:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 26 Juni 2011

patut laa ramai bloggers bercerita tentang 'itu dan ini' dulu.

Salam and hai bloggers sekalian.

Waaa. First entry since i'm back to Malaysia. Hehe. Now nak cerita sikit cerita yang agak basi, dan cerita ni menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda aku selama ni. First, persoalan tentang bloggers yang post entry bout 'DARA' some times ago. The importance of being a virgin and blablabla laa bout virgin. Then ramai gak bloggers yang duk story pasal being a good husband, not dayus and blablabla. And tak kurang yang bercerita pasal kejantanan Aaron Aziz. To be honest, I got it quite a lot from people saying that kind of stuff to me. Hahaha. Oke oke. Mesti semua dah dapat teka apa yang sebenarnya aku nak cerita kali ni. Apa lagi kalau bukan pasal NORA ELENA.


And untuk pengetahuan semua, i've finished watching the 15 episodes of NORA ELENA for the whole day today. Skip la tang makan, semayang, toilet tu semua kan. Huhu. And today is my first holiday at Malaysia.  Oke, i know that im too ketinggalan. Ye laa. Orang lain dah gebang cerita baru, tapi aku lak baru habis tengok NORA ELENA 5 minutes ago. Heh.

Aku tengok cerita tu through www.tonton.com.my. Ditambah pulak dengan kelajuan UNIFI rumah akak aku yang sangatlah kencang, membuatkan aku menjadi addicted sebentar dengan cerita tersebut. Haha. Serious aku macam agak teruja walaupun ada part yang aku dah boleh agak apa yang akan jadi. Cerita novel kan. Tapi aku tak pernah pun baca novel KASIH YANG SUCI tu. Huhu.


One thing that always being in my mind while watching this NORA ELENA is, TAK SABAR NAK KAHWIN i wanna be a good wife. InsyaAllah. Oke la. Got to type-off here. Esok nak kena bangun awal memandangkan esok i got a long journey to my homeland, Terengganu. Doakan aku supaya selamat sampai ye kawan-kawan.Daaaaa~

Psssttt : Maybe aku tak update dalam masa yang agak lama sebab kat kampung takde line tenet. So, kepada bloggers yang ada komen or follow my blog after this, i will show my gratitude towards u guys when the time has arrived. Ceyhh. Ayat tunggang-langgang. POKOKNYA, nanti aku online, aku follow and visit korang balik k. Sayonara~ ^_^

Jumat, 24 Juni 2011

last update before balik Malaysia: menyusahkan orang betul laa!!

Salam and hai bloggers sayang. 

First of all, thanks kepada bloggers yang sudi singgah sini. Yang sudi follow, jangan lupa tinggal link. InsyaAllah I will follow uuuuuuuu. (hantu kuning menjelma seketika..haha)

Oke. Oke. Back to the tajuk. Sila take note yang aku bukan nak cerita pasal aku nak balik Malaysia esok pukul 1415 WIB (Waktu Indonesia Barat) naik Firefly and turun kat Subang dan dijangka sampai pukul 4.30 p.m. tau. Tanak cerita pun. Tapi macam dah tercerita je kat korang. Ehem. Abaikan. Hehehe.

Sekarang aku nak menceritakan pengalaman cemas aku sepanjang proses nak balik ni. Suka aku nak cakap disini bahawa imigrasi Polonia kat Medan ni memang suka menyusahkan orang. Yeahh. Aku dengan tanpa rasa bersalah nak cakap dorang adalah @#$%^&*! Nak tau sebab apa? Meh nak cerita. Tapi terlebih dulu, kita kena faham dengan terms yang akan digunakan seperti berikut untuk lebih mendalami maksud sebenar entry aku kali ni. Heh.

1. MERP (Multi Re-Entry Permit) : dokumen perjalanan yang diperlukan oleh pelajar asing yang belajar di Indonesia yang memiliki KITTAS untuk keluar masuk negara Indonesia dengan bebas, berlaku selama 6 bulan sahaja

2. ERP (Re-Entry Permit) : seperti MERP, tetapi hanya berlaku selama 3 bulan, dan terbatal apabila sekali keluar dari Indonesia

