:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 13 Mei 2011

page or group FACEBOOK yang memalukan!

Salam and selamat pagi semua.

Semangat kan aii update entry pepagi macam ni. Kalau laa study untuk exam (petang ni) boleh sesemangat ini, kan ke best~ T_T Sooooo, pagi ni aku nak MEMBEBEL sikit pasal page-page kat Facebook. Mungkin akan ada ayat-ayat dalam ni yang mengandungi unsur-unsur 18sx, tapi as usual, akan diminimalkan ke'18SX'annya itu untuk megelakkan perkara buruk daripada berlaku. Ehemmm. Kita start cerita.

As we know, kat Facebook sekarang macam-macam jenis manusia yang ada. Ada yang pro, ada yang kontra. Dan tak kurang jugak yang atas pagar. Tak kisah laa pro and kontra dari sudut apa sekali pun. Korang perasan tak sekarang admin-admin yang pegang page and group kat Facebook tu dah kurang sensitif dengan isu-isu sekeliling? Aku tak cakap semua tau. Masih ada lagi admin-admin yang best. Macam dekat MALAYSIAN BLOGGER UNITE. Haaa, bloggers dari Malaysia, moh ler kita join group ni. Best tauuuu!  *promote sebentar..hehehe*  And aku dah lama dah perhatikan benda ni. Mula-mula oke je semua wat aktiviti memasing. Tapi lama kelamaan page yang 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' ni makin lama makin melampau. Tak fikir langsung pasal ke'umum'an Facebook sekarang. 

Aku tak paham kenapa ada sesetengah admin yang macam takde otak, atau ayat yang lebih kasarnya adalah 'otak pi letak kat kepala lutut', yang sangat melampau dengan letak pic-pic yang lucah, atau boleh diketagorikan sebagai lucah-yang-amat, dalam album diorang. Sedangkan page diorang tu semuanya yang menyeru ke arah kebaikan. Contohnya 'marilah kita pakai tudung labuh tutup dada', 'jangan pakai legging, tak elok', dan sebagainya. (nama page telah diubah untuk mengelakkan diclaim oleh pihak tertentu..huhu) Tapi korang tau gambar apa yang dorang letak? Gambar 'gunung' tanpa diselimuti 'rerumput yang menghijau'. Ada jugak yang letak gambar tubuh wanita dari perut sampai kaki tanpa seurat benang. PATUT KE ITU MACAM DEYY?? Tak patut kan?? 

Okelah. Niat korang untuk menegur dah baik, dah elok dah. Aku tak cakap apa yang korang cakap tu salah. Takkkk. Memang betul niat korang untuk menyeru ke arah kebaikan tu. Tapi kenapa laa yang korang bang*ng sangat pergi letak gambar-gambar macam tu? Page korang tu udahler yang umum, dan korang tau tak umur pengguna Facebook sekarang ni dah semakin muda. Budak-budak sekarang ni yang tadika umur 5 tahun pun dah gheti nak berfesbuk-fesbuk ni tau. Sebab tu laa aku cakap admin-admin kurang sensitif dengan isu sekeliling. Kot ye pun korang nak menegur secara kasar, dengan alasan orang sekarang dah tak guna tegur lembut-lembut, tak makan saman, tapi tolong lah sensor kan part-part yang tak perlu tu. Korang tau tak, keburukan yang korang tunjuk tu dah menghapuskan semua niat baik korang tu. 


klik untuk besarkan gambar.

Dan mungkin ada sebahagian daripada gambar yang diupload oleh fan page itu sendiri. Tapi apa guna ada admin kalau page tu dieksploitasi sebegitu rupa tanpa ada tindakan dari admin. Tolong lah kepada admin-admin yang create page tu, aku menyeru korang semua, tolong laa tapis sikit gambar-gambar yang korang nak letak tu. Letak gambar perempuan seksi nampak muka dengan jelas, korang dah mengaibkan perempuan tersebut. Letak gambar yang maha lucah, korang dah dapat dosa sebab benda tu dapat menjatuhkan maruah wanita. Dan mungkin dapat  meningkatkan nafsu syahwat orang lain. And cuba korang fikir kalau ada orang letak gambar adik perempuan korang, kakak korang, anak perempuan korang, kat tempat umum macam tu? Apa perasaan korang? Malu kan? Apa? Korang anak tunggal? Korang takde anak perempuan? Oke fine. Try muka mak korang yang orang buat macam tu? Apa  perasaan korang? Marah kan? Panas kan? 

Aku bukan nak tuduh semua admin yang create page kat Facebook tu semua macam tu. Takkkkk. Tapi ini pengalaman aku sendiri. Aku ada laa like satu page tu sebab aku tau benda yang diorang nak sampaikan tu betul. Tapi alih-alih pic dalam album macam haramjadah. Dah berapa kali aku tegur admin untuk tapis gambar-gambar macam tu. Tapi takde tindakan pun. Mungkin sebab tak boleh nak online, takde internet. Weyyyy laa admin. Kalau dah rasa tak boleh nak pantau page korang, tak payah laaa nak jadi admin laa bagai. Menyusahkan orang lain je. Tapi kalau laa betul ada niat serong dibalik korang create page tu, atau senang cakap korang memang dah berniat nak buat page lucah macam tu, tolong laa fikir dulu. Tak baik menyebarkan aib orang ni. Betul tak, kawan-kawan?

Kalau ada admin-admin yang terasa tu sila lah take note ek. Aku just bagi pendapat je. Maaf kalau ayat yang aku guna tu kasar dan membuatkan korang terasa. Tapi kalau ada pendapat-pendapat yang bercanggah, silakan komen. InsyaAllah, apa yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Aku kena siap-siap nak pergi exam ni. Doakan aku ye kawan-kawan. *cuak*



Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::