:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 31 Mei 2011

aku rasa macam !@##%$^ masa taip entry ni.

Salam and hai bloggers.

i love girl in red and black!

Walaupun korang tak tanya, tapi nak kasitau jugak. Aku tengah sakit gigi. Serious sakit. Gigi molar nombor 3 aku yang baru nak tumbuh ni tersekat kat gusi. Sakit nak mamphh oke. Even mengadu dekat bakal doktor gigi @ Encik Boyfie, tapi sakit tak berkurang pun. Adakah ini bermakna Encik Boyfie bukan seorang bomoh sakit gigi? Merapu! Ciss.

Oke. Meh nak cerita. Dont worry, peeps. Its not about my killer teeth Heh. Ni pasal benda yang agak !#$#%^^ yang aku nak share dengan korang. Tadi tengah menangis-menangis sebab sakit gigi, aku lepak depan tivi. Aku pun tengok laa Opera Van Java kat TRANS7. Harapan aku supaya fikiran aku tak fokus pada gigi yang sakit tu. Opera Van Java? TRANSTV? Pekejadah laa pulak kan. Oke. Yang mana tak tahu aku belajar kat Indonesia, korang boleh check profile aku sekarang. So takde laa lost sangat bila aku terPOYO guna ayat atau perkataan Indonesia kat dalam entry aku. Heh.


Opera Van Java ni semacam Senario laa. Tapi students Malaysia tak ramai yang tengok. Sebab tak paham. Orang-orang yang boleh terima lawak bodoh macam aku je yang boleh gelak guling-guling sampai menangis bila dengar pelawak-pelawak kat OVJ tu. Hahaha. Nak tergelak pulak bila teringat lawak dorang.Tadi ada beberapa benda yang aku rasa macam !@#$%. Nak tau? Oke. Meh nak kasitau.

Tengah-tengah dorang mempersembahkan cerita pasal 'Ini Jinku Mana Jinmu', sangat tiba-tiba dorang boleh main teka-teki. Memang sangat takde kaitan dengan jalan cerita tersebut. Walaupun macam bodo gila, tapi itu yang lawak. Ngahahaha. Antara teka-teki tersebut adalah: (dalam Indonesia tau..sebab jawapan dia ada yang bahasa Indonesia je guna..hehehe)

1) Ada 8 biji papaya (betik) yang mahu dijual. 4 daripadanya udah dijual. Berapa yang tinggal untuk dijual? 

2) Ada 15 ekor ikan di dalam akurium. 5 ekor udah mati. Tinggal? 

3) Ada 12 ekor ikan di dalam akurium. 2 ekor mati. Air akurium bertambah atau berkurang?

Mungkin ada yang boleh jawab ni. Tak boleh? KORANG MEMANG LAWAK!! Hahahahaha.

andre-sule-porto-nunung-ajis

Psssst: Jangan jawab soalan ni time korang tengah marah. Sebab bila korang marah, ada enzim yang bernama trytophan hydroxylase yang akan menurunkan IQ korang. Peace! :)

hahahahaha..

Senin, 30 Mei 2011

yukk ikutan liat rumah baru gue di Medan.

Salam and hai bloggers yang comel-comel.
Makin lama makin comel laa korang ni.
Sangat comel mungkin.
Dan lebih comel kalau korang follow ateh. IKUTAN YUKKK!
Oke, waktu mengada-ngada telah tamat.

Walaweyh. Baru sehari tak update blog tapi dah rasa macam seminit je. *terdiam seketika* By the way, agak-ada ada tak yang usha entry aku dulu-dulu? Hehehe. Rasa macam entry dulu-dulu cam best je. Hahaha. Aku obsess dengan blog sendiri. Heh. Sekarang ni nak tunjukkan dekat member-member bloggers semua bout my new house yang aku cerita hari tu. Hari tu? Kapan??? Yah, kerna itu ku bilang tadi, liat di entry ku yang dulu-dulu. Hehehe. Jom melawat rumah baru aii di Medan, Indonesia. Yukkk! (Bukan yuckkkkss oke!)

bila u olls bukak je pintu rumah aii, the first thing yang u olls akan nampak adalah benda-benda berikut [seperti gambar di atas]

pandang sebelah kanan, u olls akan nampak benda-benda ni pulak..kalau pandang kiri, ada dinding putih..tapi ada satu peringatan, JANGAN PANDANG BELAKANG...wuuuuwuuuu (spoooooky sound)

 
jalan setapak ke hadapan, ke kiri pusing!!! eceyhh, dah macam kawad laa plak..tehehehe..bilik belah kiri tu bilik housemate aii, emi..tu bilik study dia..yang belah kanan tu bilik aii lerr..bukan bilik AIR oke..

