:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Sabtu, 23 April 2011

pindah rumah.

Salam dan selamat pagi semua! 
(Atau lebih tepat lagi 'selamat tengah malam'. Huhu)


bukan aku jakun tak pernah makan McD breakfast. tapi serius bukan lawak, kat Medan baru je wujud benda alah ni. tapi aku tak cakap Medan jakun tau. (-_-')

Rasa macam makin rajin pulak nak update blog 2 3 hari ni. Hihihi. Kenapa ek? Hurmm. Mungkin sebab dah tak minat nak update-update cerita kat Facebook, or mungkin aii memang pemalas nak update blog. Or mungkin jugak sebab terjeles dengan FL yang ramai follower kat blog beliau. Ehhhh~~ *tutupmulut* Banyak pulak kemungkinan dia. Aihhss.

Oke. Sekarang moh ler kiter citer-citer sket pasal tajuk entry kali ni. Malam tadi, I mean awal-awal malam tadi (sebab sekarang still malam tapi dah lewat malam) aku dengan housemate aku, Emi nama dia, dan bersama Encik Boyfie dan sorang lagi member aku merangkap boyfie Emi, Daim nama dia, telah mengadakan satu acara gotong royong mencuci rumah baru aku dan Emi. Dengan berbekalkan semangat yang waja, kami telah berjaya menyapu habuk-habuk, debu-debu, dan pelbagai lagi makhluk, ehhh, barang-barang yang halus mulus di rumah tersebut dan mengemop serta mencuci lantai. Bayangkan lah rumah yang berhabuk tahap cipan, telah berjaya kami kilatkan dan bersihkan dengan penuh dedikasi. Walaweyhhh~~ Tuhan je yang tahu betapa happynya aku bila tengok rumah yang macam sarang tikus dah jadi macam istana. *grinning* 

Tapi sehari sebelum tu, Encik Boyfie dan Daim serta sorang lagi member kitorang, Amar nama dia, dah cat rumah tu dengan tangan dorang sendiri. Sangat laa macho dan bergaya. Bukan aku takmau tolong, tapi itu laa gunanya kawan-kawan dan Encik Boyfie kan? Hahak! Tapi dengan sukacita dimaklumkan bahawa anugerah mengecat paling hebat dan marvelous diberikan kepada.................Encik Boyfie!! *clap clap clap* Heheh. Maaf la ye Amar and Daim. Korang belum layak untuk menerima anugerah tersebut sebab korang cat tompok-tompok. Hahaha. Tapi tapi, ada hadiah saguhati kat korang yaitu ucapan terima kasih yang tak terhingga sebab tolong catkan rumah kitorang tu. Ikhlas ni, dari lubuk hati yang paling dalam ucapan tu aku kasi. Heheh.

Sangat letih oke nak bersihkan rumah tu. Habuk satu hal, pastu ngan najis-najis (sopannye aiiii *mata kelip-kelip*) tikus yang bau cam humpppphh, pastu tambah pulak ngan bekas-bekas orang renovate rumah tu lagi, mau tercabut pinggang dibuatnya. Mula-mula aku sapu satu rumah, pastu Encik Boyfie dengan semangat yang berkobar-kobar mengemop dan mencuci lantai sampai berkilat. Emi dan Daim berusaha menyental dinding-dinding dan lantai dapur yang dah macam tempat orang bakar sampah. Nasib baik sampah. Kalau bakar mayat cemane? Huahuahua. Errrr, jangan cakap lagi. Nanti aku 'segan' nak duduk rumah tu. Huhu. Pastu, cuci toilet pulak. Rasa cam melekat bau hancing kencing tikus kat badan. 'Harum segar mewangi'. Yerkkkhhhh!

Nak amek pics, tapi tangan sangat basah. Alaaaahhhh, kalau amik pun bukan boleh upload. Lappy aii banyak virus. Nanti masuk dalam hand  phone camane? Cukup laaa satu henfon je yang rosak disebabkan virus-virus durjana itu! Huh~ 

Tapi takpe. Nanti bila lappy dah elok, aku akan uploadkan pics yang ada. Kira paket laa nanti. Sekalian aja nanti uploadnya yaa. Ngak papa kan? Ahhh, terserah gue. Hihihi.

Oke lah. Macam dah tak larat nak menaip. Mengantuk sangat ni. Huhu. Nyte-nyte everyone. Daaaaaa~ :)

oke. sekadar gambar hiasan lagi. comel kan budak ni? :">
ni anak sedara gua yang nombor..aaa..nombor..jap..
nombor 4! hihi.. baru 4 orang dah lupa..ape punye ateh laa..
nanti ada masa gua citer kat lu orang pasal ini bidak kicik.. :)

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::