:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 17 Juli 2011

apa nak jadi dengan Malaysia sekarang? sedih aku tengok.

Salam and hai bloggers.

Yeee, ini aku. Buat ke sekian kalinya aku update lagi entry baru. Dah lama aku pendam niat hati update entry pasal benda ni. And ini adalah pendapat aku semata-mata. Tak ada kaitan dengan orang lain.

Sedih aku tengok Malaysia sekarang. Tak tau laa silap kerajaan atau rakyat. Pergi mana-mana semua aku nampak hanyalah kebodohan. Penipuan. Pembohongan. Kebodohan. Owhh, aku dah ulang perkataan yang sama. Aku sengaja.

Aku tak sokong mana-mana parti. Tapi sedih bila agama diremeh-temehkan oleh kemajuan. Mengejar kemajuan sampai agama ntah kemana-mana. Sebab tu kot orang-orang yang takde akal buat BERSIH 2.0 baru-baru ni. Owhh, aku terkutuk budak-budak pendek akal buat rusuhan. Aku sengaja. Aku ada jumpa komen ni kat Facebook beberapa hari yang lepas, tapi lupa pulak amek kat mana. Komen tersebut berbunyi ;

"Ramai sokong BERSIH tapi tak sokong BERSIH dipolitikkan. BERSIH sepatutnya tuntutan rakyat umumnya bukan tuntutan parti poliitik. Kalau pembangkang nak jadi hero untuk BERSIH, jadikan agenda BERSIH sebagai manefesto pilihan raya insyaAllah rakyat akan pilih pemimpin dari kalangan mereka yang berjuang untuk tuntutan BERSIH. Ketepikan ideologi politik, utarakan hak kita sebagai rakyat untuk pilihanraya yang adil. Ramai sokong agenda BERSIH tapi tak ramai sokong cara BERSIH berdemonstrasi. Boleh mengaji quran dalam bilik yang dikongsi bersama rakan-rakan tapi jangan terlalu kuat sehingga mengganggu rakan-rakan nak berurusan (belajar, solat, tidor etc). Para ustaz diminta berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan pastikan nilai keagamaan diutamakan supaya komen-komen anda rasional serta professional demi memartabatkan Islam dan amnya menyokong tuntutan BERSIH sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia. Wallahua'lam"

Sengaja aku boldkan ayat yang berkenaan sebab aku memang setuju gila dengan pernyataan tersebut.  Tapi, bila agama yang dinaikkan, of course laa agama Islam, nanti apa pulak kata agama-agama lain. Silap haribulan isu perkauman yang diprovokasikan. Kesian kerajaan. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tapi kalau tak pemimpin yang memimpin rakyat ke arah jalan kebenaran, siapa lagi? At the same time aku malu bila rakyat Malaysia buat kecoh kat tempat orang semata-mata nak jatuhkan kerajaan. Tak fikir ke apa pandangan negara lain? 

Negara Malaysia memang dah aman damai. Tapi lagi aman kalau tengok anak-anak muda berperangai lebih sopan, lebih elok. Dunia akhir zaman, memang susah nak cakap. Aku bukannya banyak sangat ilmu nak komen banyak-banyak tentang politik. Sebab yang aku tau, politik dah pecah belahkan umat Islam. Wallhu'alam.

3 komentar:

Gagak mengatakan...

malaysia tak aman lagi rasanya..korup sana sini. tahap kemiskinan tinggi.

yang kaya makin kaya, yg miskin makin miskin..

memang la ada sesetengah org rasa aman je malaysia ni sebab dia berada pada zon selesa..

e d a y u a t e h mengatakan...

mgkin encik gagak betul..tapi bg sy, malaysia negara aman..kalau tak aman, dah lame prang sne sini..eh jap, encik gagak tau tak aman tu maksudnye ape?

mmg kite kalau boleh nak semua perfect..tp kne ingat, bukan semua orang baik..dan dr pengalaman sy, sy rase malaysia dh cukup baik nak bandingkan dgn negara lain..

Anonim mengatakan...

if biarkan, Malaysia akan jd mcm Indonesia...korup gile2, kaw2...betul ni...tgk 10 thn akan datang...if biar kan je, pasti Malaysia akan jd semiskin Indonesia...

Pemimpin kaya raya, rakyat miskin papa kedana... :)

ramai mana yg kije nelayan? petani? dieorg bkn gaji ttp...kerja government? dokter n bidang2 kesehatan ok la...mudah lagi nk dpt...tp jgn lupe nanti akan berlaku lambakan dokter...

anak2 muda byk mana yg menganggur, utang keliling pinggang (PTPTN)...manusia..nk nikah lg...nk nikah mcm mane kos idup tinggi? sbb? pemimpin korup...las2 byk kes buang anak..seks bebas merata2...klub malam bersepah...arak jual merata2...yg jadi mangse?

wanita dan bdk2 kecik...7/10 dr mangse rogol adalah bdk kecik...sekian..maaf jika ada tersasul bahasa.. :)

politik, mmg complicated..hahahaha.. :p

:: IKLAN ::