3. KITTAS (Kartu Izin Tinggal Terbatas) : dokumen yang diperlukan oleh pelajar asing selama belajar di Indonesia

4. PKPMI-CM (Persatuan Kumpulan Pelajar Malaysia di Indonesia-Cawangan Medan) : wakil pelajar Malaysia dekat Medan

Kenapa aku men'@#$%^&*' imigrasi Polonia ni? Sebab, mula-mula dorang buat masalah dengan menaikkan harga MERP dari Rp 600.000,- kepada Rp 900.000,- sesuka hati mak bapak belah tok nenek angkat orang.  Aku dah penat-penat tabung duit nak buat MERP cukup-cukup enam ratus, tetiba dorang nak naik harga tanpa alasan yang kukuh. Alasan tu memang ada, iaitu kerana orang yang jaga kaunter saja nak duit lebih. Bangang tak? Memang rasa macam nak sepak muka dorang. Even ERP murah, Rp 200.00,- je, tapi banyak masalah di kemudian hari sebab kitorang mungkin bercuti panjang.

Lepas tu, wakil PKPMI-CM pun bantu laa kami-kami yang teraniaya ni dengan cara apply MERP secara pukal, beramai-ramai dengan harga asal. Dorang punya laa marah, tapi sorry laa der. PKPMI-CM sangat tegas. Sila tabik spring toing toing untuk diorang. Huhu. 

Daaaaaan, nak dijadikan cerita, pekerja imigrasi kat sini memang tak makan saman. Sampaikan orang Konsulat kat sini kena campur tangan sebab ramai pelajar yang tak dapat passport sebab MERP tak siap-siap even dah lama submit. Kesian weyy kat kitorang. T_T Kalau aku jadi orang kat imigrasi tu aku malu, sebab orang negara lain terpaksa campur tangan masalah pekerja dalaman negara dorang. Segannyer! Huhu.

Pung pang pung pang. Sampai laa ke bab aku nak balik esok. Tapi masalah passport aku orang imgrasi tanak settlekan. Bukan aku sorang je. Ada lagi 18 orang yang kena macam aku, sedangkan kitorang dah submit borang tu awal bulan Jun lagi. Aku kecewa ngan dorang. Serius weyh! Aku rasa cam nak je caci maki imigrasi dalam hati. Tapi aku kena tabah. Selagi tak sampai waktu aku balik, aku kena tetap bertahan. Dan alhamdulillah, setelah pagi-pagi buta member aku yang BALIK PAGI NI pergi tak-tau-lah-dorang-buat-apa-kat-imigrasi-tu sampai lah dapat balik passport kitorang sekali dengan cop MERP. 

Aku dah ingat nak call mak aku sambil nangis-nangis supaya simpati family aku kat aku nanti melimpah ruah dan dorang tak teragak-agak untuk beli tiket flight yang lain untuk aku in case passport aku belum dapat sampai besok petang. Dah laa. Pasni aku malas kawan ngan orang imigrasi yang suka nak balas dendam kat kitorang sebab kitorang tanak bayar lebih untuk keluar dari Medan nih. Huh! Errr. Bila masa laa plak kan aku kawan ngan dorang? Tak hingin! Huhu.

Oke laa. Dah panjang aku bebel sorang-sorang (ayat cover sebab tau takde orang baca blog ni..huhu). Nak gi packing barang sebab aku nak balik Malaysia esok pukul 1415 WIB (Waktu Indonesia Barat) naik Firefly and turun kat Subang dan dijangka sampai pukul 4.30 p.m.. Hahaha. Tata~~~ 

"ingatkan aku untuk update cerita pasal farewell ACMS-USU 2008 nanti k, encik gambar," kata diriku kepada gambar di atas.  ^_^

Senin, 20 Juni 2011

i wanna update but i dont have the strength!

Salam bloggers yang comel-comel.

Ada tak yang rindu sepanjang 2 3 hari ateh tak update blog ni? Baik ngaku cepat supaya ateh tak malu sengsorang. Oke. Ada sorang. Dua. Empat. Tigaratusempatpuluh. GOOD! Korang terbaik. 

Hello hello! My name is Siti Noor Edayu and i am currently reporting live from Medan. But i will be back to my hometown, Terengganu on this Friday. Yeayyy! 


I am writing an entry in my own blog, not others' and i am also writing about my everyday life event. If you like my entry, just go on reading and i shall show my gratitude towards you.


Oh yeah, I wanna upload some pictures but apparently this lappy appeared to have lack of my own picture. Owhh, lupa pulak. Aku memang jarang snap pic sekarang. Ke korang sanggup kalau aku letak gambar yang sama ulang-ulang? Haha.

Oke laa. Malas dah nak menaip. Tengah tak sabar nak tunggu Jumaat ni nak balik Malaysia. Yeyehhh! Yeyehhh! :D

Daaaaa~~


Sabtu, 18 Juni 2011

menjadi permaisuri istana bersama FATIN LIYANA!

