:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 17 Juli 2011

dewan parlimen IBLIS

Salam and hai semua.

Oppsss. Sila jangan salah sangka. Aku bukan cakap parlimen Malaysia macam iblis tau. Ni aku nak kasitau korang ahli parlimen IBLIS dan kerja-kerja dorang. Tapi kalau ada yang TERsama dengan kerja mana-mana menteri tu aku mintak maaf laa ye. Hahaha. Joking. Ke jokes aku ni kasar sangat? Erkkk. Oke laa. Jom usha! Kasi tambah pengetahuan sikit. Dan kasi sedar sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi laa bukit. Ini entry versi copy paste. Ilmu aku tak banyak lagi nak buat entry sendiri yang sangat best macam ni. Hehehe.

Presiden / Perdana Menteri / Field Marshall = Iblis
Agenda Utama : Menyesatkan manusia supaya sentiasa mungkar dan mengingkari perintah Allah s.w.t dan membuat kezaliman di muka bumi.

Kementerian :

Nama: Zailatun
Kementerian : Perdagangan Gelap Dan Tipu Muslihat
Tugas: Mengajak peniaga supaya menipu, berdusta, mengurangi timbangan, menjalankan riba dan lain-lain.

Nama: Wawatsin
Kementerian: Kemarahan Dan Ketidaksabaran
Tugas: Mengajak manusia supaya tidak sabar, mengeluh, manyalahkan Allah S.W.T bila datang musibah, tergopoh gapah, sombong dan lain-lain.

Nama: Akwan
Kementerian: Kezaliman Dan Kemaksiatan
Tugas: Mengajak manusia melakukan kezaliman, khusunya remaja, mengajak melakukan kemungkaran, memperlihatkan perbuatan jahat itu baik dan perbuatan baik itu jahat.

Nama: Hafaf
Kementerian: Penyesatan Dan Kekufuran
Tugas: Menghasut manusia untuk minum arak untuk menyesatkan mereka yang akhirnya membawa kepada maksiat lain dan kekufuran ( sebaba arak adalah ibu segala maksiat)

Nama: Wamurah
Kementerian: Hiburan, Khayalan Dan Kemungkaran
Tugas: Menghasyt manusia supaya suka kepada hiburan yang melalaikan, menyayi, menari dan segala seni yang menjauhkan diri dari mengingati Allah S.W.T

Nama: Laqwal
Kementerian: Kesesatan Dan Murtad
Tugas: Mempengaruhi manusia supaya tetap kafir, musyrik dan murtad hingga hilang keimanan kepada Allah S.W.T

Nama: A'war
Kementerian: Penggodaan Dan Penzinaan
Tugas: Mempengaruhi lelaki dan wanita supaya melakukan zina melalui panahan mata.Merupakan pakar seks haram.



Nama: Al-Wasnan
Kementerian: Kemalasan Dan Penangguhan
Tugas: Mengajak manusia malas melakukan ibadah, lalai bila melakukan ibadah dan menangguh daripada melakukan kabaikan.

Nama : Dasim
Kementerian: Perosak Rumah Tangga Dan Keluarga
Tugas: Menggoda suami isteri, anak-anak dan ahli keluarga supaya bergaduh, curang, khianat, sumbang mahram dan lain-lain.

Nama: Dajjal
Kementerian: Syirik Dan Kerosakan Di Muka Bumi
Tugas: Akan muncul ketika hampir kiamat, mengaku tuhan, menggoda manusia dan memaksa manusia menyembahnya.






sumber: sebagai renungan

3 komentar:

Cheq Sue mengatakan...

edayuateh... nak cnp la n3 ni... berguna sgt2..

e d a y u a t e h mengatakan...

ehh..sila2..hehe

Anonim mengatakan...

waaaa..bes..dewan parlimen Iblissss..ssstttt... :p

:: IKLAN ::