this one adalah sumber minuman kitorang..kat Indonesia ni, air minuman dia memang dalam bentuk macam ni..kat sini biasanya air minum dia panggil AQUA..AQUA tu merek je sebenarnya..errr, merek in Malay apa eh? ahhh, sudah! aku lupa weyyyy! huhuhu..nanti aku ingat aku kasitau.. T_T yang balang atas tu ada air..balang tu dia panggil galon..as u can see, muncung balang tu diterbalikkan dan dimasukkan kat atas water dispenser tu..boleh je nak masak air paip, tapiiiiii..aku tak berani..huhu..and air paip kat sini dorang panggil air keran..macam keren plak..korang tau keren tu apa? hahaha..keren tu cool laa..dah tau maksud keren, nanti boleh klik kat petak keren untuk reaction korang for this entry (suggested)

maaf, gambar sedikit gelap..pintu yang cerah tu pintu dapur kitorang..yang sebelah kanan tu, bilik tidur emi..dan yang pintu coklat tu toilet emi..bilik kat rumah ni ada 3..tapi 2 bilik kecik, satu bilik sedang..aii dapat bilik sedang..so, emi dapat laa 2 bilik kecik..lagi pun barang dia memang banyak..huhu..almari kat pintu dapur tu almari makanan dan tempat kitorang simpan pinggan mangkuk hayun..

sila jangan terkejut..walaupun kami hanya berdua, tapi ini memang stok makanan kami..mostly we brought it from Malaysia..kat sini mana nak dapat megi Ruski beb! and i think, megi dari Malaysia jauh lebih sedap dari sini..bagi aii laa..sebab aii memang tak suka megi sini..kalau kat sini dorang panggil mi instan instead of megi..

rumah ni takde laa besar sangat, tapi oke laa untuk duduk 2 orang..and tu meja makan kitorang..tepi langsir kaler green tu, pintu depan ryang mula-mula korang masuk tadi..kat langsir yang kaler blue yang 'langsing' tu, i used to use that door after park my scooter..sebab kat sebelah luar tu ada semacam ruang yang memanjang..elok-elok untuk scooter..tapi tu dulu, sekarang scooter aii dah hilang kena kidnapped dengan manusia-manusia durjana..wuwuwuwu..geram nak sumpah jadi katak!

ini lah dapur kami..ala kadar je..lagipun baru pindah, so dapur gas ngan peti kitorang tak beli lagi..since pindah masuk sini, kitorang tak pernah lagi memasak..sebab tu laa nampak macam takde barang sangat..

jalan terus masuk ke dapur, sebelah kanan, u will see these things..tempat basuh and sidai baju..

Haaa, cemane rumah sewa kitorang? Comel kannnnn? Hehehe. Owhh, kat sini dorang tak panggil rumah sewa. Dorang panggil rumah kontrakan. Kontrak kontrak. Macam orang kaya je nak kontrak kontrak laa bagai ni. And kalau asrama pulak, dorang panggil rumah kost. Hmmmm, rasanya tu je laa kut ateh nak share dengan korang for this time. Last but not least, IKUTAN YUKKK! (thats mean COME AND FOLLOW ME!) Tata~

Minggu, 29 Mei 2011

i miss my scooter. deym u local yang kidnapped my baby!

Salam and hye bloggers.

this is my previous header..so gothic kan? [i need a razor please!]

Hey, I miss my scooter. Seriously. I always think bout her every now and then. And each time i did, tears would roll down my cheeks. Im not a little girl anymore. But that's all i can do. Shame on me. T_T 


I've been here in Medan since August 08. I used to go to faculty by becak before. U know becak? Go and ask Uncle Google. He will tell u everything bout becak in Medan. And my dad bought me a scooter instead. I love the scooter very much. But poor me, my lovely scooter has been 'kidnapped' by locals. Deym u! 


And now my life is so miserable without my scooter. I miss my scooter very much. Yes, I do have my Encik Boyfie here. He can fetch and take me anywhere I want. He did a very good job by taking care of me, since Im quite far away from my family. Love u most laa Encik Boyfie. But Im not the type of person yang suka menyusahkan orang. 


Everytime I call my parents, they keep calm me down by saying 'its okay, dear. we will get u the new one next year. dah takde rezeki, nak buat cemane.' I can tell they are trying hard, real hard to make me feel comfortable n loved all the time. Owhh, i miss my family even more than i miss my scooter.


