:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Senin, 13 Juni 2011

dah-dah la tu gaduh. sama-sama pantai timur kot!

Salam and hai everyone.

Aku tak sabar nak tunggu bahang FA CUP ni kembali reda. Bosan tengok kat wall facebook orang duk kutuk-mengutuk sana sini. Naik menyampah pun ada. Tak sedar ke sama-sama dari pantai timur?

Aku orang Terengganu, tapi aku sayang je Kelantan. Ramai kot member-member aku yang asal dari Kelantan. Kalau kita perhatikan, orang Kelantan je yang paham apa orang Terengganu cakap. Macam tu jugak kalau sebaliknya. Tak banyak orang negeri lain yang paham apa kita cakap. Mungkin ada, tapi tak banyak. Kalau main bola macam tu pun sampai nak gaduh-gaduh, nak kutuk-kutuk, nak caci-maki, buat tambah dosa, tak yah laa main. So, takde penyokong. Takde menang-kalah. Takde caci-maki and so on. Senang. Orang buat game ni sebab nak rapatkan hubungan. Ini tidak. Menang kena caci. Kalah kena maki. Tak matured langsung perangai macam tu. Macam budak-budak. Huh!

Mungkin tak semua tergolong dalam orang-orang yang duk gebang dengan page facebook kau-caci-aku-maki-kau-balik ni. Tapi disebabkan page-page facebook ni laa yang membuatkan orang jadi makin ramai bergaduh. Sebab bila someone tu tengok komen si polan duk kutuk negeri dia, si folan join sekali. Pastu si pulun yang dari negeri yang kena kutuk tu pun rasa tercabar. Buat page yang kutuk negeri si polan ni balik. Kawan-kawan si fulun ni pun bengang. Kutuk negeri sana. Orang sana kutuk negeri sini. Yang dapat dosa sapa? Admin-admin yang create page tersebut yang boleh dikategorikan sebagai orang yang tak berapa nak matured. No offense. Ni pendapat aku.

Salah ke Terengganu menang? Salah ke Kelantan tak menang? Adat la tu main ada kalah menang. Sebelum ni takde laa kecoh sampai buat page la bagai semata-mata nak kutuk orang lain. Kalau ada pun takde pulak aku nampak macam sekarang ni. Lagi-lagi sesama pantai Timur. Huhuhu.

Untuk sesiapa yang rasa dia pun tak nak orang Terengganu-Kelantan bergaduh, jom kita sama-sama berdoa agar admin-admin yang buat page kutuk-kutuk tu terbukak hati nak delete or remove page dorang buat tu. 



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bukakanlah pintu hati sahabat-sahabat kami. Semoga mereka sedar apa yang mereka lakukan itu akan memecah belahkan umat Islam. Peliharakanlah kami dari perpecahan di antara kami, Ya Allah. Rapatkanlah kembali silaturrahim antara kami. Amiinnn Ya Rabbal A'lamin."

Psssttt : Maaf sekali lagi kepada admin-admin facebook yang terlibat. Bukan niat nak menjatuhkan sesiapa, cuma ini pendapat aku personally. Sekian, terima kasih.

4 komentar:

shiema sufian mengatakan...

hehe. over sangat tu semangatnye :)

cik najihah mengatakan...

singgah sini juga :)

el_Finito mengatakan...

lol. kelakar post ni. si polan si fulun. LOL.

e d a y u a t e h mengatakan...

hehehe..bukan nama sebenar.. :)

:: IKLAN ::