:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Senin, 20 Desember 2010

Syukran, Ya Allah~ :)

Salam.


Alhamdulillah, syukran Ya Allah.


Imam Ibnu Atha'ilah berkata, "Buktikan dengan sungguh-sungguh sifat-sifat kekuranganmu, niscaya Allah akan membantumu dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Akuilah kehinaanmu, niscaya Allah menolongmu dengan kemuliaan-Nya. Akuilah kekuranganmu, niscaya Allah menolongmu dengan kekuasaan-Nya. Akuilah kelemahanmu, niscaya Allah akan menolongmu dengan kekuatan-Nya."


Alhamdulillah. 
Syukran, Ya Allah, kerana telah memberikan kejayaan kepadaku. 
Syukran, Ya Allah, kerana telah mengurniakan kejayaan kepada rakan-rakanku.
Syukran, Ya Allah, kerana telah menganugerahkan seorang teman yang begitu memahami.


Keputusan exam baru keluar hari ni. Alhamdulillah. Result kali ini much more better than this. Member-member yang lain pun sama. Hopefully ianya berterusan. Dan semoga result kali ni dapat meningkatkan lagi semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. *ayat agak skema disitu. :p*


Dan.
Kehadiran seseorang yang istimewa dalam hidup, sangat dihargai. Syukran, Ya Allah.


Semoga kebahagiaan yang dirasakan membuatkan aku lebih dekat pada-Nya.
Semoga kebahagiaan yang diberikan menjadikan diri ini lebih menghargai nikmat dari-Nya.
Semoga kebahagiaan yang ada tidak menjadikan aku seorang yang kufur nikmat-Nya.


Alhamdulillah, sebesar-besar penghargaan hanyalah untuk-Mu.









Jumat, 10 Desember 2010

sungguh jiwang aku kali ni. malu pulak rasanya.

Salam.

Malam ni mungkin entry yang boleh buat kamu-kamu muntah hijau. So, standard orang akan sediakan payung before hujan. Kamu-kamu yang tak tahan dengan ayat-ayat ala-ala lagu Jazz, sila jangan baca atau sediakan GUNI sebelum baca. Takut muntah. :)

"Saya sayang dia. Sungguh. Saya beruntung sebab kenal siapa dia yang sebenarnya. Sekarang. Bukan sebelum ini. Dan bukan selepas ini. I mean, sekarang. Ada hikmahnya. Banyak. Tapi tak mungkin saya sebutkan semua. Malu. Haha.

Saya sayang dia. Sungguh. Saya berterima kasih kepada Allah (walaupun kadang-kadang saya rasa ini adalah satu ujian daripada Dia. Kenapa? Aaaa..lu pikir lah sendiri yeeee....). Alhamdulillah (walaupun kadang-kadang rasa perlu mengucap Astaghfirullah...) sebab datangkan seorang teman yang sangat memahami. Yang ada saat saya senang dan susah. Insya Allah saya janji that I will do the same.

Saya sayang dia. Sungguh. Walaupun kadang-kadang saya takut kalau-kalau ini hanyalah mainan perasaan, tapi dia yakinkan saya yang dia tak pernah main-main. Dia jujur dengan keluarga saya. Itu dah cukup untuk yakinkan saya dan perasaan saya . Kerana bagi saya, 'family first'. Abang saya dah serahkan tanggungjawab jaga saya pada dia. Harapan saya dan keluarga atas dia sekarang. Terima kasih kerana sudi terima. 


Saya sayang dia. Sungguh. Walaupun dia gila main DoTa, tapi saya takkan marah. Walaupun dia asyik dengan game Fifa, tapi saya takkan membebel. Sebab itu lebih baik daripada dia main-mainkan perasaan saya atau perasaan orang lain. Sementara saya bukan tanggungjawab dia yang sebenar-benarnya, saya rela bermadu dengan game-game tersebut. :p

Saya sayang dia. Sungguh. Saya harap sangat-sangat, kami boleh tahan apa yang kena tahan. Tahu batas. Tahu how to handle situation. Ermmmm. Tak perlu cakap banyak. Cukuplah sekadar dia faham.(Terima kasih awak sebab memahami.) Dan kamu-kamu sila paham-paham sendiri.:)

Saya sayang dia. Sungguh. Dan saya berharap, perasaan ini kekal sampai bila-bila. Dan lebih bagus kalau mak ayah saya kasi saya kahwin sekarang. HAHAHA

Saya sayang awak, Nazrul Amar bin Husin. Sungguh. Terima kasih sebab terima saya. Seadanya. Terima kasih sebab berani. Terima kasih sebab jujur. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Terima kasih atas segala-segalanya, walaupun mungkin terlalu awal untuk saya buat statement macam ni. Tapi saya gembira ada awak dalam hidup saya sekarang.
Saya sayang awak. Sungguh!! :) "

Oke. Good job, Ateh. Hopefully maa and pa' tak baca blog ini. Sekian. :)



:: IKLAN ::