Guess what, sometimes I feels like wanna see Uncle Bomoh and ask him if he can find my scooter and bring my baby back. I dont care what it takes. I just want my baby back. Wuwuwu. And  I want the Uncle Bomoh scare the penculik with hantu-lembaga things. But I forget, the locals here are more scary than that. Heh. 


Cancel laa jumpa Uncle Bomoh. Its not bagus untuk kesihatan rohani. Hmmm. Just hope to be a good doctor & daughter to my parents. And right after I receive my first salary, I will get 40 bijik scooter nanti. We will wait and see!

Sabtu, 28 Mei 2011

sila baca!

Salam and hai bloggers!


Entry kali ni mungkin tidak berilmiah (macam laa selalu entry aku berilmiah). Sobs. Dan sangat tidak berharga. Kalau korang menghargai hidup korang, sila jangan baca. Tapi kalau nak teruskan, meh nak kasi duit dua ribu. Ehemm. Dua ribu rupiah. Tettttt.

Setiap kali nak exam mesti rasa macam cenat-cenut. Walaupun aku tak tau cenat-cenut tu apa, tapi bunyinya agak comel. Tapi at the same aku malas sangat nak study mudy ni. Haihh, kalau otak laju macam The Flash tu takpe laa jugak kan. Ini lembab macam broadband AHA yang aku tengah guna sekarang ni. Dia laju time baru lepas bayar bil. Berakhlak sungguh perangai broadband ni. Huhu.

Bila laa nak balik Malaysia ni haa? Gayat dah aku duk lelama kat sini (kesalahan tatabahasa di situ). Dengan orang Indon yang suka carik pasal. Ni rasa macam nak jadi ikan pulak ni. Tapi nak jadi ikan mas cop! Badan ala-ala gilttery gitu. Orang pun suka tengok. Heh.

Well, i guess somebody out there memang menyampah with my writing. Ehhh, ada aku kisah? Hahaha. Fine lah! Aku pergi study. Tapi jap. Perut aku lapar. Nak makan biskut sambil tengok tivi. Tapi nak buat air milo dulu. Heheh. K laa, kawan-kawan. Tata!

Pssstt : Nak try buat tulisan tak bold pulak. Dan try untuk meminimumkan ruang entry. Semoga lebih ramai yang follow aku lepas ni. :')

Konsulat Malaysia di Medan dicemari dengan air kotoran

Salam dan hai bloggers sekalian.


Maaf. Ateh tak dapat mengotakan janji ateh untuk tidak mengupdate blog dalam masa terdekat. Sobs. Ehhh, ada ke ateh janji? Takde kan? Oke. Rasa bersalah hilang serta merta. Muahaha.

Entry sedikit serius. Sekali lagi Konsulat Malaysia menjadi mangsa air kotoran dan amukan orang Medan. Aku pun tak paham laa dengan dorang ni. Hari tu dah pernah sekali orang-orang kat sini buat tunjuk perasaan kat Konsulat Malaysia di Medan. Takde ribut, takde hujan, tetiba je nak buat hal pulak. Cari pasal betul. Mentang-mentang laa ni negara dorang. Haihhh. Nasib baik laa semalam tak pergi konsulat. Kalau tak, mau dengan aku-aku sekali kena simbah. Piewwwww, busuk baiiii! *dah laa curik skuter aku..lagi nak simbah air kotor kat konsulat aku..cepuk pale kang!*

Korang tau kenapa dorang duk cari pasal sangat? Sebab nak marahkan kerajaan Malaysia yang menubuhkan perusahaan sawit dekat Subulussalam, Aceh. Semacam tunjuk perasaan sebab kecewa dengan Malaysia. Tak ke tetiba namanya tu? *garukepala* Dari sumber yang aku dapat, dorang ni merupakan Himpunan Mahasiswa Pemuda dan Pelahar Kota Subulussalam (Himappkos) Sumatera Utara (SUMUT) dan jugak Mahasiswa Peduli Masyarakat Aceh Singkil Subulussalam, Medan. Bendanya dari Aceh nun, tapi orang sini pulak sesibuk nak tunjuk perasaan la bagai. 

Cakap banyak tak guna beb. Kang korang cakap aku sesaja reka cerita. Tak. Tak. Aku tak sekejam tu nak burukkan nama negara tempat aku belajar di mata dunia. Ceyhhh, perasan blog taraf international. Entry guna Malay pun hancuq! Sobs. Bawah ni ada la sekeping dua tiga empat lima keping gambar sebagai bukti. Gambar ni aku ambil dari website dari berita Indonesia jugak. Sila menjamu selera.


antara manusia-manusia yang terlibat

pak polisi koq ngelihatin aja? bikinlah sesuatu pak..



abih depa duk sapu logo (ke apa ek orang panggil?) dengan tanah..iskk..iskk..iskk

sesi bakar membakar..depa ni memang suka makan BBQ gamaknya..

