:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 11 Desember 2011

sedih pulak bila jadi macam ni. :'(

Salam and hai bloggers.


Kali ni update entry cepat-cepat sementara perasaan tersebut masih ada. Kadang-kadang saya terfikir, ada ke orang yang macam saya. Yang malu nak mintak duit dengan parents even dah memang kering-kontang. Selaku seorang student yang belajar dekat negara yang 'sangat memerlukan duit untuk menjalankan kehidupan seharian', saya jadi stress nak mintak duit banyak-banyak kali ngan parents saya. Saya malu. Segan. Ntah laa. Bukan nak berlagak baik ke apa. Saya hidup pun bukan untuk impresskan orang tentang perangai saya yang satu ni, tapi tak tau laa. Walaupun tu je tempat saya bergantung harap untuk mendapatkan duit, tapi bila dah kena mintak banyak kali ni, rasa macam loser pun ada. Rasa macam 'Kenapalah hidup aku ni perlu menyusahkan orang? Kenapa laa aku datang belajar kat sini? Kenapa laa? Kenapaaaaaaa?'. Tapi saya tak boleh cakap macam tu. Tak baik mempersoalkan qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan. 

Bila dah sesak-sesak macam ni, mesti ada rasa nak give up belajar kat sini. Sedih. Kecewa. Geram. Sebab duit yang sepatutnya saya boleh kumpul untuk kawen buat benda lain terpaksa dihabiskan untuk bayar benda-benda yang SEPATUTNYA tak perlu bayar mahal-mahal. Terseksa batin saya tau tak. Sedih. Kecewa. Geram. Saya pun bukan dari keluarga yang berada sangat pun. Family saya biasa-biasa je. Kesian kat parents saya nak tanggung saya belajar kat sini. And setiap kali saya call my mom cakap saya menyesal belajar kat sini sebab banyak pakai duit, my mom mesti cakap 'Takpe laaa. Orang belajar memang banyak pakai duit. Nanti dah kerja, dapat laa balik duit tu.' TAKKKK! Bukan semua orang belajar banyak pakai duit macam saya. Kalau kat Malaysia, dapat PTPTN. Silap-silap boleh ada duit lebih lagi. Sebab tak perlu nak beli barang untuk belajar. Kat fakulti semua dah ada. Tapi kat sini, semua barang yang patut dapat free, semua kena beli even sehelai surat. Dan tak perlu nak bayar urusan surat menyurat yang sangat mahal walaupun sekadar sebuah cop untuk pulang ke Malaysia. Tak perlu nak beli barang yang selalu kena curi. Tak perlu nak susahkan parents saya. 

Semester ni paling banyak saya guna duit. Even duit yang saya kumpul dari pinjaman FELCRA dalam bank tu pun dah nak kering. Dah tak tau dah nak cekau kat mana ni. Dah laa terpaksa beli motor baru sebab motor saya hilang kena curi. Terpaksa beli helmet baru sebab helmet saya hilang kena curi jugak. Terpaksa bayar duit untuk perpanjangan izin tiggal terbatas untuk students Malaysia yang mahal nak mati. Terpaksa bayar izin balik Malaysia yang berupa sebuah cop yang mahal nak mati jugak. Terpaksa tau tak. TERPAKSA! *matabergenang* Tapi banyak jugak saya habiskan duit sebab nak siapkan penelitian saya. Nak kena buat fotocopy banyak-banyak. Hurmmmmm.





"Ya Allah, kuatkan lah hatiku, kuatkan lah kesabaranku. Hanya kepada-Mu aku berserah." :'( 

Rabu, 30 November 2011

perasaan tu.

Salam and hai bloggers.

Sekadar nak share satu perasaan yang macam 'fiewwwww...fiewwwww'. Errk. Tak paham eh? Saya tak reti nak eksplen camane perasaan tu. Tapi saya tahu saya rasa. Semacam angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tenang. Dan mendamaikan. Tapi perasaan tu datang bila saya berfikir tentang satu perkara ni je. Bila tengah taip entry or baca blog or tengok cerita or korek hidung, tak rasa pun. Tapi bila saya terfikir je benda tu, saya rasa macam 'fiewwwww...fiewwwww' .Semacam angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tenang. Dan mendamaikan. 

