:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Rabu, 18 Mei 2011

POLITIK MALAYSIA? perghhhhh~

Salam and hai lagi.

Malu pulak bila update entry 2 3 kali dalam satu hari. Ahhh, pedulik! Sebab aku memang nak tau. Huh!

Oke laa bloggers sekalian. Ateh *ehemm* just nak tau, apa pendapat bloggers sekalian tentang POLITIK MALAYSIA sekarang. Maklum lah, ateh kat negara seberang. Nak update pasal politik, karang kena sound pulak "Ahhhh, kau bukan kat Malaysia pun..cakap banyak pulak!" Huhuhu. Ateh ngak mau lho malu sendiri. T_T (Nak buat satu entrylah nanti pasal benda ni. Huh!)

Kalau korang berani laa kan, buat satu entry pasal keadaan politik Malaysia sekarang.   Tak kisah laa korang sokong pihak mana pun. Biru, Hijau, Biru air laut, Kelabu t**k anjing sekalipun, ateh tak kisah. Janji entry korang tak melampau. Dannnnnnnn, oleh sebab ateh memang tengah semangat nak tau camane keadaan politik kat negara tanah tumpah darah, ateh kasi hadiah kat entry yang ateh rasa paling bernas dan sopan. Dan  paling  'remaja-yang-matang'. Cane ehh nak cakap 'remaja-yang-matang' tu? Hmm, pokoknya entry yang seimbang dan tak caci maki. Heh~

Hadiah dia of course laa dari Medan, Indonesia. Bulan 6 ateh balik, ateh post kat pemenang dia. Tapi kalau rasa tak berani nak cakap atau komen pasal politik, jangan join. Entry yang korang tulis haruslah menepati ciri-ciri dan 'menayangkan' keadaan politik di Malaysia. *kesalahan penggunaan tatabahasa disitu*

Entry ni just untuk suka-suka je tau. Walaupun berbaur serius, tapi serius untuk suka-suka. Dan dapat hadiah. Diulangi, entry yang ateh rasa paling bernas dan sopan dan paling 'remaja-yang-matang' sahaja yang berpeluang dapat hadiah misteri tu. Dan untuk pemenang, ateh akan backlink entry dia kat entry ateh nanti. Syarat-syarat dia macam kat bawah:

1) Buat entry bertajuk 'POLITIK MALAYSIA: KHAS UNTUK STUDENT OVERSEA'
2) Follow blog ini. Welll, macam biasa la kan.
3) Entry dapat berbentuk apa sahaja. Karangan, puisi, sajak dll.
4) Lepas tu tinggalkan link entry dekat komen.
5) Tak perlu nak tag-tag orang. Tapi kalau nak hebohkan takpe. Hehehe.
6) Entry haruslah yang asli dan up-to-date.

Tarikh tamat : Ateh tanak buat lelame. Kalau takde orang nak join pun takpe laa. Yang pasti sapa yang nak join, sampai 25.5.2011 (RABU).

Jangan lupa letak benda-alah ni kat entry korang.

Siyes sekarang ni ateh nak tau sangat-sangat kenapa ramai orang cakap politik kat Malaysia macam teruk. Panas pulak bila dengar. Tapi lagi panas sebab macam terbukti pulak bila ada sesetengah parti politik yang datang Medan pastu buat keje tak senonoh. Bagi contoh yang buruk kat students kat sini. Oke. Taknak cakap banyak. Any pertanyaan, boleh email ateh kat (ayu_fanwim@yahoo.com)

Thanks in advance untuk yang sudi join. Theeee~

2 komentar:

M Fizan mengatakan...

haha..kena berani mati nie..hadiah mau gempak yer..hehe

e d a y u a t e h mengatakan...

hehehe..sebab tu laa yang berani je kne join.. :p hadiah tak tau laa gempak ke tak..tgk tahap keberanian entry tersebut..:)

:: IKLAN ::