Sekian saja sari berita penting. Sampe ketemu lagi yachhh!

Pssstt: Penat aku tengok orang kat sini. Asyik nak hentam orang je. Aihh.

Jumat, 27 Mei 2011

nomoq comey aihh~

Salam bloggers yang cun dan hensem. 
(haruslah tahu mengambil hati bloggers supaya lebih ramai follower..ngahaha)

Nothing to say. Tapi ada something yang aku nak share.

comey kan nombor ni? ke tak? >.<

oke.
tu jek.
nak sambung study.
ehemmm.

Pssssst: Anyone yang sudi share dengan ateh how to create sticky entry? Sorry. Pending sikit bab-bab blogging ni. (-_-') Kalau ada yang sudi membantu, boleh komen kat sini atau email terus ke ayu_fanwim@yahoo.com. Sangat-sangat nak tahu. BTW, thanks in advance!

kita pun ada gangguan jiwa sebenarnya!

Salam and hai bloggers!

Sekarang ni aku tengah study actually. Hari Isnin next week ada exam untuk Blok Brain and Mind System. Dalam blok kali ni, kitorang banyak belajar pasal otak dan fungsi dia yang sangat laa complicated, dan juga belajar sikit pasal ilmu kejiwaan. Uisshhh, cikgu ilmu kejiwaan aku sangat kelakar oke! Contoh-contoh yang dia kasi semua kelakar-kelakar. Dah kerja pun jaga orang gila. No wonder laa kan. Hahaha.

So, sekarang ni, sambil aku study, nak jugak share dengan korang tentang penyakit-penyakit jiwa yang kadang-kadang ada pada diri kita sendiri, tapi kita pun tak sedar bahawa kita sedang alami gangguan jiwa tu. Tak percaya? Boleh teruskan bacaan untuk lebih percaya. Hehehe. Aku pun time belajar ni laa banyak realize yang "alahaiiii, banyak nye penyakit yang ada kat aku sebenarnya..ingatkan aku laa orang yang paling sihat dalam dunia ni.." Heh. Tak kan laaa.

Kalau korang pernah mengalami putus cinta sampai frust tertonggeng geng geng, korang mesti pernah rasa macam 'aku benci kau, tapi aku sayang kau'. Haaa, cemano tu? Masa tu mesti korang rasa jiwa korang tengah hancur lebur dikhianati oleh cinta yang telah lama bersemi. Ceeyhh, ayat! Haha. Memang jiwa korang tengah sakit time tu. Sebab masa tu korang sedang mengalami keadaan 'ambivalence', iaitu satu keadaan di mana korang berperang dengan 2 perasaan yang berlawanan. Haaa, kalau ada siapa-siapa yang tengah frust tu, cepat-cepat laa rujuk ke pakar sakit jiwa. Heheh. 


Pernah tak bila bila korang dengar berita yang sangat menyedihkan dalam keadaan tiba-tiba, pastu korang rasa macam nak pitam. Alaaa, yang macam dalam iklan apa ntah dulu-dulu yang dia dengar anak dia eksiden naik motor dan dia pun jerit "Ya Allahhhhhh" pastu terus jatuh terduduk. Dalam cerita-cerita kat tivi pun banyak actually. Korang tau tak itu merupakan salah satu gangguan kejiwaan yang disebut sebagai 'cataplexy'? Mesti ramai yang tak tahu kan. Hehehe. So, lepas ni kalau ada orang berlakon kat tivi buat aksi semacam yang aku sebut tadi, korang boleh lah berlagak pandai dengan cakap kuat-kuat, "Haaa, dia dah kena cataplexy weyhh!!!" Hahaha.

"sabar mbaaakkk..sabar.." >.<

Ada jugak jenis orang yang perasan semua orang yang usha dia, minat kat dia. Tak kisah laa dia lelaki atau perempuan. Ke korang sendiri yang ada perangai macam tu? Hahaha. Perasan laa pulak kan. Orang yang semacam ini memang tak boleh kalau ada orang yang pandang-pandang dia. Mesti dia ingat orang tu suka atau minat atau yang lebih ekstrim, jatuh cinta pada dia. Padahal mungkin zip seluar dia terbukak, atau ada tahi burung kat tudung dia, atau mungkin seluar dia kemut. Tau kemut tu apa? Carik sendirik. Hahaha. Ni nama dia penyakit 'erotomania'. Tapi kena ingat, gangguan jiwa ni hanya untuk yang tertarik pada yang lawan jenis. Kalau sesama jenis tu, mungkin ada masalah lain pada orang tersebut.

