:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Senin, 20 Desember 2010

Syukran, Ya Allah~ :)

Salam.


Alhamdulillah, syukran Ya Allah.


Imam Ibnu Atha'ilah berkata, "Buktikan dengan sungguh-sungguh sifat-sifat kekuranganmu, niscaya Allah akan membantumu dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Akuilah kehinaanmu, niscaya Allah menolongmu dengan kemuliaan-Nya. Akuilah kekuranganmu, niscaya Allah menolongmu dengan kekuasaan-Nya. Akuilah kelemahanmu, niscaya Allah akan menolongmu dengan kekuatan-Nya."


Alhamdulillah. 
Syukran, Ya Allah, kerana telah memberikan kejayaan kepadaku. 
Syukran, Ya Allah, kerana telah mengurniakan kejayaan kepada rakan-rakanku.
Syukran, Ya Allah, kerana telah menganugerahkan seorang teman yang begitu memahami.


Keputusan exam baru keluar hari ni. Alhamdulillah. Result kali ini much more better than this. Member-member yang lain pun sama. Hopefully ianya berterusan. Dan semoga result kali ni dapat meningkatkan lagi semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. *ayat agak skema disitu. :p*


Dan.
Kehadiran seseorang yang istimewa dalam hidup, sangat dihargai. Syukran, Ya Allah.


Semoga kebahagiaan yang dirasakan membuatkan aku lebih dekat pada-Nya.
Semoga kebahagiaan yang diberikan menjadikan diri ini lebih menghargai nikmat dari-Nya.
Semoga kebahagiaan yang ada tidak menjadikan aku seorang yang kufur nikmat-Nya.


Alhamdulillah, sebesar-besar penghargaan hanyalah untuk-Mu.









Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::