At the same time, rasa tak sabar. Rasa nak bahagia macam orang lain. Rasa macam dah sanggup, rela dan yang sewaktu dengannya. Tapi tak sure laa betul ke tak. Apa-apa pun, saya akan cuba buat yang terbaik. Bila waktunya dah tiba. InsyaAllah. 

Saya kasi satu klu laa. KELIP KELIP MERAH HITAM dan SAYA KELIHATAN GORGEOUS pada waktu itu. :">

"Past is past. I don't really care. Because I love you. Much."

Sabtu, 26 November 2011

godek. jangan tak godek.

Salam and hai semua.

ingat lagi tak dengan head banner ni? saya ingat!! :') *emo giler..huhu*

Sebab dah tak tau nak post apa, jom buang masa ngan saya malam ni dengan menggodek balik entry yang lepas-lepas. Kalau orang terengganu cakap "kelebek, jangang dok kelebek.." Buruk? Bia ahhh. Hehehe.

First entry semasa bergelar seorang blogger. Funny loh. Kalau tak percaya, baca sendiri kat sini. [entry]

Huh? Kenapa entry ni tetiba bertukar jadi macam ni? Pelik nya!!! [entry]

Aduiii. Banyak jugak gambar-gambar yang wujud dalam blog ni. Malu pulak bila tengok balik. Dah laa secoet-secoet je. Huhuhu. [entry] [entry] [entry] [entry] [entry]

Bila first time pergi annual dinner yang betul-betul dinner, camni laa gayanya. Hahaha. [entry]

Haaaaa, agak-agak korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan kat entry ni? Hanya orang tertentu yang datang dari negeri tertentu sahaja yang paham. Kuikuikui. [entry]

Entry time homesick. Cam memalukan jek kalau baca balik. Manja jugak aku rupanya. Iskk. :') [entry] [entry]

Tensen weyy idup macam ni dulu. Tak sangka aku dapat melepasinya dengan penuh berdedikasi. *tepuktanganuntukdirisendiri* [entry]

Uiksssss. Apa yang aku tulis sebenarnya ni? Kenapa tak nampak apa-apa? Try korang tengok. [entry] Atau mungkin korang kena usha entry yang selanjutnya. Hahaha. Sila ikut urutan oke! [entry1] [entry2]

Hermmmmm. Dah la dulu. Nak sambung tengok cerita House jap. Pastu nak tidur. Hehehe. 

p/s : bajet ade la kan yang tertipu dengan ayat-ayat pemanis *paksaan* supaya korang tertarik nak klik entry-entry tu kan. tapi kalau tak cuba tak tahu weyhhh *ayat pemanis dan pentarik hati lagi*


Minggu, 20 November 2011

dokter umum VS dokter gigi

Salam and hai semua.


Its been a while since i did the last typing ryte? :) I got few stories to share but apparently I dont have strong motivations to do so. I deemed it helps you to become the 'good' and 'euphoria' side of yourself. Where which, you can control your mind to change the perception of negative things to the other way around. So, in this case, the motivations give me the strength so that I can continue typing. LAMEEEEEE~

Oke. Back to the story. Actually im just done with my penelitian. Penelitian ni sama laa macam Final Year Project untuk students kat Malaysia. Ingat lagi tak agak-agak saya pernah post dalam entry yang lepas-lepas? Kalau tak ingat boleh klik sini. [entry]
By the way, kenapa tajuk macam comparing ni? Tak suka kan? Me too. Sebenarnya tajuk tu memang sangat berkait rapat dengan penelitian yang saya buat kali ni. Sebab ada kaitan dengan pemeriksaan gigi dan mulut dan dari tajuk penelitian pun dah boleh agak. In this research, I need to check the oral hygiene and chronic tonsillitis in children and see weither they related or not. And guess what? I PROVE IT RIGHT!!! HAHAHA. After analyse all the data, the result shows there is relation between oral hygiene and tonsillitis chronic. :D 
Thanks a lot to all my babe-friends yang banyak tolong saya and special thanks to Encik Boyfie yang ajar saya cemane nak cek oral hygiene. Tapi pelik laa pulak kan kalau dentist tak reti nak cek mulut orang ni. Kalau dokter umum, macam boleh dimaafkan je kalau tak tahu. Aci tak? Hehehe.
So, jom usha sikit cemane saya jadi dokter gigi sekejap. :)