kalau cantik macam ni tak pe la jugak nak perasan kan? ngehngeh

Korang mesti pernah dengar nama Deja Moss? Errr. Aku tak cakap Deja Moss ada sakit jiwa ke apa. Tapi korang tau tentang Deja Vu? Ada tajuk lagu siapa ntah aku lupa, yang guna perkataan ni. Mungkin ada yang tahu Deja Vu adalah keadaan dimana seseorang yang merasakan bahawa dia pernah buat something dan sangat yakin tentang hal tersebut. Tapi sebenarnya dia tak pernah pun buat benda tu. Aku pun pernah rasa macam tu. Dan last sekali aku fikir, mungkin dalam mimpi. Heheh. Deja Vu ni ada adik beradik tauuuuu. Kakak dia nama Jamais Vu, iaitu satu keadaan apabila korang dah biasa buat benda tu, tapi rasa macam tak pernah pun buat. Bila korang buat tu macam first time buat, padahal dah jadi kebiasaan dah pun. Dan abang kepada Deja Vu adalah Deja Pense, iaitu keadaan dimana seseorang tu rasa macam pernah nampak something ni, padahal benda tu baru first time dia nampak. Kalau korang pernah rasa macam ni, mungkin korang perlu betulkan jiwa korang. Hehehe.

Banyaaaaaaaaak lagi sebenarnya penyakit-penyakit kejiwaan yang dialami oleh orang-orang kebanyakan yang mungkin tidak disedari. So, korang jangan ingat korang tak sakit tu bermakna korang sihat. Mungkin jiwa korang pernah sakit tapi korang tak sedar pun yang korang tu sakit jiwa. Hahaha. Ermmm. Ada jugak yang jenis dia tak sakit pun sebenarnya, tapi yakin sangat dia ada suatu penyakit serius yang boleh bawak mati. Haaaa, yang ni nama dia 'hypochondriasis'. Heh. Dah laaa. Aku dah nak stop sebenarnya tadi. Nak sambung study dengan lebih bersungguh-sungguh. Apa barang study sambil update entry. Huhu. 

Pssssttt : Mungkin tak dapat nak update blog dalam 2 3 hari ni. Esok lusa nak exam. Tapi tengok la cemane k. Hehehe. BTW, doa-doa laa ateh berjaya dunia akhirat. Bukan senang nak belajar kat Indonesia ni. Fatin Liyana pun dah give up belajar kat sini. Dah blahhh balik Malaysia dah pun. Huhu. Oke, yang tu ateh tipu. K laa. Cau cin cauuuuu~

Kamis, 26 Mei 2011

Contest Best Photo of Me by Yqnq Ellyana

Salam dan hai lagi untuk kesekian kalinya.


Tajuk entry macam malu-malu kucing je nak baca. Tak macam perasan ke? Macam kan? Hahaha. Tapi takpe. Sebab malam ni rasa macam sedikit PD (percaya diri..kalau Indonesia sebutan die 'PEDE'..amek urup E untuk Ekor..bukan E untuk Emak..paham murid-murid? huhu), so aku decide nak join benda alah ni. Saja buang masa. Ada untung, melekat. Ye daakkk? Hehehe. Aku bukan jenis yang reti pakai tudung banyak pesen nih. Dan mungkin menjadi wakil dari gadis bertudung biasa. Hahaha. Takpe. Takpe. Kena PEDE. Heh! Syarat dia pun takde laa susah sangat. Then tarikh tutup pun lamaaaaa lagi. Korang nak join? Boleh klik pic kat bawah ni. Dan syarat-syaratnya adalah :




1) Title Entry : Contest Best Photo of Me by Yqnq Ellyana [DONE!]

2) Letak banner kat atas dalam entry/sidebar korang..link terus ke blog Yana oke [DONE!]

3) Sertakan 1 gambar korang yang korang rase paling menarik [BOLEH TENGOK KAT BAWAH.DONE!]
4) Ceritakan cket pasal gambar tu [TENGOK BAWAH GAMBAR.DONE!]

ini lah gambar yang digembar gemburkan itu..pic biasa-biasa..macam mak limah nak gi pasar beli ikan masin satu bungkus..huhu..pic ni aku amek time "Annual Grand Dinner PMUSU : Masquerade Night Theme"..aku suka pic ni sebab MERAH HITAM..my fevret kaler..dan suka jugak sebab MASK AKU GOJESS..haha..perasan..dan last aku suka sebab AKU BERDIRI KAT TANGGA..ada kaitan ke? takde? pedulik aiii! haha

 then..then..kena....

