:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Sabtu, 04 Juni 2011

student malaysia yang belajar kat indonesia VS minah indonesia yang bekerja kat malaysia

Salam and hai bloggers yang sudi baca blog aku. 
Korang memang terbaik! *hugs*

Dah lama tak update blog buat aku rasa janggal nak menaip. Sobs. Oke lah. Sekarang nak share satu story masa aku balik bercuti hari tu. Tak 'hari tu' sangat laa sebab aku balik bercuti ni bulan 12 tahun lepas. Haha. Oke. Oke. Macam ni ceritanya. 

Masa aku balik bercuti tu, aku lepak umah akak aku yang second kat Klang. Pastu ada laa satu tengahari ni aku ingat nak keluar lepak ngan member aku. Umah akak aku dekat je dengan Stesen KTM Telok Gadong. Aku pun jalan kaki je nak g stesen tu. On the way nak pergi stesen, aku baru teringat yang kredit phone aku dah nak abes. Nak kena contact minah-kawan ni lagi nanti. So, aku pun singgah laa salah satu kedai runcit kat situ untuk beli topup. Aku ada nampak sorang minah kat depan kedai tu. Aku tegur.

Ateh : Kak, ada jual topup tak? 
Minah : Haa?
Ateh : Topup Maxis ada tak kak? 

Aku kerut dahi. Dalam hati aku macam hairan jugak akak ni macam tak paham aku cakap. Pastu dia tanya aku balik.

Minah : Apa kak? *sebutan APA yang baku*
Ateh : Ada jual pulsa ngak disini?
Minah : Errr. Tak adE. Coba liat ditoko sebelah. Mungkin adE.
Ateh : Makasih kak.

Pulsa tu adalah topup dalam bahasa Indonesia. Aku dah senyum sorang-sorang time blah dari kedai tu. Hebat pulak aku rasa bila aku boleh aplikasikan  bahasa yang aku belajar selama ni. Ada jugak guna walau dah ada kat negara sendiri. Minah tu pun boleh pulak tetiba tukar dari bunyi 'A' baku jadi 'E'. Tapi jangan ingat aku boleh tertipu dengan gaya percakapan dia yang aku dah biasa sangat dengar time aku belajar kat negara dia. Tapi tetiba senyuman aku mati. 'Sh*t. Mesti minah tu ingat aku orang Indonesia yang berlagak jadi orang Malaysia. Arghhhhh!'. Sobs lagi.

aku lah student dari malaysia tersebut

Psssttt: Korang tau tak aku anak kelima dari 9 orang adik beradik? Dan semalam aku dah missed majlis kahwen yang keempat kat rumah aku. Korang paham tak apa maknanya tu? KORANG PAHAM TAK? T_T

2 komentar:

eesyaheera mengatakan...

dah berapa tahun ko kat Indonesia sampai miss 4x siblings kawen? hihi

e d a y u a t e h mengatakan...

4 tahun...wuwuwuwu..tp cuti aku x same ngan cuti org mesia..sbb tu slalu x sempat.. :(

:: IKLAN ::