:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Sabtu, 12 Februari 2011

kini dalam kenangan. handphoneku dicuri orang.

Salam.

Semenjak dua menjak ni kan, asyik entry sedih je aku post. Bagi korang mungkin kelakar atau menyakitkan hati, tapi aku tulis dengan penuh rasa berduka-cita. 

Hari ni, for the first time in my life, handphone aku kena curik. Dalam surau kat fakulti aku. After solat Zohor. Ada member nampak, tapi tak tau pulak tu beg aku. Dan yang tak best, pencurik tu dah boleh digelar makcik. Adoyaiiii makcik. Kenapa laa dalam banyak-banyak beg kat situ, beg saya yang menjadi pilihan hati makcik? Kang doa tangan kudung, kesian pulak kat anak-anak makcik nanti. Hah? Mak cik takde anak? Oke. Potong sekali ngan kaki-kaki makcik pun takpe. Eishhh,jahat!! Tak. Tak. Saya gurau je.

Tapi memang sedih. Handset tu aku pakai tak sampai sebulan. Hadiah dari kakak aku yang second. And for first time dalam hidup aku guna henset tac-skrin. Ouch. Aku memang takde bakat nak pegang henset mahal-mahal. Mencik! Masa mula-mula aku cek beg aku dan dapat tahu henset aku dah hilang, saat tu aku redho. Tapi tak sampai 10 minit blaahh dari surau, air mata mengalir tak henti-henti. Satu hari kut. Kesian Encik Boyfie, terpaksa layan karenah budak kecik ni sekejap. Sekejap? @_@

Yang penting, sekarang Mr. NokEM dah selamat berada dimana-mana. Maybe digunakan dengan penuh rasa bersalah *MAYBE* oleh mak cik tu. Atau dijual dengan kejam di toko-toko telefon yang berdekatan. Owh, Mr. NokEM. Saya sangat rindukan awak. Do take a very good care of yourself! :(

[NOKIA EXPRESS MUSIC 5800]

But still I'm glad, Alhamdulillah, because Miss CSL White tak jadik kawen lari ngan Mr. NokEM tersebut. :)

[CSL S1 WHITE]

*tanak letak pic..sedih*

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::