weight and height for BMI (Body Mass Index)


positive chronic tonsillitis


positive chronic tonsillitis


positive chronic tonsillitis

"bukak mulutnya yang luas yaa, dik..kakak mau liat ni.."

amacam..ada gaya dentist tak? :D

berdedikasi sungguh! 

"nak amek gambar ni..cepat-cepat betulkan tudung.."

"ehhh, tudung aku dah oke ke belum ni? tengok ni.."

alyaa..syima..ana..ayu..emi..THANKS, BABES!! *hugs and kisses*

the REAL DENTIST..thanks drg. Nazrul Amar-to-be.. :)

Thats all for this time. Thanks for reading! Bubbye~ :)

Jumat, 21 Oktober 2011

at least i'm trying.

Salam and hai bloggers sekalian.

Serius dahi saya semacam berkerut apabila cuba untuk memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk digunakan di dalam entry kali ni. Dah lama sangat tak update entry nih. Traffic pun dah macam Lebuhraya Karak yang lama tu. Takde orang nak lalu. Huhu.

Rasa macam nak guna saya laa pulak. Nampak lebih sopan dan menawan. Owhh, oke. Tiada kaitan dengan menawan. Sopan tu boleh laa kot. Tihihi.

Sekali lagi entry sia-sia menandakan tuan punya blog masih bernyawa. Kalau rajin, silalah perkenalkan blog saya kepada rakan-rakan anda supaya traffic saya menjadi seperti lebuhraya di musim perayaan. (sounds desperate nak mati.)

Oke laa. Sekian saja untuk kali ni sebab saya nak study nih. Next week ada exam. Haaaa, ada satu alasan yang agak menyebalkan di sini. Every two weeks saya ada exam. So, boleh laa korang bayangkan celah mana saya nak curik masa untuk mengupdate blog. Wuwuwu. Kalau korang ada masa dan still lagi nak stay kat page ni, korang boleh godek-godek entries yang lepas-lepas. (bajet ada orang nak kisah.)


Sekian saja untuk kali ini untuk yang kedua kalinya. Heh.

SILA JANGAN MENGEJUTKAN DIRI SENDIRI APABILA MELIHAT GAMBAR INI. 


Sabtu, 01 Oktober 2011

comel gila kot benda alah ni.

Salam and hai bloggers.

Oleh sebab aku memang dah tak berapa aktif berblogging, so aku dah memang malas nak taip entry panjang-panjang. And malas jugak nak memikirkan tajuk entry yang sesuai yang dapat menarik minat seseorang untuk membaca entry ini. 

Tiba-tiba terfikir. Ada tak budak umur 10 tahun dah ada blog? Boleh aku tujukan entry ni khas untuk beliau.

Hermm. Actually, saja je nak update entry yang kosong ni. Alang-alang datang jenguk and bersihkan blog yang dah dinaiki sarang labah-labah dan anai-anai. Dan nak post gambar ni.


Comey gila kut troli macam ni. Even time aku tolak pun aku rase macam kiut giler dah muke aku. Evendo aku dapat membace fikiran orang yang lalu lalang kat tepi aku cakap "ingat comey laa tu! blurgghhh!" tapi aku dengan poyonye mengatakan "YAP! AKU INGAT!!" Hahahaha.

Selasa, 27 September 2011

ni berita ke artikel lucah?

Salam and hai bloggers.

