:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Rabu, 20 April 2011

setiap kali exam aku post entry macam nih. menyampah laa dengan diri sendiri.

Salam.

Haaa,jangan ingat aku dah lupakan blog aku ni yee. Ada lagi ni haa. Semalam aku dah tuka template blog. Takmo dah emo-emo bagai ni haa. Tapi merah hitam tetap menjadi pojaan hatiku. :D Semalam try update blog guna handset, tapi takbest. Takleh nak enter. Dahlaa keypad kecik. Nyusahkan aku je. Baik aku taip kat lappy. Nikmat je rasanya. Eheh. 


amacam? gojes tak? bukan aku..tapi mask tu laa..


Oke. Oke. Membebel pulak mak cik ni. Actually aku tengah rasa bersalah yang amat je ni. Pukul 2 petang ni ada exam midblok untuk Emergency Medicine. Tapi aku dengan penuh gayanya boleh pulak terfikir nak update blog. Omakkaihhh. Apa nak jadi ngan anak Uncle Endut ni haa?? Bukan apa, aku nak lepas tension. Geram dengan diri sendiri sebab tak buat preparation awal-awal. 2 hari before exam baru sibuk nak study laa bagai. Aku bukan jenis yang boleh buat kerja last minute ni. Aku kan seorang yang sistematik, bertauliah, dan berdedikasi. Ehemmm. Tengok laa apa yang jadi bila dah last minute preparation ni. Duk pikir apa yang perlu buat dulu. Biasa kalau study (biasa tak biasa pun baru je last blok aku start..haha!), aku akan baca dulu notes yang lecturer kasi sambil-sambil salin dalam buku. Semua pulak tu aku bantai salin. Tapi ikut kreativiti aku laa. Biasalah, orang yang mementingkan estetika macam aku ni kena laa kreatif sikit. Ye dak? Haha. Lepas dah habis semua notes tu, aku tutup lappy then akan baca balik apa yang aku salin. Haaa..? Apa? Aku rajin? Takde laaa. Biasa biasa je. *muka malu-malu anak kucing yang comel. :D * Haaaa,pastu pastu, bila dah siap baca notes yang aku salin, baru laa aku buat soalan yang 2, 3, 4 set tuh. Time tu cam confident laa nak bulatkan jawapan kan. Sebab ada jugak yang melekat kat otak ni haa. Baca soalan pulak 2, 3 round. Best betul jadi rajin macam ni. Hehehehe.


Tapi tapi. Masuk je blok baru ni, tak tahu laa mana aku silap, dah berterabur. Tengok laa macam sekarang ni haa. Dari semalam aku duk ulang-alik dari meja ke katil. Duk depan lappy ingat nak study laa kan. Baca notes yang lectuerer kasi. Tapi dalam hati ni asyik cakap "Hisshhh,tak sempat dah nak abeskan baca sambil tulis ni. Baik baca sekali harung je. Cepat sikit abis." Oke. Aku fikir balik betul gak apa yang dia cakap. Dia? Sapa dia? Huhu. Pastu aku baca je laa tak menulis. Then tetiba otak pulak duk cakap "Masuk ke dalam otak kalau setakat baca macam tu je? Baik ko buat soalan. Sambil-sambil belek notes. Efektif sikit." Owhhh, aku rasa macam nak lempang diri sendiri. Tapi takpe. Kita try dulu. Tengah duk belek soalan mana yang patut buat dulu, jiwa aku memberontak. Dia cakap "Banyak nyeeeeee soalan nak kena baca. Nak kena hafal. Tu laaa. Sape suh study last minuteeee!! Tak sempat dah ni. Tak sempaaaattt weeyyyyy!!" Argghhhhh. Boleh gila aku kalau macam ni. 

Last-last aku amek keputusan untuk main game dan online. Letih duk depan lappy, aku g baring atas katil sambil main game dan online kat telefon. Best kan? (-_-") *menangis tersedu-sedu*

sekadar gambar hiasan.

2 komentar:

アヌム ちゃん~~ mengatakan...

Salam.bw here^^
Do visit me @ frommetoyou~
:)

edayu ateh mengatakan...

wassalam..thanks for visiting.. :) i will~

:: IKLAN ::