Salam and hai bloggers sayang sekalian. 

Hari ni malas nak update panjang-panjang, sebab dah update entry ni kat [sini]. Tapi entry tu gambar tak berapa nak clear. And yang ni gambar macam oke laa sikit, tapi gambar-gambar yang ada dengan FL lagi lawa. T_T 

berpeluang memijak salah satu istana lama di Medan, Indonesia..




puteri-puteri raja..


raja sehari yang macam sepadan..baju laa..hehehe


FL kawen?? hahaha..


puteri ruhayu


puteri ruhima


puteri ruhaya


puteri ruhana dan ruhatin


raja daim


errr...abaikan jeans FL..hahaha


raja dan permaisuri bersama puteri-puteri..


sepadan..2 padan..3 padan..baju je laa..haha


rock uuuuuu puteri dah tau buat PEACE! haha


ecececece


poyosss


mengintai di sebalik tiang


rileks je puteri ni sorang


raja yang bertauliah


TARAAAAAAA!!

Best memang best. FL memang baik. Tapi bagi aku laa, FL ni pemalu sikit kalau jumpa dengan orang yang tak kenal. Tapi bila dah lama-lama dia oke laa. Dia pulak yang ajak kitorang bergambar. :') Mula-mula aku jumpa dia, dia cam slow jugak. I mean, malu laa. Tapi aku kan friendly, harus lah boleh go on. Hahaha. Oke laa. Kalau nak usha FL komen, boleh klik [sini]. Dah tahap retis dah FL sekarang. ;)

Daaaaa~

sorry to say, but SM*SH (I-POP) is much more better dari 24:7 (M-POP)

Salam and hai bloggers sayang.

Perlu ke kalau malas nak menaip tapi taip jugak? Tak perlu kan? Kan? Kan? Tapi itu orang lain. Bukan aku. Haha. Oke. Oke. Entry yang berkaitan dengan tajuk. K-POP? M-POP? I-POP? Pekejadahnya banyak pulak laa huruf-huruf ni kan? Meh nak explain sikit, but correct me if i'm wrong. 'K' is stand for Korea, 'M' is for Malaysia, and 'I' is for Indonesia. 

Sebenarnya, I am a little bit late to write an article relating to a new boyband in Indonesia called SMASH or most well-knowed as SM*SH. They consist of 6 members : Bisma, Morgan, Rangga and others (I don't know them so well). Tapi please take note disini bahawa SM*SH disini adalah BUKAN SM[star]SH dari Korea. Yang pure punya Korea laaa dan korang boleh klik [sini] untuk tengok. SM*SH yang aku maksudkan disini adalah daripada Indonesia. Boleh klik kat [sini]. Heh.

Tapi aku bukan nak kasitau korang yang SM*SH dari Indonesia ni copycat dari SM[star]SH dari Korea. Bukan. Bukan. Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini adalah SM*SH dari Indonesia ni much more better dari 24:7 dari Malaysia. No offense ye untuk fans 24:7, tapi serius aku rasa meluat tengok dorang, I mean 24:7, joget-joget cam takde hala tuju. It's a big different  when I listening or watching SM*SH's video clip. Pernah jugak sekali aku tengok dalam tivi SM*SH ni buat persembahan, open-air punya tau. And they are like 'boleh tahan jugak mamat-mamat ni hensem laa jugak dan pandai menari laa jugak'. Compare to 24:7 yang aku tengok dalam  Youtube, rasa macam 'eh kau macam cik pon ada aku tengok sorang-sorang'. Boleh tak? Huhuhu.


SM*SH yang dari Indonesia ni walaupun gaya dorang takde laaa oke sangat pun tapi better laa daripada 24:7. 


Ewwwwwww. Korang nampak tak apa yang aku nampak? Camharem! T_T Korea laa sangat wat-wat comel macam tu. 

[SM*SH]

VS

[24:7]

Aku sangat-sangat berharap agar korang paham kenapa aku cakap SM*SH is much more better than 24:7. Huhuhu. Maafkan aku andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, ada yang terasa. Errr, korang rasa macamane? T_T

Kamis, 16 Juni 2011

puasa sebulan kat MALAYSIA??!!

Salam and hai bloggers sekalian.

