:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 12 Juni 2011

lucah betul. ko takde benda lain ke nak cerita?

Salam and hai bloggers sekalian.

Bebudak sekarang ni, kalau buat je entry pasal lucah, seks, dan yang sewaktu dengannya, ramai laa yang berminat. Tak kisah laa tentang apa-apa pun, tapi bila ada je kaitan dengan sex, mesti ramai yang klik sebab nak tau.

Dan ada jugak sesetengah bloggers yang ambil peluang nak naikkan traffic blog dia dengan tulis benda-benda lucah. Fine lah. Blog tu blog kau yang punya. Suka hati tok nenek belah ayah kepada mak angkat mak sedare kau la kan nak tulis pasal apa. Sekali dua, oke lah. Mungkin saja je nak kasi informasi kat orang ramai. Tapi bila dah asyik tajuk entry yang 'panas' je keluar, aku naik heran jugak. Aku tengok tajuk pun dah rasa macam apa kes laa budak ni asyik tulis benda-benda camni ni kurang kasih sayang ke apa? Huhuhu.

Then. Then. Bila tengok umur, muda remaja lagi. Ada yang tak kahwin pun lagi. Tapi entry-entry kalah orang yang dah kahwin 4. Yang tak tahan tu, copy paste jeeeeeeeee. Semangat yee cari informasi pasal benda-benda macam tu nak masukkan dalam blog. Huhuhu. 

Entry hari ni cakap pasal keruntuhan akhlak remaja. Entry besok pasal agama. Entry semalam pasal benda-benda lucah. Entry pagi tadi pasal seks. Entry sekarang pasal kutuk-kutuk perempuan sebab seksi. Apa kes? Tapi oke laa tu kan. Bervariasi sikit. Tapi yang aku pelik, marah pulak bila perempuan pakai seksi. Boleh menyebabkan ini laaa. Itu laa. Tapi sendiri tulis pasal benda-benda lucah kemain lagi. Ke tak tau benda tu semua ada kaitan?

Aku malas laa nak cakap banyak pasal benda ni. Karang cakap aku hentam bloggers lain pulak. Tak. Tak. Ni pendapat aku je. Kalau blogger tu suka tulis pasal benda-benda lucah, lantak dia laa. Memang dah jiwa dia macam tu. Dan haruslah take note yang ini blog aku. So, tak salah kalau aku nak kasi pendapat as long as aku tak melampaui batas-batas ataupun mengaibkan mana-mana pihak.

Orang cakap, 'buang yang keruh, ambil yang jernih', 'yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'. Semua atas diri kita. Tapi kalau betul lah kita ada rasa sayang dekat rakan-rakan remaja yang lain, walaupun tak banyak, elakkan laa post benda-benda macam tu. Sebab boleh jadi apa yang kita post tu mungkin akan menjadi salah satu sumber dorang untuk buat kerja-kerja tak senonoh. Kalau betul laa benda tu boleh jadi sebab entry kita, sanggup ke kita nak tanggung dosa? Paham kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni? 

Sekian, terima kasih. :')

4 komentar:

Syazwan mengatakan...

blog saya tak lucah kan?
jemput baca latest entry.
tak lucah kan?

Syazwan mengatakan...

fuhh..lega.
heheh.

d_LA mengatakan...

tol tu kdg2 menyampah tgk tajuk entry yg melampau sgt..nak termuntah pun ada..agak2 la nak tarik pembaca pun kan..skang tgk tajuk pelik2 mls la nak klik walaupun kdg2 tajuk je lucah

e d a y u a t e h mengatakan...

huhu..memang menyampah..kadang2 tajuk lucah, tapi padahal cerita ntah apa2 je..sanggup malukan diri dgn buat tajuk lucah utk upkan traffic.. huhu

:: IKLAN ::