:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 12 Juni 2011

pengalaman menyunat anak-anak di Medan, Indonesia

Salam and hai bloggers. Pa habaq ari ni? Sihat ka? Hehehe.

Sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku sunat budak-budak kat Medan ni. Free of charge. Sebab program ni biasanya buat kat pedalaman. Malahan, kitorang sebagai peserta yang tolong support duit dorang untuk bersunat tu. Ehhh, jap. Sebelum tu nak kasitau. Ikhlas ni tau nak cerita. Kang cakap aku tak ikhlas pulak sebab duk gebang aku sunat budak kitorang yang bayar blablablabla. Huhuhu. 

Sekarang dah masuk 3rd year aku kat Medan ni. Aku start join program sunatan ni masa aku first year lagi. Masa tu program buat kat Sidikalang. Yang second year buat kat Berastagi. Ada laa kawasan kampung kat kat Indonesia ni. Yang bestnya, both kawasan kampung tu kat gunung. Memang kebanyakan kampung-kampung kat sini ada kat kawasan gunung. So, memang sejuk tak hengat. Masa tu aku ingat lagi, pagi nak mandi tu memang sejuk gila nak mammphh, sampaikan ada yang tak mandi kut. Huhuhu. Tahun ni aku tak pergi. Semalam sebenarnya program sunatan tu. Aku tak pergi sebab....aaa..aaa..ada laa. Hehehe.

Korang ingat senang ke nak menyunat budak-budak? Walaupun anu dorang tu kecik, tapi suara dorang bapak kuat menangis-nangis taknak kena sunat. Selain daripada kena tahu skills nak potong anu tu, kena tahu juga beberapa trick. Salah satunya trick time nak inject ubat tahan sakit tu. Sebab, kadang-kadang ada budak yang menjerit-jerit cakap sakit semua kan. Pastu bila kita buat-buat kepit tapi tak kepit pun, dia duk jerit SAKIT!! SAKIT!!. Kat situ dah kantoi yang budak tu just berlakon je. So, kena pandai-pandai laa nak pujuk dia. Kalau aku pulak senang je. Aku umpan budak tu macam ni.

"Adik, tau ga baca al-fatihah?"
"Tau kak. Iskkk. Iskkk." *menangis teresak-esak*
"Coba adik baca. Kakak mau dengar. Benar ga bacaan adik." *tangan dah sedia nak suntik*
"Bismillah.......hirrohman....nirrohim....." *suara ketar-ketar*
"Kuat dikit dik. Ga kedengaran soalnya. Dikuatkan aja suaranya ya dik. Ga papa."
"BISMILLAHHIRROHMAN....." *semangat baca kuat-kuat*
Terus tangan aku ZAPPP! Dah siap. 

"Ada rasa sakit dik?"
"Ga kak. Tapi koq rasa kayak digigit semut yaa?"
"Hahahah. Dik, teruskan baca al-fatihahnya dik. InsyaAllah, nanti ga terasa sakitnya kerna Allah suka kalo adik baca alquran. Ga mau kan rasa sakit?"
"Iya kak. BISMILLAH...."

Haaa, tengok camane aku memperkotakkan katik budak tu. Hahaha. Tapi, itu kalau dapat budak yang lurus. Ikut je apa yang kita cakap. Pernah sekali aku kena handle budak yang meronta-ronta macam kena rasuk. Tak padan ngan lelaki. Heh. Masa tu aku tak sunat dah. Aku just jaga budak. Tapi dah nampak budak tu macam semangat tak nak sunat, aku terus pergi and tanya dia.

"Adik, koq nangis? Ga sakit lho. Rasanya cuman seperti digigit semut aja."
"GA MAU. SAKITTTTTTT!!"
Aku pun pegang kepala dia. Panggil mak dia masuk dalam bilik.
"Kan mamanya ada disebelah. Mama nemanin adik koq. Ga papa. Kakak juga ada nemanin. Adik ngomong-ngomong aja sama kakak. Ga usah diperhatiin dokter-dokter itu. Lihat mama sama kakak aja yaaa."

Bajet laa muka comel macam FL kan adik tu nak tengok. Hahaha. Kadang-kadang ada yang makan umpan, kadang-kadang ada yang melawan.

"Ga mauuuuuu! Kubilang ga mau, ga mau laa kak! SAKIIIIITTT!! WAAAA!! WAAAAA!!"
"Ya udahh. Ga papa. Turun aja dulu kamu. Kalo ga mau, diganti sama cowok yang lebih berani dan ganteng. Ga kayak kamu. Malu kali ahhh nangis-nangis kek gitu."

Tu bila aku dah malas nak layan. Baik settlekan budak-budak yang duk sengih-sengih macam kerang busuk kat luar. Sengih laa kan time tunggu. Dah masuk dalam, tahu laa korang! Huhuhu. Pastu satu lagi, kena tau jugak camane nak tahan bau yang ummmphhhh. Tak semua budak-budak ni yang reti nak basuh anu bila dah buang air. Time nak sunat ni laa kantoi semua benda. Huhuhu.

"Ufhhhh, koq bau kali ni dik. Ga cebok yaaa?"
"Tihihihihihi"

Pernah jugak sekali aku dapat patient yang umur dah 13 tahun. Amek ko!! Biasa aku sunat bebudak umur 5, 6 tahun. Sekali dapat yang 13 tahun. Perghhhh! Hanya lelaki yang pernah berumur 13 tahun saja yang tahu kenapa aku terpaksa panggil member aku yang lelaki untuk settlekan budak tu. "Weyhh, ko pergi handle budak kat dalam tu. Aku udah capek lho!" Alasannnnn. Hahaha. 

Memang banyak laaa pokoknya benda jadi time nak sunat budak tu. Banyak pengalaman yang aku timba sepanjang aku terlibat dalam program bakti sosial macam tu. Nak-nak pulak, aku salah seorang AJK untuk persatuan yang buat program bakti sosial macam ni iaitu M.E.T PM-USU (Medical Emergency Team Perwakilan Mahasiswa Malaysia USU). Masa first year aku EXCO biasa je. Sekarang dah up sikit la. Jadi Secretry. Heh. Ok what! Hehehe. Oke laaa. Dah panjang sangat ni aku bercerita. For now, aku tak letak lagi gambar sebab entry dah panjang. Next entry aku letak gambar k. So, see u next time. Tata~~~

2 komentar:

amier azrul alias mengatakan...

sdap la mung ek?
haha

e d a y u a t e h mengatakan...

sedap laaaaaaaaaaaaa... >:)

:: IKLAN ::