5) Folow blog Yana dan LIKE page Yana kayh [DONE!]  
6) Tag 3 orang kawan anda..make sure diorang tahu pasal contest nie kayh [BOLEH TENGOK KAT BAWAH SEKALIK.DONE!]
7) setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. Yana akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.[DONE!] 
8) Tarikh tutup contest : akhir bulan 6


Ni lah blogger bertuah yang telah ditagged. Aku pilih dorang sebab dorang ni macam comel. Takpe laa saingan sengit pun. Tak kisah. Hehehe.

[NOOR.HAZIRA

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Salam and hai bloggers.

Ehemm. Malam ni duk blogwalking, rasa macam jumpa banyak la pulak contest-contest menarik. And rasa macam nak join je semua. Sebab rasa macam ada je masa untuk diluangkan. Heh. Tak sedar diri. Exam next week weyh. Kapan mau belajar? Enaq kali kau ahhh! Ngeeee.

Oke. Kali ni nak join yang Abg Ben Ashaari buat pulak. Ada lagi 15 minit. So kena taip entry cepat-cepat dan TADAAAA! Dah siap. Hehe. 

Santai Bersama BEN ASHAARI

"awak kan blogger femes..kite biase-biase je.."

Salam and hai bloggers sekalian.

Hurmm. Macam panas, tapi takde laa panas sangat. Suam-suam kuku je pun. Tapiiii. Oke lah. Straight to the point. 

"Aii bukan jenis 'u follow i, i follow u' tau..so takde sebab orang nak paksa aii follow belog dorang kalo dorang follow belog aii..aii tak paksa pun dorang follow belog aii...dah memang sebab aii femes ames, mesti laa ramai yang follow..kan? kan?" -bernama-

Heh. Ye laa tu. Rasa macam nak cepuk je. Bila blog dah femes, macam-macam alasan boleh kasi. Follower pun dah melimpah ruah macam kuah yang tumpah atas lantai. Dulu masa mula-mula blogging, tak ingat laa pulak kan. Semua chatbox blog orang lain ada nama dia. Suka betul men'jerit'. Nak kumpul follower laa katakan.

Tapi alih-alih sekarang cakap macam tu. Patut ke?

Aku akui, aku sendiri macam tu. Nak naikkan traffic. Nak earning nuffnang. Nak macam-macam laa pokoknya. Perlu ada strategi. Perlu ada usaha. Betul tak? Walaupun usaha ni nampak macam budak tadika yang baru nak kenal dunia sekolah, tapi oke what. Dari kau yang banyak bunyik tapi habuk pun tarak. AT LEAST, ada usaha untuk menuju kejayaan.

aku suka hitam merah..aku dah cakap banyak kali..

Dan orang-orang yang dah berjaya dalam industri blogging ni, semuanya start dari bawah. Ada ke orang yang baru 2 hari blogging, follower dah cecah seribu? Takde kan? Ke ada? Kalau ada meh aku nak kasi award kat beliau. Blogwalking 24 jam selama seminggu laa nampak gaya. Siapa usaha lebih dia dapat lebih babe! Orang-orang yang femes ames through blogging memang bagus. Nampak dorang ada usaha yang berkelanjutan di situ.

Tapi, jangan sebab dah femes ames, follower ribu-riban, cakap lebih kurang. Tak manis, nyahhh. Mak tau dulu nyahh pun suka pergi menempel kat blog orang kan? Mak ingat lagi. Dulu-dulu nyahh suka cakap 'hai..kite datang belogwalking kat belog awak..ehh, kite follow awak tau..awak jangan lupe follow kitee..thankss!' Mak tau laa nyahhh. Mak ingattttt~~ *gaya pondan lagi*

Bukan entry hentam orang. Tapiiiiii. Siapa makan cili, dia rasa pedas. Kalau pedas, sila minum air panas. Takpun pergi makan gula satu sudu. Sekian.

Pssstttt: Kau tau tak pakai tudung @shawls @sejenis dengannya dengan SANGGUL TINGGI itu HARAM? Tak baik? Dosa? Kau tau tak? Ehemmm.

Rabu, 25 Mei 2011

Arsenal nak datang Malaysia weyyyy!!


Salam and hai bloggers sekalian.