Bertemu lagi kita dalam segmen kali ni yaitu 'kesian kat budak-budak sekarang', dan bersama saya lagi, Edayu Ateh. *blurghhh* 

Kali ni nak kasi pendapat yang tak berapa nak panas tapi mungkin agak suam-suam kuku. Heh. Seingat aku laa, dulu cikgu bahasa melayu bahagian penulisan aku selalu suruh kitorang iaitu anak-anak murid dia baca surat khabar atau dengar berita untuk mantapkan kitorang punya penggunaan kosakata dan jugak perbendaharaan kata. Sebab pembaca berita dan berita-berita dalam surat khabar ni biasanya guna ayat-ayat yang bombastik pung pang pung pang. So, selain dapat cilok dorang punya kosakata atau ayat-ayat yang dorang guna, boleh juga kita tahu perkembangan isu-isu semasa. Dan memasukkan isu-isu semasa dalam karangan berbentuk fakta akan memberikan markah tambahan kepada anda. Oke, sekian saja trick-trick yang dapat digunakan dalam exam korang. Bye!

*pang!!* <-- kena lempanng

Wuwuwuwu. Aku gurau je pon. Korang ni emosi sangat la. Sobs. Oke. Oke. Berbalik kepada tujuan utama entry aku kali ni. Haaa, tadi tu aku dah cakap mukaddimah tentang berita-berita dulu. Tak kisah laa surat khabar or berita kat tivi pun, semuanya menjadi bahan rujukan pelajar-pelajar especially yang rajin macam aku (tettttt) untuk mendapatkan informasi yang terkini.

TETAPI, sekarang aku tengok cara tu dah tak boleh pakai dah. Even aku yang dah baligh ni pun macam malu je nak baca surat khabar atau dengar berita kat dalam tivi sekarang ni. Macamana tak nak malu kalau dah berita yang disampaikan berbaur lucah? 18SX? Hina agama Islam? Macam tu ke nak suruh dijadikan panduan belajar? No wonder laa perangai budak-budak sekarang makin teruk. Tak payah nak susah-susah sembunyi dari ayah baca bahan-bahan lucah ni. Cukup dengan dengar berita kat tivi atau baca je dalam surat khabar. 

Tak percaya? Oke. Zoom it!

baru balasan kat dunia, belum lagi balasan kat akhirat..


"Alaaaahhhh, even dorang blurkan gambar ni pun, aku tahu laa. Banyak lagi berita yang tunjuk gambar ni. Tak pun nanti seacrh kat Google. Kompem keluar. Hahaha!" Ali, 12 tahun.

" MAKKKK!! PESTA LESBIAN TU APA? BIRTHDAY PARTY JUGAK KE? NAK PERGI!!" Sofia, 10 tahun.

pencegah maksiat yang bodoh melampau-lampau..mintak si bangang tu mati awal boleh?

ini yang paling bodoh pernah aku tengok..or mungkin ade yang lagi bodoh dari ni..

Haaaaaaa!! Seee!! Itu baru beberapa keping je yang aku jumpa. Kalau buatnya aku semangat cari semua artikel-artikel lucah dalam surat khabar, mau sebulan korang duk bace aku punye entry ni haaa. Mana pergi pihak berwajib dalam menangani masalah-masalah macam ni? Takkan nak biarkan je? Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


"H****n m***o muka depan kata lain bahagian iklan kata lain. Kat bahagian iklan tue banyak betul iklan2 maksiat. Yang aku tak tahan tue siap highlight lagi warna biru cair pada iklan pengurut wanita muda. Aku pernah telefon ada apek jwb ya mahu indon, filipina, vietnam, china dll. Apa nak jadi dgn H****n m***o nie??????????? -BERNAMA-"

Kamis, 22 September 2011

remaja memang suka memberontak. "kau pehal?"

Salam and hai bloggers sekalian.

