:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 15 Mei 2011

Annual Grand Dinner : The Red Carpet Affair

Salam and hai semua.

First sekali, thanks to all bloggers yang sudi singgah dan follow blog ateh. Ehhh, dah tukar panggilan ke? Ateh? Hmmm. Not bad. But i prefer to call myself 'haku'. Kasar ke? Takpe laa. Baru remaja sikit kan. Hihihi. Oke laa. Sekarang aku nak bukak cerita yang boleh laa nak dikatakan basi. Tau kenapa? Sebab event yang bakal aku ceritakan ni dah agak lama berlalu. Lama tak lama pun dalam sebulan yang lalu laa. Awal bulan April hari tu. Event yang agak besar dan gah ni diberi nama 'Annual Grand Dinner Perwakilan Mahasiswa Malaysia Universitas Sumatera Utara'. Panjang kannnnn? Kalau kat sini, kitorang panggil 'AGD PMUSU' jek. Pendek kannnn? Ngahahaha. Event ni diadakan every year sebenarnya. Alaaa, macam yang universiti or kolej korang selalu buat tu. Kalau korang dah masuk U laa. Yang sekolah menengah tu sabar ye. Nanti korang akan merasa jugak. Hehehe.

Tahun ni warna tema aku adalah ungu! Tak macam tahun sebelum-sebelum ni, my feveret kaler, HITAM MERAH. Boleh klik [sini] untuk dinner time first year atau [sini] untuk dinner tahun second year aku kat sini. Warna ungu ni feveret kaler encik boyfie. So, kitorang pun buat-buat matching pakai baju yang sama warna iaitu PURPLE. Tapi kalau korang perasan, mostly pic aku ngan encik boyfie banyak warna ungu. Huhuhu. 

Mengikut kiraan tahunan berdasarkan kemunculan anak bulan purnama (eceyhhh..yo yo oo jek), tahun ni merupakan tahun batch aku yang organize this event, iaitu batch 2008. Tahun ni kami mengambil tema "The Red Carpet Affair". Alaaaa, yang ala-ala Oscar Night tu laa. Serious penat gila nak organize event yang 'gah' macam ni. 

Tugas aku kali ni adalah sebagai AJK Decoration. As I said before (dalam entry sebelum ni), Ajk Deco ni kerja dia tak susah. Kena decorate stage. Then kena fikir macam mana nak susun meja-meja yang ada. Mana nak letak booth untuk ambik gambar. Mana nak letak budak-budak band. Kat mana nak buat persembahan. Pastu kena fikir macamana nak decorate meja kasi lawa. Dan banyak lagi. Oke. Kerja aku kali ni senang je. Aku ditugaskan untuk decorate hiasan atas meja yang menunjukkan tema kitorang malam tu. Dan bersama-sama Encik Boyfie, kami telah mereka cipta satu alat yang diberi nama...........PATUNG OSCAR YANG CUTE SEBAGAI STAND ATAS MEJA! Hehehehe. Serious banyak gila kerja aku yang Encik Boyfie tolong. Dan sebagai tanda penghargaan, aku kasi ni untuk beliau. 

"PATUNG OSCAR YANG CUTE SEBAGAI STAND ATAS MEJA"

Haaa, menarik bukan tanda penghargaan yang aku kasi~~ Ngehngehngeh. Patung ni kitorang buat daripada kotak. Pastu print out gambar patung oscar ni then tampal atas kotak tu mengikut bentuk patung yang print tadi. Untuk kasi dia berdiri, kitorang buat potong line kat bawah patung tersebut. Then ada semacam kaki yang akan dimasukkan. Kaki atau stand tu pun perlu dipotong satu line untuk dimasukkan ke line pada bawah patung tadi secara tegak lurus. Mesti korang tak paham kan? Takpe laa. Try laa untuk membayangkan mengikut kemampuan tingkat imaginasi masing-masing.

Malam tu macam biasa laa. Ada persembahan yang meletop-letop, makanan yang 'eunnaaakk bangggeeett',  dan anugerah-anugerah yang disediakan oleh pihak penganjur. Cakap pun tema oscar. Haruslah ada anugerah-anugerah bagai ni kan? Tapi yang tak bestnya, aku tak dapat pun anugerah tersebut. Tercalon pun takkkkk~ Huhuhu. Oke lah. Sekarang ni aii nak hidangkan yuu olls dengan pics sepanjang acara berlangsung. Pics ni aii amek secara random je tau. So, maybe berterabur sket. Paperhal pun, just check it out~ 

booth tempat ambil gambar [model: junior 2009]

pintu masuk [model: malin]

appetizer

makhluk yang satu meja dengan aku [dari kiri: amar hazwan, alyaa, hakim, ana, syima, aku, dan nazrul amar]

persembahan [model: manusia bertopengkan hantu]


band


antara awekssss yang cunhh on that nite [model: aweks yang cun laa!]

my fwens! [model: aku, ana, alyaa, syima]


5 of us [model: syima, aku, emi, ana, alyaa]


syima and us! [model: syima, aku, encik boyfie]

kawan-kawan [model: an, syima, alyaa, hazman, aku]

atas stage [model: aku, ana, alyaa, syima]

7 of us on the stage [model: emi, daim, aku, alyaa, ana, syima, amar]

patung oscarrrr! [model: alyaa dan syima]

7 of us with encik boyfie


fwenship!

kepoyoan ku terserlah! ngahaha

siti noor edayu and nazrul amar


Oke lah, kawan-kawan. Itu je laa gambar yang aku rasa cam best yang dapat diupload kat sini. Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi sebenarnya. Tapi cam segan pulak nak upload banyak-banyak. Hehehe. Aku nak kena pergi meeting dengan Perwakilan Mahasiswa Malaysia USU pulak ni. Got to go. Buhbyeee.

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::