:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 05 Mei 2011

entry express!!

Salam and hi everyone.

Oke. Kali ni tamau melalut panjang-panjang. Disebabkan aku meminjam lappy dan internet orang, tak manis rasanya aku menggunakan harta pinjam ini seperti harta sendiri (walaupun tuan dia tengah tidur kroh kroh dalam bilik), tapi dengan keinsafan yang maha tebal dalam hati ni, aku dengan secepat kilat mengupdate entry yang taktau nak cerita pasal apa.

.........................................................
.................................................
.......................................

Sangat blur nak tulis pasal apa. Korang nak aku cerita pasal apa? Pasal pindah rumah? Buhsannn. Pasal medic kat Medan? Yang tu tunggu nanti aku nak blaah dari Indon baru aku hapdet pasal Medan yang tak berapa nak best ni. Tapi tapi. Aku bersyukur oke. Kang cakap aku ni tak bersyukur pulak.T_T Ke nak aku cerita pasal gosip panas yang melanda Indon sekarang? Alaaaaa. Yang pasal 'polisi terkenal chaiyya chaiyya tu'. Ehh, korang tak tau ke? Makanyaaaaaa. Jangan lupa nonton INSERT di tivi donkkk. (Pssssttt : INSERT adalah shortform INFORMASI SELEBRITI. Semacam MELODI laaa. Tapi tivi kat sini macam-macam jenis rancangan gosip yang dorang ada. INSERT, INTENS, OBSESI, blablablabalabalabala. Ehh?!! *tutupmulut*) Atau cerita pasal group GULA-GULA dan 24:7 dan SMASH yang sangat menyampahkan itu. Huhuhu. Banyak benda dalam kepala ni. Tapi as aii said la kan, harta pinjam jangan buat macam harta sendiri. Huhuhu.

Sekarang aku dalam kondisi yang agak gawat darurat. Dalam Bahasa Malaysia (or Bahasa Melayu?) bermaksud kecemasan. Ye laaa. Cuak kot kena seminar thesis lagi seminggu. Pastu buat dekkkkk macam seminar sem depan. Owwhhh, before that. Seminar itu semacam presentation proposal thesis bagi mahasiswa-mahasiswa. Kat sini dia panggil Seminar KTI (Karya Tulis Ilmiah).

Tinggalkan dulu pasal seminarKTIbendaalah tu semua. Aku tengah cari idea nak update pasal apa. Kena fikir cepat-cepat. Kang kalau osmate aii bangun, malu laa aii dia nampak aii tengah semangat-air-liur-meleleh-tak-dapat-ketagih-mak-minah-berleter mengupdate blog yang tak femes ni. *sobsobsob*

Ermmmm. Lupa lak nak kasitau. Walaupun korang tak tanya, aku nak kasitau jugak. Ehhh, happy my heart laa okeh. Ouchhh. Rosak bahasa ibunda aku. Eceyhhh. Aaaa. Aku nak kasitau apa tadi ek? *thinking* .................... Owh, pasal my lappy yang masuk rumah sakit. Kesian dia. Banyak sangat virus yang menyerang.

Ahhaaaaaa. Sebut pasal rumah sakit! Ni aii ada story nak kasitau kat yu olsss. Tapi macam nak kena buat satu entry pasal benda alah tu. Hahaha. Entry terpendam lagi. Asyik hold on jeeeeeeek. Yang lepas-lepas pun tak hapdet lagi. Menyampah betul ngan diri sendiri. Eissskkk. Pelangkung kang!! Haaa. Garang kan aku? Muahahaha. Korang ingatkan aku nanti buat entry pasal 'DOSEN USU: RUMAH SAKIT KORBAN LELAKI'. Haaa, amacam tajuk entry aku tu? Cam gempak tak?  Macam kan? Errr. Macam laa. Macam laa. Pleassshhhhh. *matakelipkelipanakkucingcomel*

Tengah pikir lagi. Nak letak gambar atau tak. Macam nak letak je. Tapi malas nak masuk bilik dan ambil USB henfon dan cabut henfon dari charger dan masuk balik bilik dan tarik kerusi dan duduk dan menghadap lapy untuk menaip entry sambil mencucuk USB dan mencari gambar dan mengupload gambar. Haaaaa, maha banyak kerja aku kalau nak masukkan gambar. Malas. Malas. Malas. Nanti laa. Hehehe.

Nanti lappy aku dah elok, broadband dah beli, aku janji aku akan update entry-entry yang aku janjikan. Janji-janji manisku bukan sekadar pemanis kata. Tidak akan kumungkiri janji-janji kita. Pelepeekkkkkk!! *Cepuk kepala sendiri. Oucchhh!! T_T*

Oke laa. Aku dengar macam henset aku berbunyi menandakan ada mesej yang diterima. So, dengan rasa bersalah sebab banyak sangat entry terpendam, aku mengechowkan diri-sendiri secepat yang mungkin. Baiklah. Baiklah. Aku pergi dulu. Buhbyeeee~

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::