Its been a while since i did the last typing right? A while laa sangat kan baru je 2 3 hari tak update entry. Haha. Actually, I got few stories to share but apparently I dont have motivations to do so. Motivasi itu sangat penting oke untuk menaikkan semangat sewaktu menulis entry dengan penuh berdedikasi. Dan semangat itu penting supaya anda tidak putus asa untuk meneruskan penulisan anda sehingga ke ayat yang terakhir. Err. Macam takde hala tujuan je penulisan aku kali ni. Hahaha.

Sangat takde idea macamane nak taip entry kali ni sebab tangan ketar-ketar sebab sangat excited sebab dengar cerita USU akan kasi holiday till the 5th of September. OMG! OMG! Mintak-mintak laa betul!! Korang please doa. Pleaseeeeeee. Dah lama tak puasa dengan family. Even tahun lepas pun tak balik raya. Kalau tak caya boleh klik [sini]. And kalau nak tahu kenapa aku tak boleh balik beraya, boleh klik kat [sini]. Sedih kan? Wuwuwuwu. Tapi itu cerita lama beb! Tahun ni aku akan beraya dengan family! OMG! OMG! Hahaha. 

Oke. Oke. Kena stop sini. Anyway, Im going back to my homeland in 8 days from now. Im excited! Damm excited! :) And i would like to make an apologize in advance to my tummy. "I'm sorry u'll need extra hours processing the food once I reached home. And and since my holiday is until September, I can berpuasa full sebulan kat Malaysia!!!! Yeyehhhh!!! *tu pun kalau penuh sebulan laa kan..well..im a BIG GIRL oke..wink wink* 

Tata kawan-kawan!

tak sabar nak balik weyhhhh!

Psssttt: Dan-dan pulak keluar lagu raya 'Balik Kampung' by Del-Hearty. Ehemm. Aku tengah pasang lagu nasyid. Hari Jumaat laa katakan. Tapi tetiba keluar lagu ni. Sentap beb! Sentap! Hahaha

jom sindir kaki ponteng sembahyang jumaat!

Salam and hai bloggers sekalian.

Hihihi. Rasa macam nakal pulak nak sindir-sindir orang ni. *gelak evil Patrick Spongebob* Tapi ni bukan sindir yang nakal-nakal. Ni sindiran berbaur nasihat supaya seseorang itu tahu bagaimana untuk menuju ke arah jalan kebaikan. Esok kan hari Jumaat, so boleh laa nak praktikkan benda ni nanti kot-kot terjumpa kes-kes macam ni. 




Kes ponteng sembahyang Jumaat ni selalu terjadi kepada kaum lelaki, khususnya dibandar-bandar besar. Syarikat bagi masa rehat panjang untuk pergi solat Jumaat, tapi diorang melencong ke kedai makan, selalunya kedai mamak. Selamba badak je makan minum, sembang-sembang, hisap rokok walhal azan kan masjid dah masuk kali kedua. Jika korang sebagai perempuan yang nampak dan duduk berdekatan dengan meja golongan mat ponteng ini di kedai-kedai mamak, mungkin cara dibawah ini boleh dicuba. Mungkin berhasil mana tau kan?
1) Cakap dengan agak kuat, “aku teringin sangtlah nak merasa nikmatnya sembahyang jumaat”, kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya. Kot-kot insaf Mat ponteng tu.
2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang sibuk Sembahyang Jumaat”.  Mau terbantut nak makan Mat ponteng tu.
3) Jika korang bersama adi, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang jumaat, buat-buat memujuk adik anda dengan mengatakan “adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar ayah bawaklah pergi sembahyang jumaat tu”. Tersentap kat situ jugak Mat ponteng tu
4) Pergi ke lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, hari ini hari apa eik, maklumlah saya ni ada masalah sikit nak ingat hari” Mau touching Mat ponteng tu
5) Kalau korang jenis cantik dan lawa, korang pura-puralah cakap kat kawan korang, “eh aku kan suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool”. Mesti Mat ponteng tu terus balik dan bersiap.
6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”. Silap-silap mencanak lari Mat ponteng tu.
7) Kalau korang jenis berani sikit je, korang pura-pura tanya kat kawan depan, “eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”. Mat ponteng tu mesti terkedu jap.
8 ) Kalau korang jenis yang berani, tegur direct je, “abang dah masuk waktu abang tak sembahyang Jumaat?”.  Tersentap terus Mat ponteng tu
Okey tak cara ni?, sebenarnya kalau lelaki tu dah jenis hati kering korang nasihat dan tegur macamana pun dia haram nak kisah. Cara diatas bukanlah cara yang serius, namun boleh juga digunakan. Okeh, Selamat Menegur!


