:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 26 Mei 2011

"awak kan blogger femes..kite biase-biase je.."

Salam and hai bloggers sekalian.

Hurmm. Macam panas, tapi takde laa panas sangat. Suam-suam kuku je pun. Tapiiii. Oke lah. Straight to the point. 

"Aii bukan jenis 'u follow i, i follow u' tau..so takde sebab orang nak paksa aii follow belog dorang kalo dorang follow belog aii..aii tak paksa pun dorang follow belog aii...dah memang sebab aii femes ames, mesti laa ramai yang follow..kan? kan?" -bernama-

Heh. Ye laa tu. Rasa macam nak cepuk je. Bila blog dah femes, macam-macam alasan boleh kasi. Follower pun dah melimpah ruah macam kuah yang tumpah atas lantai. Dulu masa mula-mula blogging, tak ingat laa pulak kan. Semua chatbox blog orang lain ada nama dia. Suka betul men'jerit'. Nak kumpul follower laa katakan.

Tapi alih-alih sekarang cakap macam tu. Patut ke?

Aku akui, aku sendiri macam tu. Nak naikkan traffic. Nak earning nuffnang. Nak macam-macam laa pokoknya. Perlu ada strategi. Perlu ada usaha. Betul tak? Walaupun usaha ni nampak macam budak tadika yang baru nak kenal dunia sekolah, tapi oke what. Dari kau yang banyak bunyik tapi habuk pun tarak. AT LEAST, ada usaha untuk menuju kejayaan.

aku suka hitam merah..aku dah cakap banyak kali..

Dan orang-orang yang dah berjaya dalam industri blogging ni, semuanya start dari bawah. Ada ke orang yang baru 2 hari blogging, follower dah cecah seribu? Takde kan? Ke ada? Kalau ada meh aku nak kasi award kat beliau. Blogwalking 24 jam selama seminggu laa nampak gaya. Siapa usaha lebih dia dapat lebih babe! Orang-orang yang femes ames through blogging memang bagus. Nampak dorang ada usaha yang berkelanjutan di situ.

Tapi, jangan sebab dah femes ames, follower ribu-riban, cakap lebih kurang. Tak manis, nyahhh. Mak tau dulu nyahh pun suka pergi menempel kat blog orang kan? Mak ingat lagi. Dulu-dulu nyahh suka cakap 'hai..kite datang belogwalking kat belog awak..ehh, kite follow awak tau..awak jangan lupe follow kitee..thankss!' Mak tau laa nyahhh. Mak ingattttt~~ *gaya pondan lagi*

Bukan entry hentam orang. Tapiiiiii. Siapa makan cili, dia rasa pedas. Kalau pedas, sila minum air panas. Takpun pergi makan gula satu sudu. Sekian.

Pssstttt: Kau tau tak pakai tudung @shawls @sejenis dengannya dengan SANGGUL TINGGI itu HARAM? Tak baik? Dosa? Kau tau tak? Ehemmm.

2 komentar:

...Minah BluR... mengatakan...

sape2? huhu... sabar ek... :)

edayuateh mengatakan...

hehe..entah laa labu, bapak pun tak tau.. :p

:: IKLAN ::