:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Rabu, 18 Mei 2011

sekejap..sekejap!

Salam and hai bloggers!

Ni entry sekejap je. Heh. Dah suntuk masa nak exam pun lagi mau update blog.

Oke. Aku ada dengar someone cakap macam ni.

"Kerajaan dah cukup baik kasi bantuan pinjaman kat kau. Tak nampak lagi ke macamana kerajaan nak bantu rakyat? Itu pun kau masih nak mempersoalkan kredebiliti kerajaan. Masih nak menyalahkan kerajaan. Masih tak nak sokong kerajaan."

Ada orang lain jawab. "Bantuan tu memang hak aku sebagai rakyat. Dah memang aku layak nak dapat bantuan. Adakah sebab aku sokong parti pembangkang bermakna aku harus tolak bantuan kerajaan? Atau adakah kalau aku dapat bantuan maka aku harus tukar warganegara aku sebab tak sokong kerajaan? Kau kena faham apa beza kerajaan dengan parti."

Situasi lain pulak.

"Semalam yang orang-orang parti tetttttt datang Medan. Kau tahu dia ajak aku pergi mana? Pergi disko. Then carikan perempuan nak ajak teman tidur. Itu orang kuat parti tu. Kau bayangkan orang bawahan dia macamana. Mesti perangai lagi teruk. Nasib baik aku tak sokong parti tu. Blablabla."

Satu lagi balas. "Kalau takde hiburan, macamana negara nak maju? Kau cakap kat aku. Kalau parti tutttt yang pegang, mungkin kita boleh perbaiki apa yang kurang. Tapi aku tak rasa negara akan maju. Kita kena pandai rebut peluang. Orang sekarang mana pandang benda lain, beb. Duit tu penting. Blablabla."

Aku pun jawab. "Memang dunia dah akhir zaman. Kau buat la camana sekalipun, dah termaktub dunia akhir zaman memang macam tu. Terserah kau nak sokong mana-mana pihak.Semua ada baik buruk. Tapi yang penting, kau jaga diri kau. Jaga keluarga kau. Buatnya 2 minit lepas ni kau mati, duniawi tak boleh jadi tiket kau masuk syurga."

Sekian.

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::