:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 27 Maret 2011

walaupun bukan semua, tapi tetap ada.

Salam.

Ayat permulaan yang biasa bila dah lama tak update blog : "Dah lama tak update blog kan? Takda masa laa." "Dah berkulat blog aku sebab lama sangat tak update.Maaf kawan-kawan." <--- ingat ada orang kisah? Wahahaha.

Oke. Straight to the point. Kali ni aku nak buat beberapa pengakuan yang berani mati. *hiperbola* Mungkin tak semua orang buat macam aku buat, tapi mesti ada yang pernah terfikir nak buat macam apa yang aku buat ni. Tak pun dah buat sama dengan apa yang aku buat. *Saja nak buat ayat yang panjang berjela, so that nampak macam entry yang panjang walaupun guna point yang sama. Heh~*  

Pengakuan pertama : Cara untuk sembunyikan surat-surat cinta. :D

Tipu kalau korang cakap tak pernah dapat surat cinta. Melainkan korang memang nerd nak mati. Ataupun korang memang tak nak terlibat dalam arena percintaan sebelum kahwin. Aku tabik spring toing toing lah kat korang. Heheh~ *Arena? Cam plek je. Huhu.* Dulu time sekolah menengah cikgu-cikgi selalu sangat buat spotcheck ataupun pemeriksaan mengejut. Nak-nak kalau bebudak yang sekolah kat boarding school. Memang kena fikirkan cara yang paling selamat untuk sembunyikan barang-barang larangan. Contohnya surat cinta. Hahaha. Ni dia cara yang aku buat dulu. Beli buku log yang nipis-nipis tu tapi yang panjang punye laa, then tulis tajuk kat depan besar-besar guna marker, "BIOLOGI (BUKU ULANGKAJI)". Kalau nak lagi best, pilih kaler buku yang sama dengan kaler buku log yang lain-lain tu. Tapi jangan sampai tertukar dengan buku biologi yang kena hantar kat cikgu, naya korang nanti. Hahaha. Lepas tu, ambil satu kertas, bentukkan macam poket. Tampal kat tengah-tengah buku. Haaa, dah boleh sembunyikan surat-surat cinta korang kat situ. Even though pengawas-pengawas yang buat spotcheck tu duk kibas-kibas buku korang, takkan jatuh punye laa surat-surat cinta korang. Melainkan pengawas tu memang seorang yang bersemangat waja nak belek satu-satu. Yang pesen ni kena berhati-hati sikit la kan. Heheh. Tapi jangan pulak korang gedik gi tambah ayat kat depan buku tu dengan ayat "TIADA SURAT CINTA DI DALAM BUKU INI." Nak bodoh pun sikit-sikit sudah laa okeh. :))


Pengakuan kedua: Cara untuk sembunyikan handphone. :D

Oke. Still lagi perangai yang tak elok untuk bebudak yang duk kat asrama. Haha. Maktab aku dulu, mana boleh bawak handphone. Cikgu tak kasi. Tapi selaku seorang pelajar yang berdedikasi tinggi macam aku ni, mana boleh takda handphone. Nanti cemana nak contact ngan family dengan cara yang paling cepat. Nak beratur kat public phone? Maaf lah ye. Sorang-sorang bergayut guna public phone macam bapak dia yang bina public phone tu. Tak campur lagi ngan jenis-jenis homesick dan manja-nak-mati. 2 jam telefon memang tak cukup. Dengan air mata meleleh sama banyak dengan hingus. Euuuwwww. Bahaya untuk kesihatan. So, TERPAKSA bawak handphone. Ehem~ Dah bawak barangan terlarang ni, kena pepandai sembunyi. Selalunya yang boleh kantoi bawak handphone ni sebab tak sembunyikan awal-awal before pergi night preparation class ataupun lebih glemer dengan prep malam. Sebab time-time macam ni laa pengawas-pengawas and wardens buat spotcheck kat asrama. Nasib baik laa aku ni yang jenis 'sediakan payung sebelum hujan'. So, nak selamat, balut dulu handphone dengan plastik hitam. Kalau dapat plastik sampah lagi cun. Lepas tu sediakan kertas-kertas yang dah gumpal-gumpal. Sebelum pergi prep malam tu, campak dulu handphone dalam tong sampah. Pastu tindih dengan kertas-kertas yang dah gumpal tadi. Kompem laa tak kantoi. Mana laa ada orang nak cek tong sampah kan? Hahaha. Tapi dengan syarat, korang kena jadi orang last yang keluar dari asrama, tapi orang first yang balik. Sebab nanti kang tak pasal-pasal banyak pulak 'bahan buangan' yang menindih plastik berisi handphone korang tu. :))