Entry kali ni perlu baca dengan laju sebab dia ada satu perenggan sahaja. Ehemm. Ehemm. Tetiba rasa macam 'wahhhhhh!!" pulak kali ni. Mungkin aku sedikit lambat bab-bab berita dari Malaysia ni. Nak buek cemano, eden bukan ado kek Malaysia pon. Huhu. Tapiiii. Coba kalian bilang sama gue, shiapa yang ga deg-degan kalo pasukan sepak bola terfavorit mau datang ke nagara kita? Heh. Malaysia oke. Bukan Indonesia. Huhu. Untuk fans Arsenal (walaupun yang jenis mengaku fans bila Arsenal menang je *macam aku*), ini ada berita baik buat korang. Arsenal yang merupakan pasukan Liga Perdana Englang kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan. Tapi sebelum tu, Chelsea dah pun mengesahkan yang diorang akan turun bertemu skuad kebangsaan kat tempat yang sama pada 21 Julai. Ehhhhh, Liverpool pun ada jugak tawwww! Geng-geng Liverpool pulak main pada 16 Julai tapi tak sah lagi. Perghhhhhhh! Bapak kawwwww. Semua nak datang lawan Malaysia. Ni yang buat aku rasa nak tukar profesi jadi football player. Ada pre-football player tak kat Malaysia? Alaaaa, yang macam pre-medical tuuuu? T_T Soooooo, mesti bulan depan jadi bulan yang paling meriah untuk fans football kat negara kita sebab ada 3 pasukan yang marvelessss datang main kat Malaysia.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my. Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai.Then Tom Fox cakap, ni dah kali keempat Arsenal datang ke Malaysia. First time pada tahun 1968. Tapi last diorang datang about 12 years ago, 1999. Udah lama kali kayaknyaaaa~~ Kalau korang nak tau berita yang lebih lengkap (sebab entry ni pun aku edit sendiri), korang boleh usha kosmo online. Tapi ada je kot yang Kosmo kertas tu. Aku mana dapat nak face-to-face dengan Kosmo babe! Online je laa yang mampu. Huhuhu.


Pssssst: Penat tak baca? Aku penat taip. Tapi sedey pulak sebab takde orang komen. Sobs.

jaulah ke Gunung Sibayak, Medan, Indonesia!!

-huh..gambar tanak kalah..>.<-

Salam and hai readers sekalian.

Nak start dengan ayat apa ek? Hurmmm. Actually, aku masih lagi trauma dengan kecurian skuter kesayangan 2 3 hari yang lepas. Sampaikan nak update blog pun rasa macam....haihhhhhh...~ Sekarang ni pun still lagi bergenang air mata bila teringat kat Ce'to yang tersayang tu diculik orang. T_T

Tapi,tapi. Untuk entry kali ni, aku akan try campak dulu feeling tu jauh-jauh. Hehehe. Kali ni aku nak cerita kat korang pasal aku and kawan-kawan muslimah yang lain pergi 'jaulah' di Gunung Sibayak, Medan, Indonesia. Kalau tak faham 'jaulah' tu apa, boleh laa rujuk ke Pak Cik Google atau tanyakan pada ustaz-ustazah yang ada di sekeliling anda. Hehehe. Jaulah ni dianjurkan oleh pihak BADAR PKPMI-CM. Semacam organisasi Islamik la senang cerita. Yang pergi ni semua perempuan. Tapi ada laa dalam 5 6 orang lelaki yang join untuk angkat barang. Heheh. Kitorang gerak pukul 2 pagi waktu Indonesia. Semangat yawwww~

'Jaulah' ke Gunung Sibayak ni memang best. Walaupun letih nak mati, tapi bila sampai kat puncak gunung, semua letih hilang. Sebab pemandangan di puncak gunung sangat indah hokey! Tapi kenapa aku cakap letih nak mati? Sebaaaaaaaab.....nak mendaki sampai ke kaki gunung dah ambil masa yang lama. Itu baru ke kaki gunung. Perlu berjalan lagi sampai ke pintu rimba. Agak-agak macam dah nak masuk hutan laa. Jalan dia mula-mula datar. Pastu naik bukit. Pastu naik bukit yang curam gila. Pastu nak kena panjat bukit yang betul-betul bukit. Pokoknya, memang lama. Kitorang start naik pukul 2 pagi, dalam pukul 8 baru sampai ke puncak. Jalan kaki kawwww~~ Capek dehhhh!! Memang agak seksa nak jalan naik bukit yang curam tu. And tak tau laa kenapa, hari tu memang aku sangat-sangat laa 'lembek'. Huhuhu.

