:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 20 Mei 2011

bertukar!

Salam and hai bloggers yang................

hensem

dan.......


cun!

ohhh..terkejut!
kenapa tiba-tiba ada gambar 2 orang yg poyo ini..
perlu ke? hahaha
ini gambar kami semalam pergi makan pizza..
boleh baca entry sebelum ni kalau taknak terkejut..heheh~


Dah follow blog ateh lom? Kalau belum, 'IKUTAN YUKKK!'. Hehehe. Kali ni aku nak cerita pasal aku pindah rumah. Kena tak dengan tajuk entry aku? Tak eh. Biarlah. Aku memang loser bab kasi tajuk untuk entry. Huhuhu. Dah lama sebenarnya kitorang pindah rumah. Awal bulan 5 hari tu lagi. Tapi disebabkan jadual aku yang pack sangat-sangat, so sangat laa tak sempat nak update entry pasal benda alah ni. Tapi aku just selitkan sikit laa pasal benda kat entry yang lepas. Yang baru kat sini, or maybe ada yang terlepas nak baca, boleh tengok kat [sini].

Dekat Medan ni, memang tak payah nak cari rumah kosong. Maksud aku kat sini bukan 'tak perlu', tapi 'tak susah'. Payah betul guna kata banyak maksud ni. Huhu. Tapi yang payahnya nak cari rumah kosong yang elok dan ok untuk 2 orang amatlah menyakitkan hati, limpa, paru, dan organ-organ lain. Kau tau nyahh, mak amek masa 2 bulan cari rumah baru before expired date rumah lama. Tu pun 2 minggu before mak pindah baru jumpa rumah yang seswaaii. Haiyaaa! *cakap sambil buat tangan gaya mak nyah bergossip*

Kat sini, harga sewa @ harga kontrakan dikira per 2 tahun terus. Gila kan? Dia ingat mak bapak aku keje cop duit tung tang tung tang gamaknye nak mintak terus sewa untuk dua tahun. Rumah lama aku dulu sangat laa havoc. Fully furnish. Siap ada semacam meja bar lagi kau. Harga rumah? Rp25.000.000,- per tahun. Kitorang kena bayar untuk 2 tahun. So, Rp50.000.000,- dalam masa 2 bulan. Korang tahu tak berapa? Ambil kalkulator, boleh laa bahagikan jumlah tersebut dengan 2500. Tapi kitorang share 3 orang dan dibahagikan mengikut besar bilik. Bilik aku yang paling kecik, so bayar paling murah. Tapi kecik-kecik bilik aku pun, 2 kali ganda besar bilik aku sekarang. Wohoooo~ Rumah sekarang harga dia murah sikit. Satu keperluan cari rumah murah sebab aku dah tinggal berdua dengan Emi. Sorang lagi nama Ana pindah duduk rumah dengan adik dia. Huhuhu. Harga rumah Rp12.000.000 per tahun. @_@

Oke lah. Sekarang ni, jum usha rumah baru aku. Start dari kitorang kemas-kemas nak pindah then baiki rumah baru sampai laa yang dah boleh tinggal. Check it out!

ini adalah rupa bilik lama aku time nak kemas barang untuk pindah..
diulangi, time nak kemas barang untuk pindah..
kalau time biasa-biasa meja aku memang kemas hoke..

betapa simplenya aku, sumer baju aku campak masuk lam plastik hitam..yang paling besar pulak tu..hahaha..malas nak masuk kotak laa bagai..berat nanti nak angkat..

ni laa katil aku kat rumah lama..sayu je hati nak tinggalkan katil ni..sebab dia sangat best..tapi..tapi..katil aku sekarang best jugak..nanti aku tunjuk..ngeee~

ni pulak barang-barang emi..ni living room kitorang kat umah lama..kalau korang perasan, and kalau korang intai betul-betul, korang akan nampak bar yang aku maksudkan tadi..yang ada banyak giler barang tuuuuuu..nampak tak? nampak tak? tihihihi




ini pulak rumah baru aku dalam proses renovation..banyak jugak yang nak kena baiki..sebab tu laa kitorang dapat murah je sewa dia.. T_T


ini pulak gambar encik boyfie yang tengah semangat cat rumah..bagus kan? sayang awak lebih..hihihi

oke..ini aku tengah ambil gambar..ni bukti aku ada di tempat kejadian oke..aku pun tolong what..tolong ambil gambar..errrr~ theeee..

 

  

ini pulak member-member yang tolong kitorang cat rumah..sorang nama amar, sorang nama daim..daim tu pakwe emi..dorang memang banyak tolong kitorang kat sini..tapi nanti dorang dah nak balik Malaysia..dorang ni style FL jugak laa..semacam twinning dengan USU..dah tamat tempoh twinning..so kena balik Malaysia..jelesnyeeeee~ huhu

Hermmm. Aku ingat nak sambung dengan letak gambar rumah baru kitorang. Tapi memandangkan entry ni dah cukup panjang. dan aku pun macam dah tak berupaya nak mengetik (menaip), so aku type off kat sini dulu. Aci kan? Nanti yang pasal rumah baru tu aku buat entry lain k. Banyak sikit idea aku nak tulis entry baru nanti. Ngehngehngeh. Oke laa. Nak gi tengok tivi. Time-time ni laa banyak gossip artis Indonesia kat tivi. Ehhh~ *tutupmulut* Caucincauuuu~ 

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::