Pssssst : Ini adalah copy-paste version. Tengok aku search benda elok-elok je nak kasi info kat orang. Takde laa semangat nak cari info yang bukan-bukan macam orang tu. Heh. [sumber]

Rabu, 15 Juni 2011

nomoq comey aihhh~ [versi 2]

Salam and hai bloggers sekalian.

Ni nak kasi tengok nomoq comey yang kedua! Bagi aku laa. Sebab hari tu time aku letak nomoq comey [sini], pastu ada orang tanya, "comey tang mana?" Wuwuwuwu. Takpe laaa. Sebab bagi aku comey so aku nak letak jugak yang ni. Hehehehe.


Haaa. Comey kan nomoq tu? 014014. Tak comey lagi ke? Hehehe. Daaaa~

peringatan dari Allah, jangan terlalu leka!

Salam and hai bloggers sekalian.

Dari tajuk pun dah dapat agak, apa yang aku nak cerita kali ni. Pasal peringatan Allah S.W.T. Tapi secara general je laa. And orang cakap sekadar sembang-sembang petang. Aku bukan baik sangat pun nak cakap tentang agama ni dalam. Tapi cukup laa sekadar kita saling mengingati antara satu sama lain.

Ramai orang bila something jadi kat dia, tak kisah laa yang baik atau buruk, mesti dia anggap benda tu takdir. Aku pun tak lari dari semua tu. Kejadian henset hilang, moto hilang, result exam yang tak gempak, tak boleh balik time adik beradik kawen dan macam-macam lagi laa, mesti aku pasrah sebab aku dah anggap takdir. Nak buat macamana lagi kan? Kita sebagai manusia biasa memang tak ada kuasa untuk halang apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Tapi sedarkah kita, bahawa selain daripada setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, tetapi juga merupakan satu peringatan untuk diri kita. Seburuk mana pun, sesedih mana pun situasi yang kita perlu hadapi, mesti akan ada something yang mungkin lebih baik akan terjadi, walaupun ada mengambil masa yang agak lama untuk hikmah tu muncul. Allah itu Maha Penyayang. Apa yang terjadi, yang baik dan yang buruk sekalipun, semuanya sebagai peringatan. Sejahat mana pun kita, still lagi Dia kasi peringatan, supaya kita tak terpesong dengan lebih jauh. Sampai begitu sekali kasih Allah pada kita. Subhanallah. :')



Kadang-kadang aku pun rasa macam sedih dengan diri sendiri. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang Dia kasi. Bila ada je benda buruk yang berlaku, aku just pasrah je. Tak pernah nak pikir panjang, kenapa benda tu jadi. Pasrah tu memang dah elok, tapi yang bab nak pikir tu memang tak masuk list. Padahal itu yang perlu kita buat. Fikir, renungkan kembali, kenapa Allah timpakan sesuatu pada diri kita. Semuanya sebab nak suruh kita sedar, supaya kita tak terus terpesong dan akhirnya diri sendiri jugak yang susah dan merana. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Sangat sayangkan kita. Subhanallah. :')

Jadi kawan-kawan, kalau kita ditimpa masalah, jangan sekadar redha dan pasrah. Memang itu benda yang baik, tapi kita juga harus fikir. Kenapa Dia timpakan kita dengan sesuatu. Mungkin itu adalah salah satu peringatan darinya, dan itu tandanya kita masih disayangi. Wallahualam. :')


Selasa, 14 Juni 2011

jom kita sunat budak-budak Indonesia!

Salam and hai bloggers.

Semalam dah janji nak upload pics sempena program sunatan masal @ program berkhatan beramai-ramai di beberapa buah kampung kat Medan, Indonesia. Untuk sesiapa yang tak baca lagi entry pasal sunat-menyunat tu, boleh klik kat [sini]. So, sekarang tak yah cakap banyak laa kan. Jom kita tengok betul ke aku pernah sunat budak. Hahaha.

sementara menunggu program dimulakan..semua orang tengah kesejukan.. :)

"tadi nama anaknya siapa pak? Irwan Syah atau Ariel?" 

intai-intai pulak..ajak masuk bilik, menangis! heh..