Korang bayang laa lembek tak lembek nya aku, baru start jalan setengah jam, aku dah tak larat. Baru setengah jam babe! Orang lain semangat tengah kobar-kobar macam nak berarak masa hari merdeka tu, aku dah sangat tak larat. Masa tu aku memang ingat nak je aku guling-guling turun bawah. Kaki aku lenguh gila sampai krem. Aaaannnnnnddd, aku laa makhluk yang paling belakang time tu. Tapi, nasib baik ada lagi sorang member aku yang perasan aku tertinggal kat belakang. So, dia pun teman laa jalan-jalan ngan aku. Belakang kitorang ada abang 2 orang yang expert pasal daki-daki gunung ni duk jaga kitorang. Sampaikan abang-abang tu yang tolong bawak beg dan barang aku. Memang letih tahap cipan. Cipan pun tak letih macam haku. Huhuhu. Jalan sikit, aku mintak nak duduk. Setiap 5 minit mungkin. Huhuhu.

Oke lah. Cukup laa aku memalukan diri sendiri. Sekarang aku nak korang usha pics kitorang time dah nak sampai puncak gunung. Masa tu memang aku semangat sikit laa. Sebab dah nak sampai kannnnn~~ Hahaha. Time ni memang aku sengih je  memanjang masa snap pics. Happy laa dah sampai puncak. Kalau tak, jangan harap aku nak ambil gambar. Huhuhu.


"Oke anak-anak..beratur yeee..mak nak kasi susu ni.." hahaha.. [nampak tak aku yang paling belakang? ngeeeee~]

rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.. [sebentar laa sangat..huhu]

 
tu laa Gunung Sinabung yang baru je masuk berita sebab meletus..tapi tak keluar api pun..keluar asap tebal nak mampphh je..gunung berapi aktif tu..takut kan? >.<

 
syima dengan gaya mendaki gunung..errr..gaya ke? memang tengah daki pun..heh~

ini aku..macam semangat..sebab sikit agi nak sampai..hehehe

ahhhh..koq jadi malu sendiri yaacchh! ngahaha

nampak tak 'anok-anok wekk' itu? mereka sedang makan..hahaha

asap yang fuuhhh fuhhh tu adalah asap sulfur..korang tau bau sulfur macamana? makkkk aiiiii...mangi cangat-cangat!! wuwuwuwu

ini pure punye asap sulfur..keluar dari perut bumi..bising bunyi asap keluar ni memang tak hengat dunia..

ni aku tengah snap pics kat lereng bukit..kalau naik sikit lagi, mungkin korang boleh terjun dalam kolam sulfur yang paling besar..dan tak akan boleh naik sampai bila-bila..innalillah~ T_T

memang syokk sangat kat puncak ni..nampak je macam panas..tapi sejuk dia macam duk dalam peti..nampak aku pakai sweater tebal tuu..huhu

time ni aku rasa sangat tinggggiiiii..sebab aku lebih tinggi dari puncak Gunung Sinabung yang tengah berasap tu..heheh~

alaaaaaaa, syimaaaaa..nyomeynyeeeeee peace macam tu..hehehe

yaaaaahhh!!! AKHIRNYA! aku berjaya sampai di puncak [walaupun setengah jam pertama aku dah pikir camane nak turun balik..heheh~]


tu sumer asap yang maha wangi..fuhhhhhh~


aku dan syima di lereng gunung..2 3 langkah ke belakang, kompem kami akan berguling-guling masuk dalam gaung..huhu [asal aku nampak gemuk? wuwuwu]

eceyhh..rasa cam model plak aiiii~ ngehngeh

 
ni lagi suasana kat puncak gunung.. [model: syima]


makan sekejap sambil ambik angin sejuk...fiewwwww~

curam kan nak daki? dengan batunye..huhuhuhu..kalo jatuh ni, kompem non-stop berguling sampai bawah.. >.<

SUBHANALLAH~ ^_^
  
huh??? kepala syima berasap?? macam tanduk pun ada...wakakaka

   KAMI PASTI BISAAAA!!! [aku lah yang memakai sarung tangan hitam merah..paling hujung belah kiri..poyo kan? huhu]

hah..amek kauuuuu..kan dah sakit kaki..huhuhu..

Walaupun berbagai cobaaan dan dugaan yang datang time nak daki gunung tu, tapi akhirnya aku berjaya jugak jejak kaki ke puncak Gunung Sibayak. Sangat rugi kot kalau dah ada peluang nak sampai sini tapi tak datang. Bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang. Betul tak? Ehemmmm. Dan after dah turun dan sampai balik rumah, aku berjanji kepada diri sendiri yang "AKU TAKKAN PANJAT GUNUNG DAH PASNI!! AKU TAK LARAT!!".

Sekian, terima kasih! :)  

:: IKLAN ::