:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 27 Mei 2011

kita pun ada gangguan jiwa sebenarnya!

Salam and hai bloggers!

Sekarang ni aku tengah study actually. Hari Isnin next week ada exam untuk Blok Brain and Mind System. Dalam blok kali ni, kitorang banyak belajar pasal otak dan fungsi dia yang sangat laa complicated, dan juga belajar sikit pasal ilmu kejiwaan. Uisshhh, cikgu ilmu kejiwaan aku sangat kelakar oke! Contoh-contoh yang dia kasi semua kelakar-kelakar. Dah kerja pun jaga orang gila. No wonder laa kan. Hahaha.

So, sekarang ni, sambil aku study, nak jugak share dengan korang tentang penyakit-penyakit jiwa yang kadang-kadang ada pada diri kita sendiri, tapi kita pun tak sedar bahawa kita sedang alami gangguan jiwa tu. Tak percaya? Boleh teruskan bacaan untuk lebih percaya. Hehehe. Aku pun time belajar ni laa banyak realize yang "alahaiiii, banyak nye penyakit yang ada kat aku sebenarnya..ingatkan aku laa orang yang paling sihat dalam dunia ni.." Heh. Tak kan laaa.

Kalau korang pernah mengalami putus cinta sampai frust tertonggeng geng geng, korang mesti pernah rasa macam 'aku benci kau, tapi aku sayang kau'. Haaa, cemano tu? Masa tu mesti korang rasa jiwa korang tengah hancur lebur dikhianati oleh cinta yang telah lama bersemi. Ceeyhh, ayat! Haha. Memang jiwa korang tengah sakit time tu. Sebab masa tu korang sedang mengalami keadaan 'ambivalence', iaitu satu keadaan di mana korang berperang dengan 2 perasaan yang berlawanan. Haaa, kalau ada siapa-siapa yang tengah frust tu, cepat-cepat laa rujuk ke pakar sakit jiwa. Heheh. 


Pernah tak bila bila korang dengar berita yang sangat menyedihkan dalam keadaan tiba-tiba, pastu korang rasa macam nak pitam. Alaaa, yang macam dalam iklan apa ntah dulu-dulu yang dia dengar anak dia eksiden naik motor dan dia pun jerit "Ya Allahhhhhh" pastu terus jatuh terduduk. Dalam cerita-cerita kat tivi pun banyak actually. Korang tau tak itu merupakan salah satu gangguan kejiwaan yang disebut sebagai 'cataplexy'? Mesti ramai yang tak tahu kan. Hehehe. So, lepas ni kalau ada orang berlakon kat tivi buat aksi semacam yang aku sebut tadi, korang boleh lah berlagak pandai dengan cakap kuat-kuat, "Haaa, dia dah kena cataplexy weyhh!!!" Hahaha.

"sabar mbaaakkk..sabar.." >.<

Ada jugak jenis orang yang perasan semua orang yang usha dia, minat kat dia. Tak kisah laa dia lelaki atau perempuan. Ke korang sendiri yang ada perangai macam tu? Hahaha. Perasan laa pulak kan. Orang yang semacam ini memang tak boleh kalau ada orang yang pandang-pandang dia. Mesti dia ingat orang tu suka atau minat atau yang lebih ekstrim, jatuh cinta pada dia. Padahal mungkin zip seluar dia terbukak, atau ada tahi burung kat tudung dia, atau mungkin seluar dia kemut. Tau kemut tu apa? Carik sendirik. Hahaha. Ni nama dia penyakit 'erotomania'. Tapi kena ingat, gangguan jiwa ni hanya untuk yang tertarik pada yang lawan jenis. Kalau sesama jenis tu, mungkin ada masalah lain pada orang tersebut.

kalau cantik macam ni tak pe la jugak nak perasan kan? ngehngeh

Korang mesti pernah dengar nama Deja Moss? Errr. Aku tak cakap Deja Moss ada sakit jiwa ke apa. Tapi korang tau tentang Deja Vu? Ada tajuk lagu siapa ntah aku lupa, yang guna perkataan ni. Mungkin ada yang tahu Deja Vu adalah keadaan dimana seseorang yang merasakan bahawa dia pernah buat something dan sangat yakin tentang hal tersebut. Tapi sebenarnya dia tak pernah pun buat benda tu. Aku pun pernah rasa macam tu. Dan last sekali aku fikir, mungkin dalam mimpi. Heheh. Deja Vu ni ada adik beradik tauuuuu. Kakak dia nama Jamais Vu, iaitu satu keadaan apabila korang dah biasa buat benda tu, tapi rasa macam tak pernah pun buat. Bila korang buat tu macam first time buat, padahal dah jadi kebiasaan dah pun. Dan abang kepada Deja Vu adalah Deja Pense, iaitu keadaan dimana seseorang tu rasa macam pernah nampak something ni, padahal benda tu baru first time dia nampak. Kalau korang pernah rasa macam ni, mungkin korang perlu betulkan jiwa korang. Hehehe.

Banyaaaaaaaaak lagi sebenarnya penyakit-penyakit kejiwaan yang dialami oleh orang-orang kebanyakan yang mungkin tidak disedari. So, korang jangan ingat korang tak sakit tu bermakna korang sihat. Mungkin jiwa korang pernah sakit tapi korang tak sedar pun yang korang tu sakit jiwa. Hahaha. Ermmm. Ada jugak yang jenis dia tak sakit pun sebenarnya, tapi yakin sangat dia ada suatu penyakit serius yang boleh bawak mati. Haaaa, yang ni nama dia 'hypochondriasis'. Heh. Dah laaa. Aku dah nak stop sebenarnya tadi. Nak sambung study dengan lebih bersungguh-sungguh. Apa barang study sambil update entry. Huhu. 

Pssssttt : Mungkin tak dapat nak update blog dalam 2 3 hari ni. Esok lusa nak exam. Tapi tengok la cemane k. Hehehe. BTW, doa-doa laa ateh berjaya dunia akhirat. Bukan senang nak belajar kat Indonesia ni. Fatin Liyana pun dah give up belajar kat sini. Dah blahhh balik Malaysia dah pun. Huhu. Oke, yang tu ateh tipu. K laa. Cau cin cauuuuu~

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::