KAMI PASTI BISA!! [Berastagi, Medan, Indonesia]

beberapa anggota yang bertugas..

panitia makanan.. :)

err..tukang sunat tu orang panggil apa? lupa pulak.. T_T

pemerhati berjaya..haha

bersiap-sedia untuk menyunat

nasib baik tak nampak anu budak tu..kalau tak mau kena saman aku nanti..huhu

bersama senior di meja obat..senior ni nama dia kak ila..terer gila racik obat..dalam Malay aku lupa istilah racik tu apa..hahaha 

seorang lagi mangsa!! wahahaha *gelak evil*

"sakittt mama," kata si budak kepada si ibu.. 

antara AJK-AJK yang terlibat..err..tak sempat nak pakai name tag pulak yang ujung belah kanan tu..hahaha [Sidikalang, Medan, Indonesia]

Oke lah. Tu je antara gambar yang dapat dimasukkan kat sini. Banyak lagi sebenarnya, tapi malas nak sesored kan bahagian tertentu. Hahaha. So, korang haruslah percaya bahawa aku dah pernah sunat orang. Heh. Tata~~~~



Senin, 13 Juni 2011

dah-dah la tu gaduh. sama-sama pantai timur kot!

Salam and hai everyone.

Aku tak sabar nak tunggu bahang FA CUP ni kembali reda. Bosan tengok kat wall facebook orang duk kutuk-mengutuk sana sini. Naik menyampah pun ada. Tak sedar ke sama-sama dari pantai timur?

Aku orang Terengganu, tapi aku sayang je Kelantan. Ramai kot member-member aku yang asal dari Kelantan. Kalau kita perhatikan, orang Kelantan je yang paham apa orang Terengganu cakap. Macam tu jugak kalau sebaliknya. Tak banyak orang negeri lain yang paham apa kita cakap. Mungkin ada, tapi tak banyak. Kalau main bola macam tu pun sampai nak gaduh-gaduh, nak kutuk-kutuk, nak caci-maki, buat tambah dosa, tak yah laa main. So, takde penyokong. Takde menang-kalah. Takde caci-maki and so on. Senang. Orang buat game ni sebab nak rapatkan hubungan. Ini tidak. Menang kena caci. Kalah kena maki. Tak matured langsung perangai macam tu. Macam budak-budak. Huh!

Mungkin tak semua tergolong dalam orang-orang yang duk gebang dengan page facebook kau-caci-aku-maki-kau-balik ni. Tapi disebabkan page-page facebook ni laa yang membuatkan orang jadi makin ramai bergaduh. Sebab bila someone tu tengok komen si polan duk kutuk negeri dia, si folan join sekali. Pastu si pulun yang dari negeri yang kena kutuk tu pun rasa tercabar. Buat page yang kutuk negeri si polan ni balik. Kawan-kawan si fulun ni pun bengang. Kutuk negeri sana. Orang sana kutuk negeri sini. Yang dapat dosa sapa? Admin-admin yang create page tersebut yang boleh dikategorikan sebagai orang yang tak berapa nak matured. No offense. Ni pendapat aku.

Salah ke Terengganu menang? Salah ke Kelantan tak menang? Adat la tu main ada kalah menang. Sebelum ni takde laa kecoh sampai buat page la bagai semata-mata nak kutuk orang lain. Kalau ada pun takde pulak aku nampak macam sekarang ni. Lagi-lagi sesama pantai Timur. Huhuhu.

Untuk sesiapa yang rasa dia pun tak nak orang Terengganu-Kelantan bergaduh, jom kita sama-sama berdoa agar admin-admin yang buat page kutuk-kutuk tu terbukak hati nak delete or remove page dorang buat tu. 



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bukakanlah pintu hati sahabat-sahabat kami. Semoga mereka sedar apa yang mereka lakukan itu akan memecah belahkan umat Islam. Peliharakanlah kami dari perpecahan di antara kami, Ya Allah. Rapatkanlah kembali silaturrahim antara kami. Amiinnn Ya Rabbal A'lamin."

Psssttt : Maaf sekali lagi kepada admin-admin facebook yang terlibat. Bukan niat nak menjatuhkan sesiapa, cuma ini pendapat aku personally. Sekian, terima kasih.

Minggu, 12 Juni 2011

pengalaman menyunat anak-anak di Medan, Indonesia

Salam and hai bloggers. Pa habaq ari ni? Sihat ka? Hehehe.

Sekarang aku nak cerita pasal pengalaman aku sunat budak-budak kat Medan ni. Free of charge. Sebab program ni biasanya buat kat pedalaman. Malahan, kitorang sebagai peserta yang tolong support duit dorang untuk bersunat tu. Ehhh, jap. Sebelum tu nak kasitau. Ikhlas ni tau nak cerita. Kang cakap aku tak ikhlas pulak sebab duk gebang aku sunat budak kitorang yang bayar blablablabla. Huhuhu. 