Dah almost 1 week jugak tak update blog. Banyak benda yang berlaku. Sampai lah aku ada kesedaran untuk update blog kali ni. Huhu. Sedikit update dan juga alasan kenapa tak terdetik pun di hati nak update blog :

- Ayah saudara aku meninggal dunia hari Isnin yang lepas (18.9.2011). Walaupun jarang berjumpa sebab aku belajar jauh, tapi dia ayah saudara yang rapat dengan aku, dengan family aku. And i love him. :'( AL-Fatihah untuk beliau. 

- Esok, Sabtu, 24.9.2011, aku ada exam mid sem. See, esok nak exam, hari ni boleh pulak update entry. Tapi takpe, rest kejap.

- Aku kecik hati ngan seorang budak yang kurang ajar. Seriously sh**. Sampai takde mood nak buat apa-apa. Sensitif kan aku. Heh.

- Member-member aku pindah rumah so aku kena tolong dorang.

Dan banyak lagi lah. Malas nak cerita panjang-panjang. 

So, back to the story. Remaja. Memang masa remaja laa yang paling bahaya. Sebab mereka yang bergelar remaja sangat-amat-paling kuat jiwa mereka memberontak. As a teenager, aku pun macam tu jugak. Kadang-kadang rasa macam, "Semua benda pun tak boleh. Boleh blahhhh laaa!!" 

Semangat remaja untuk memberontak memang berkobar-kobar. Tak kisahlah dari segi apapun. Sosial, agama, politik. Yang pasti, mereka akan cuba untuk menidakkan apa yang dah menjadi satu kemestian atau satu pegangan. Mungkin tak semua macam tu. Aku tau. Dan haruslah trend atau pemberontakan itu akan diikut oleh remaja yang lain. Atau dieksploitasi oleh sesetengah pihak untuk memberi peluang kepada remaja mengekspresikan jiwa memberontak mereka demi keuntungan pihak tersebut. Dengan mengadakan mogok atau rusuhan mungkin?

Kadang-kadang aku rasa macam something wrong bila aku perhatikan orang yang ada di sekeliling aku. "Betul ke apa yang mamat ni cakap? Minah ni boleh percaya ke? Pendapat remaja-remaja ni boleh pakai ke? Macam tak je." Sebab apa. sebab remaja memang suka memberontak. Menidakkan apa yang orang suruh. Buat dunia macam dunia mereka. Sebab tu ramai yang tersasar ke jalan yang tak lurus.

Well. Remaja tak remaja. Dunia tak dunia. Satu je yang kita kena ingat. Setinggi mana pun kita belajar, sekuat mana pun kita memberontak, sebengkok mana pun jalan yang kita ambil, sejauh mana pun kita tersasar, atau setinggi mana pun jawatan kita, kita tetap ada agama kita. Agama Islam. Kita tetap ada Tuhan kita. Allah S.W.T. Kembalilah kepada pegangan kita yang satu ini. InsyaAllah, kita akan tetap terpelihara. 



Minggu, 18 September 2011

terima kasih sebab block lubang tersebut.

Salam and hai bloggers.


Situasi pertama : 
Hairan bin ajaib. Baru satu hari tak balik rumah sebab tolong member pindah rumah baru. Balik-balik rumah tengok air yang penuh satu kolah dah kering kontang padahal sebelum ni elok je bertakung air tu. Yang tambah pelik, ada lipan pulak sekor dalam kolah. Ntah dari mana ntah beliau datang. Ke lipan tu yang sedut air kolah sampai kering? Hurmmmmmm~~~ (-_-!)


Situasi kedua:
Owhh. Aku rasa macam dah boleh buat conclusion laa pasal lipan dan air kolah ni. Sebab air kolah dah kering buat kali kedua dan seekor anak lipan dijumpai sedang memberenangkan dirinya di dalam kolah tersebut. So, mesti selama ni lipan-lipan tersebut bersembunyi kat dalam lubang dalam kolah tu dan block air sehingga air kolah tidak bocor. Agak ingin berterima kasih di situ. Tapi dimana lubang itu menyembunyikan dirinya? Hurmmmmm~~ 
(-_-?)