Pengakuan ketiga: Cara untuk tak kantoi ngan bini kalau nak buat projek dengan perempuan lain.

Oke. Yang ni bukan aku yang buat. Biasanya pegawai-pegawai pangkat besar, tapi yang kecik pun ada jugak yang buat. Memang tak sedar diri. Huhu. Cara dia senang je. Dah ada duit banyak kan? So, boleh mintak tolong ngan students oversea (yang paling dekat kat Indonesia laa) carikan pompuan-pompuan yang montok untuk pegawai-pegawai ni time nak tidur kat hotel malam kang. Lebih cun kalau ada program atau aktiviti yang dibuat atas nama persatuan-persatuan pelajar ataupun kelab-kelab yang pelajar ni duk join. Memang laa leh jadikan batu loncatan. Pastu bayarlah students ni sebab dorang dah carikan pompuan-pompuan yang cun melecun untuk teman sepanjang berada di oversea. Best kan? 


(Oke. Dasar takde otak. Nama je pemimpin. Bayar students suruh carikan pompuan nak puaskan nafsu kau. Memang dunia akhir zaman. Jangan ingat orang tak tau la woii. Tapi oleh sebab aku ni jenis timun, and dorang-dorang yang buat kerja tak senonoh ni durian, kena la diam jek. Tak paham apa kaitan dia? Oke. Macam ni. Timun kalau dia golek atas durian, dia yang sakit. Kalau kena golek ngan durian pun dia yang sakit. So, takyah laa golek-golek. Kang kalau dah sakit, tak berbaloi aku belajar kat Indon ni dah 3 tahun. Huhu.)

Malas dah nak menaip. Sebenarnya, point aku satu je. Yang pengakuan ketiga. Aku memang bengang ngan pegawai-pegawai macam ni. Nama and jawatan dah tinggi, sekolah bertingkat-tingkat, tapi bodoh berlapis-lapis. Datang negara orang nak buat maksiat. Benci pulak aku. Haihhhhh~ Aku ni orang biasa, bukan tahu sangat politik-politik bagai ni. Tapi makin lama makin menyampah pulak rasa dengan pegawai-pegawai berpangkat yang ingat dunia ni dorang yang punya. Lari jauh-jauh dari bini sebab takmo kantoi main ngan pompuan lain. Yang students ni pun bangang jugak pi tolong. Yelaaa. kau pun nanti dapat habuan jugak. Nafsu. Nafsu. Aku mengaku memang aku tak berani nak sound depan-depan. Sape laa aku ni kan. Tapi memang takleh tahan bila orang duk cakap, "Alaaa..yang datang nak bagi derma sumer tu bukan ape..datang nak buat program laa bagai..saje buat alasan nak carik pompuan. Kat Malaysia mane dapat. Kang kantoi ngan bini susah. Kalau kantoi kat media nanti lagi payah.." Alahaiiii. Otak letak kat lutut. Duduk laa celah mana pun, Allah tetap boleh nampak. Ingat sikit.
Walaupun bukan semua, tapi aku yakin, ada orang macam tu. Aku tahu. Huh!

Zasssss~

2 komentar:

Anonim mengatakan...

:-)

edayu ateh mengatakan...

:)

:: IKLAN ::