:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 13 Mei 2011

Rumah Sakit Korban Laki-laki?

Salam and hai semua!

Ehem. Actually entry ni pernah diupdate sebelum ni. Tapi oleh sebab ada masalah tertentu (bloggers mesti tahu pasal ni) yang ditimbulkan oleh pihak blogspot.com, entry tu hilang tanpa dapat dikesan. *sigh* Udah ler penat aku taip panjang lebor, tetibe hilang pulak yer. Atenye nak buat macam mane lagi. Bende dah jadi. Sabor je ler. T_T Dan kalau ada perubahan sikit-sikit dengan entry yang sebelum ni, pempaham lah ye. Aku pun lupa apa yang aku tulis sebelum ni. Hehehe.

Oke. Berbalik pada cerita asal. "Rumah Sakit Korban Laki-laki". Owhh, sebelum tu, aku nak mintak maaf dulu kalau apa yang aku nak kasitau ni bakal mengguris perasaan pihak-pihak tertentu. Sebab entry kali ni mungkin agak sensitif. Tapi aku akan cuba untuk meminimalkan kesensitifan tersebut. InsyaAllah. Kalau nak dialih bahasa ke Bahasa Malaysia, 'Rumah Sakit Korban Laki-laki' ni bermaksud hospital atau klinik yang menyediakan prasarana untuk semua korban-korban yang telah menjadi mangsa lelaki. Siapa lagi kalau bukan perempuan. Ye daakk? And kalau yang dah cukup umur dan matang, korang mesti faham dengan makna tersirat disebalik istilah tersebut. Kan? Kan? Tipu lah kalau tak faham. @_@

Korang pernah dengar ke istilah 'rumah sakit' kat Malaysia? Sepanjang aku hidup 22 tahun ni kan, tak pernah lagi aku nampak ada sign board yang guna istilah 'rumah sakit' untuk menunjukkan kewujudan hospital atau klinik kat sesuatu tempat kat Malaysia tanah airku yang tercinta *eceyhh..tetiba berkobar-kobar pulak semangat nasinalisme aku..huhu*. Ke ada? Kalau ada boleh share ngan aku. Tapi tu laaa, setahu aku, di Malaysia yang ada hanyalah 'Hospital/Klinik/Wad Bersalin'. Betul tak?

Tau tak kenapa aku membangkitkan isu rumah-sakit-laa-bagai ni? Sebab kat Indonesia, terutama kat Medan, lebih spesifik lagi kat Fakultas Kedokteran Universitas Sumatra Utara, tempat aku belajar ni haa, dosen @ lecturers ramai yang cakap orang Malaysia guna istilah 'Rumah Sakit Korban Laki-laki' instead of 'Hospital/Klinik/Wad Bersalin'. And they being soooooo sarcastic when they talk about that. Lu orang paham tak maksud waa ni? Dorang semacam memperkotakkan katik orang Malaysia especially kitorang students Malaysia yang belajar kat sini, sebab guna istilah yang agak ehemmm macam tu. Pekejadah laa pulak kan? @_@ And setiap kali ada lecturer yang duk cakap macam tu sambil gelak-gelak, aku dengan semangatnya bangun, berdiri dan dengan lantangnya aku bersuara. "Doc, kami di Malaysia ga pake istilah 'rumah sakit korban laki-laki' seperti yang doc bilang. Yang ada hanya hospital atau klinik atau wad bersalin." Berani kan aku? Tapi tapi. Itu hanyalah sekadar mimpi di siang hari. T_T Hangpa toksah duk buat 'john' sangat aihhh. Satgi depa ganyang aku, bukan hangpa yang kena. Huhuhu. Dan sebetulnya, aku hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk dan menerima dengan penuh redha apa yang dikatakan dan digelakkan oleh mereka-mereka yang berkenaan. naik tensen jugak kadang-kadang tu. (-_-')

Okelah. Isu-isu sensitif macam ni tak boleh borak panjang-panjang, nanti jadi lain pulak. Macam istilah *istilah lagiiiii..haihh~*  yang mak aku selalu guna iaitu 'bunga ta*k'. Korang pernah dengar? Selalu mak aku guna bila kitorang adik beradik buat lawak yang menyakitkan hati masing-masing dengan niat berguarau. Tapi lama-kelamaan boleh membawa kepada pergaduhan. So, aku taknak laa entry aku kali ni jadi semacam 'bunga ta*k' pulak. Hehehe.

Memandangkan esok aku exam BLOK EMERGENCY MEDICINE 2,(tapi sempat lagi hapdet entry..huh!), korang doa-doa laa aku leh buat dengan jayanya. Sebab....sebab...AKU SANGAT LAA TIDAK MENGSTUDYKAN DIRI!! Wuwuwuwu. Dah laa. Nak sambung study pulak ni. Rasa bersalah pulak bila taip entry panjang-panjang macam ni tanpa memikirkan hari esok. Iskkkk. Dah. Dah. Cauuu dulu. Zasssssss~


Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::