Sekarang dah masuk 3rd year aku kat Medan ni. Aku start join program sunatan ni masa aku first year lagi. Masa tu program buat kat Sidikalang. Yang second year buat kat Berastagi. Ada laa kawasan kampung kat kat Indonesia ni. Yang bestnya, both kawasan kampung tu kat gunung. Memang kebanyakan kampung-kampung kat sini ada kat kawasan gunung. So, memang sejuk tak hengat. Masa tu aku ingat lagi, pagi nak mandi tu memang sejuk gila nak mammphh, sampaikan ada yang tak mandi kut. Huhuhu. Tahun ni aku tak pergi. Semalam sebenarnya program sunatan tu. Aku tak pergi sebab....aaa..aaa..ada laa. Hehehe.

Korang ingat senang ke nak menyunat budak-budak? Walaupun anu dorang tu kecik, tapi suara dorang bapak kuat menangis-nangis taknak kena sunat. Selain daripada kena tahu skills nak potong anu tu, kena tahu juga beberapa trick. Salah satunya trick time nak inject ubat tahan sakit tu. Sebab, kadang-kadang ada budak yang menjerit-jerit cakap sakit semua kan. Pastu bila kita buat-buat kepit tapi tak kepit pun, dia duk jerit SAKIT!! SAKIT!!. Kat situ dah kantoi yang budak tu just berlakon je. So, kena pandai-pandai laa nak pujuk dia. Kalau aku pulak senang je. Aku umpan budak tu macam ni.

"Adik, tau ga baca al-fatihah?"
"Tau kak. Iskkk. Iskkk." *menangis teresak-esak*
"Coba adik baca. Kakak mau dengar. Benar ga bacaan adik." *tangan dah sedia nak suntik*
"Bismillah.......hirrohman....nirrohim....." *suara ketar-ketar*
"Kuat dikit dik. Ga kedengaran soalnya. Dikuatkan aja suaranya ya dik. Ga papa."
"BISMILLAHHIRROHMAN....." *semangat baca kuat-kuat*
Terus tangan aku ZAPPP! Dah siap. 

"Ada rasa sakit dik?"
"Ga kak. Tapi koq rasa kayak digigit semut yaa?"
"Hahahah. Dik, teruskan baca al-fatihahnya dik. InsyaAllah, nanti ga terasa sakitnya kerna Allah suka kalo adik baca alquran. Ga mau kan rasa sakit?"
"Iya kak. BISMILLAH...."

Haaa, tengok camane aku memperkotakkan katik budak tu. Hahaha. Tapi, itu kalau dapat budak yang lurus. Ikut je apa yang kita cakap. Pernah sekali aku kena handle budak yang meronta-ronta macam kena rasuk. Tak padan ngan lelaki. Heh. Masa tu aku tak sunat dah. Aku just jaga budak. Tapi dah nampak budak tu macam semangat tak nak sunat, aku terus pergi and tanya dia.

"Adik, koq nangis? Ga sakit lho. Rasanya cuman seperti digigit semut aja."
"GA MAU. SAKITTTTTTT!!"
Aku pun pegang kepala dia. Panggil mak dia masuk dalam bilik.
"Kan mamanya ada disebelah. Mama nemanin adik koq. Ga papa. Kakak juga ada nemanin. Adik ngomong-ngomong aja sama kakak. Ga usah diperhatiin dokter-dokter itu. Lihat mama sama kakak aja yaaa."

Bajet laa muka comel macam FL kan adik tu nak tengok. Hahaha. Kadang-kadang ada yang makan umpan, kadang-kadang ada yang melawan.

"Ga mauuuuuu! Kubilang ga mau, ga mau laa kak! SAKIIIIITTT!! WAAAA!! WAAAAA!!"
"Ya udahh. Ga papa. Turun aja dulu kamu. Kalo ga mau, diganti sama cowok yang lebih berani dan ganteng. Ga kayak kamu. Malu kali ahhh nangis-nangis kek gitu."

Tu bila aku dah malas nak layan. Baik settlekan budak-budak yang duk sengih-sengih macam kerang busuk kat luar. Sengih laa kan time tunggu. Dah masuk dalam, tahu laa korang! Huhuhu. Pastu satu lagi, kena tau jugak camane nak tahan bau yang ummmphhhh. Tak semua budak-budak ni yang reti nak basuh anu bila dah buang air. Time nak sunat ni laa kantoi semua benda. Huhuhu.