Situasi ketiga:
Belum ada. Nanti dah ada aku update. Hehehehe.


ini lipan.
bukan lipas.

Sabtu, 17 September 2011

kau nak tahu apa aku buat bila...

Salam and hai bloggers.

apa yang aku buat bila gaduh ngan adik aku? 
apa yang aku buat bila adik aku marah aku?
apa yang aku buat bila aku rasa adik aku tak hormat aku?
apa yang aku buat bila aku geram adik aku taknak dengar cakap aku?
apa yang aku buat bila adik aku kurang ajar dengan aku?

MENANGIS..SELAMA MANA AKU MASIH INGAT BENDA TU, AKU MENANGIS..

maybe im not a good sister
and maybe im not that matured to tell u things u should do
and what u shouldn't
because u are old, matured enough to think
and scold me back whenever i tell u what is the right thing to do
and i dont have the strength to fight u back
because whenever i make u angry
i will mad at myself 
and maybe that is why
older sister is always being an older sister.

p/s : orang yang ganas macam aku pun boleh kalah dengan air mata bila masuk part adik-kurang-ajar..blurghh~


jangan salahkan kami. kami tau kami salah. ehh?

Salam and hai bloggers.

Oke. Oke. Aku tau aku dah update entry 2 kali hari ni. And its way better for me to be with my lecture notes instead of menghadap lappy. Tapi, perasaan yang datang tanpa diundang ni membuatkan aku rasa serba salah untuk tidak mengungkapkannya. Maybe this is the only way aku boleh share dengan orang tentang apa yang aku fikir without being scared to be blame of. Broken English? Heh. 

Hurmmmm. Terdetik dalam hati aku untuk update entry pasal politik Malaysia. Tapi aku tanak orang cakap entry aku macam sampah. Owwhhh. Wait. Jangan salah faham. No. Its not about my writing yang macam sampah, but its about the word 'politic' itself. If im not mistaken, that word, i mean politic, is equal to 'sampah'. Errrr, am  i toooooooo much? Well. Aku sengaja.

Owhhh, back to the story. Dari pengamatan aku laa kan, ramai oversea students dah mula sedar tentang politik and agama. How can i know? Well, dari blogwalking, status-status di Facebook, and member-member aku sendiri yang macam dah 'tersedar' dan back to reality. Of course laa aku happy dengan dorang. Even aku sendiri pun berdoa untuk jadi way better than me today. 

Tapi itu lah. At the same time aku terfikir jugak, yang mana sebenarnya betul? Yang biru atau hijau? Yang timbang atau bulan? Yang merah atau biru laut? Dan yang lain-lain jugak. Pening dengan cara poli-tikus - poli-tikus ni berpolitik. Sangat pening. Sampaikan ada satu tahap aku rasa jijik bila tengok muka-muka orang yang berkenaan and terkenangkan cara orang-orang ni meraih undi or belas kasihan. No need to mention more i think.

One of my friends said to me, and u should take note that she is an oversea student. She said, "Cuba bayangkan kita ni macam ikan. We lived for a long time in a dirty water. Sooooo long sampaikan kita tak sedar yang air tu kotor sebab kita dah biasa hidup dalam air yang kotor. But once kita dikeluarkan dari air kotor tu, baru lah kita nampak how dirty that water was. And we should be praise to Allah because He gives us chance to be one of the fishes that had been taken out from the dirty water and realized something." Well, maksud yang begitu dalam sampaikan aku boleh ingat satu-satu ayat yang dia kasi. Owhh, maybe laa lain sikit tatabahasa yang dia gunakan sebab dio kecek kelate ngan kawe. Hehe. Tapi takpe laa kan. Asalkan kita sampai kepada maksudnya.

The point is, jangan salahkan mereka yang akhirnya sedar atas kesedaran sendiri untuk berubah dengan mengatakan mereka adalah dikalangan orang yang tidak sedar dek untung, seperti melepaskan anjing tersepit, dan lain-lain lagi. Cuma yang perlu dipersoalkan adalah, sampai bila kita nak duduk dalam air yang kotor? Ke korang rasa cemana? Aku pening ni. Hari mengundi dah nak dekat ni. Hahaha. 

