ke apa yang korang sebarkan tu sebenarnya fitnah?

Salam and hai blogger budiman.

Malam ni aku rasa macam nak membebel laa sikit. Errr, mungkin banyak sikit. Ehhh, sikit ke banyak sebenarnya nih? Hahaha. Maaf kalau korang pening. 

Berbalik kepada tajuk. Kita masuk mukaddimah dulu laa. Kalau korang perasan laa kan, 2 3 menjak ni, agak ramai bloggers yang sibuk nak perkatakan tentang politik. Aku baca jugak walaupun aku tak suka. Sebab dari situ aku semacam mendapat idea untuk menghapdet entry baru. Hahaha. Agak tidak senonoh cara aku mencari idea. Jangan tiru. Nanti korang kebas pulak idea-idea aku. Heh.

Oke. Oke. Masuk zon serius. Aku sebenarnya bukan nak kutuk sesetengah bloggers yang sibuk nak update pasal politik bagai tu. Cuma kadang-kadang aku terfikir, betul ke apa yang dorang tulis tu? Betul ke itu sebenarnya yang terjadi? Hanya berdasarkan sekeping gambar, dorang cerita macam-macam, seolah-olah dorang yang snap pic tersebut. Padahal dorang bukan tahu pokok pangkal cerita. Sebab musabab kenapa boleh timbul kejadian-kejadian seperti yang ada pada gambar tersebut. Tapi hanya berdasarkan pengamatan pada beberapa keping gambar, macam-macam assumptions yang dorang buat. Macam gambar tu bercakap dan bagitau dorang apa yang berlaku. 

Yang pro kerajaan sibuk tulis pasal keburukan-keburukan pihak pembangkang. Yang pembangkang pulak sibuk nak menjaja cerita pasal ketidaksenonohan pihak kerajaan. Masing-masing cuba menjatuhkan. Bagus ke macam tu? Aku tak nafikan memang sesetengah entry atau penulisan ada yang betul. Tapi kalau dah memburukkan pihak lain, menjatuhkan maruah pihak lain, pastu cerita yang didapat tu hanya berdasarkan cerita angin lalu, dari mulut ke mulut, tak ke bahaya? Boleh membawa kepada fitnah beb! 

Yang menulis tu pulak bukan main lagi buat macam-macam provokasi yang membangkitkan kemarahan pihak-pihak tertentu berdasarkan cerita yang dia sendiri pun tak tahu pokok pangkalnya. Orang yang baca pulak jenis yang taksub dengan dunia politik masing-masing. Tapi dalam masa yang sama, sibuk nak cakap pasal agama. Fine lah nak cakap pasal agama pun. Bagus jugak. Tapi tahu tak apa maksudnya FITNAH? Tahu tak apa jadi bila kita sebarkan sesuatu cerita terutamanya tentang keburukan orang lain yang tak betul tu akan jadi FITNAH? Tahu tak fitnah tu DOSA?

Oke, aku akui aku bukan orang hebat nak bercakap pasal agama ni. Sebab tu aku cuba elakkan diri aku dari percaya, apatah lagi nak sebarkan cerita-cerita yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal cerita. Aku pernah rasa betapa teruknya kena fitnah. Disebabkan orang yang tak bertanggungjawab duk buat cerita, and yang tukang dengar pulak pandai-pandai tokok tambah cerita biar cerita tu jadi lebih buruk, tapi tak tahu apa sebenarnya yang jadi. Last sekali, aku yang jadi mangsa. Kesian aku. Huhu.

Mungkin orang boleh bagi alasan nak pertahankan agama, nak pertahankan maruah, nak pertahankan keadilan, nak pertahankan itu ini dan blablabla, tapi dengan cara saling memburukkan? Lain laa kalau kau betul-betul tahu hujung pokok pangkal cerita. Setakat gambar 2 3 keping? Setakat video 5 6 saat? Tak payah laa nak sebar-sebar. Buatnya yang kau cakap tu tak betul, buat tambah dosa je.

Rasanya macam dah cukup panjang luahan isi hati aku kali ni. Haha. Takpe. Bukan selalu. Kalau ada aku tersilap tatabahasa atau typing error, sorry in advance. Kalau setakat nak kutuk cara penulisan atau pendapat aku, sila jangan. Ehhh, ada ke sila jangan? Haha. Lantak lah. Janji maksud aku sampai. :)

Psssstt: Even gambar boleh bercakap sekalipun, tak semestinya apa yang dia cakap tu betul. Mana tahu kut-kut gambar tu makan rasuah. Tetttttttt. Haha. 

After 7 years. (tiada kaitan dengan etry ini..tapi mungkin ada kaitan dengan entry yang akan datang..haha)

2 komentar:

BuchiQ mengatakan...

stuju! FITNAH mmg bhy.. :D

mmg ade byk pum blog2 fitnah ni...sama ada pro kerajaan maupun pembangkang..sbb 2 kite kne tapis dlu ape yg kite bace..tgk fakta2...if BETUL dan TEPAT baru la kite trime, if salah, xpyh trime = xpyh layan... :)

e d a y u a t e h mengatakan...

kalo betul bace 2 2 takpe..yg payah tu main trima one side je..taksub sgt dgn politik msing2..apa2 pun, perbetulkan diri sndiri dulu.. :)

:: IKLAN ::