"Ufhhhh, koq bau kali ni dik. Ga cebok yaaa?"
"Tihihihihihi"

Pernah jugak sekali aku dapat patient yang umur dah 13 tahun. Amek ko!! Biasa aku sunat bebudak umur 5, 6 tahun. Sekali dapat yang 13 tahun. Perghhhh! Hanya lelaki yang pernah berumur 13 tahun saja yang tahu kenapa aku terpaksa panggil member aku yang lelaki untuk settlekan budak tu. "Weyhh, ko pergi handle budak kat dalam tu. Aku udah capek lho!" Alasannnnn. Hahaha. 

Memang banyak laaa pokoknya benda jadi time nak sunat budak tu. Banyak pengalaman yang aku timba sepanjang aku terlibat dalam program bakti sosial macam tu. Nak-nak pulak, aku salah seorang AJK untuk persatuan yang buat program bakti sosial macam ni iaitu M.E.T PM-USU (Medical Emergency Team Perwakilan Mahasiswa Malaysia USU). Masa first year aku EXCO biasa je. Sekarang dah up sikit la. Jadi Secretry. Heh. Ok what! Hehehe. Oke laaa. Dah panjang sangat ni aku bercerita. For now, aku tak letak lagi gambar sebab entry dah panjang. Next entry aku letak gambar k. So, see u next time. Tata~~~

lucah betul. ko takde benda lain ke nak cerita?

Salam and hai bloggers sekalian.

Bebudak sekarang ni, kalau buat je entry pasal lucah, seks, dan yang sewaktu dengannya, ramai laa yang berminat. Tak kisah laa tentang apa-apa pun, tapi bila ada je kaitan dengan sex, mesti ramai yang klik sebab nak tau.

Dan ada jugak sesetengah bloggers yang ambil peluang nak naikkan traffic blog dia dengan tulis benda-benda lucah. Fine lah. Blog tu blog kau yang punya. Suka hati tok nenek belah ayah kepada mak angkat mak sedare kau la kan nak tulis pasal apa. Sekali dua, oke lah. Mungkin saja je nak kasi informasi kat orang ramai. Tapi bila dah asyik tajuk entry yang 'panas' je keluar, aku naik heran jugak. Aku tengok tajuk pun dah rasa macam apa kes laa budak ni asyik tulis benda-benda camni ni kurang kasih sayang ke apa? Huhuhu.

Then. Then. Bila tengok umur, muda remaja lagi. Ada yang tak kahwin pun lagi. Tapi entry-entry kalah orang yang dah kahwin 4. Yang tak tahan tu, copy paste jeeeeeeeee. Semangat yee cari informasi pasal benda-benda macam tu nak masukkan dalam blog. Huhuhu. 

Entry hari ni cakap pasal keruntuhan akhlak remaja. Entry besok pasal agama. Entry semalam pasal benda-benda lucah. Entry pagi tadi pasal seks. Entry sekarang pasal kutuk-kutuk perempuan sebab seksi. Apa kes? Tapi oke laa tu kan. Bervariasi sikit. Tapi yang aku pelik, marah pulak bila perempuan pakai seksi. Boleh menyebabkan ini laaa. Itu laa. Tapi sendiri tulis pasal benda-benda lucah kemain lagi. Ke tak tau benda tu semua ada kaitan?

Aku malas laa nak cakap banyak pasal benda ni. Karang cakap aku hentam bloggers lain pulak. Tak. Tak. Ni pendapat aku je. Kalau blogger tu suka tulis pasal benda-benda lucah, lantak dia laa. Memang dah jiwa dia macam tu. Dan haruslah take note yang ini blog aku. So, tak salah kalau aku nak kasi pendapat as long as aku tak melampaui batas-batas ataupun mengaibkan mana-mana pihak.

Orang cakap, 'buang yang keruh, ambil yang jernih', 'yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan'. Semua atas diri kita. Tapi kalau betul lah kita ada rasa sayang dekat rakan-rakan remaja yang lain, walaupun tak banyak, elakkan laa post benda-benda macam tu. Sebab boleh jadi apa yang kita post tu mungkin akan menjadi salah satu sumber dorang untuk buat kerja-kerja tak senonoh. Kalau betul laa benda tu boleh jadi sebab entry kita, sanggup ke kita nak tanggung dosa? Paham kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni? 

Sekian, terima kasih. :')

:: IKLAN ::