Sekian, terima kasih.


pasni gua nak update pasal raya la pulak. hehe.

Jumat, 16 September 2011

berkasih-sayang sementara masih ada masa.

Salam and hai bloggers.

I have class today and i didn't go. Ehem. Well, im trying to wash away the guilty feeling by making a confession here. And it didn't work i think. Sobs. Sooooooo, back to the story. It takes more than a month to update this story which happened bout a couple of month ago. As u guys know, i have my 2-month-holiday (its quite long and i bet this is the first time since i studied here in USU, Medan) but it's still not long enough for me to spend my precious time with my family and friends. But, as the time goes by, i did a lot of things to fill up my holiday. And nowwwwww, let the pictures talk!! :)

But, i have to write it too anyway because i realize the pictures cant really talk. Sobs. Okay. These are the pictures that have been taken at the first week of my holiday. Being with family is such a great time!!

my youngest lil bro, ezham..we call him 'adek'

and this is my lil sis, ellya and she is very gedik..blurghh~

i taught them how to make crossed eye..haha

how i wish i can do this too!! ellya is covering ezham's butt..haha



anyoyoyo..what a cute face of me..oppss..i mean my lil bro..heh~

the common place where ezham can be found when we lost him at mall..

And then, only on the 3rd week of my holiday, my dad gave the permission for me to see my friends at KL (dengan alasan aku nak pergi uamh kakak aku kat Johor and thats the only reason why i can go to KL then baru head to Johor). And i took the opportunity to see my goody buddy, Wanieychan. Lepak umah dia dalam 2 hari, makan handmade cheesecake *craving!*, out to see the Japanese something-something (aku lupa apa nama dia, semacam pasar malam laa tapi versi Jepun..weird?? Heh.) And these are the pictures.

what we call this?

waniey with my uni friends, amar and hafizi..hafizi is waniey childhood friends by the way..

and thats me!

japanese food..and honestly, im not really into it..waste of me! :'(

And this is the best part of my holiday. Finally, after 7 years, i can meet with my lovely-goody-bestie-friend ever. Owhhh, how i miss to see them again! By the way, entry yang pasal naik koc wanita blablabla tu pasal nak pergi umah nadia ni laa. Haha. Not remember? Sila scroll ke entry sebelumnya. Or maybe sebelum-sebelumnya.

3 of us..nadia-farah-ayu..

us again..i love u, my gurlfriends! muahhhh3~

out to somewhere that i dont remember..hahaha..with nadia's family..


this is nadia's husband..they are lovely couple..and im a lil bit jealous with them..haha

i love u gurls and it is for FOREVER!

ada sape-sape yang tahu tempat ni kat mane? mind to remind me? hehe

And then baru lah aku menjejakkan kaki ke Johor yang mana telah menjadi udang di sebalik mi. Ke korang tak paham? Oke la. Straight to the point. As i said before, pergi Johor to see my anak buah adalah satu alasan untuk aku jalan-jalan kat KL. Arghhhh. Malas laa pulak nak explain. Korang paham-paham laa sendiri.

aqeel and harith, my cutey-mutey pies..

nakal laa harith ni..selalu usik adik die..

harith yang nakal dan bising dan kuat menjerit dan selalu kena gigit ngan ateh..opsss!!


kita tengok kepala siapa lebih keras! heh..

And the last one is when i wanna go back home. It was the last day before Muslims start fasting. Family aku datang KL untuk  membawa aku pulang ke pangkal jalan. Wuwuwuwu. Tapi sebelum tu, pergi makan lu reramai at i-dont-remember-where. Hahaha

ellya is a gemuk gurl~



farhan and tok ma...

I think thats all for this time. The guilty feeling of being absent from class is still haunting me. OMJAYYY! I have to study now. But before that, let me finish the HIMYM series first. Hahaha.

Sekian, terima kasih for reading this entry. :)


:: IKLAN ::