:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Jumat, 15 Oktober 2010

kau memang banyak alasan.


Salam.

Taknak cakap banyak. Serang!!!

a) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau cakap tanak couple sebab tak baik kan? Padahal kau tu yang takde orang nak. Harap muka je boleh tahan, tapi mulut tahap jamban-tak-siap. Sebab tu takde orang nak kau.

b) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau cakap kat orang lain jangan couple kan? Tapi kau yang jealous sebab kau takde teman. Banyak buruk dari baik konon, padahal kau yang duk menyangap nak teman special. Ahhh,macam aku tak tau. Kalau mak nyah nak kau sekarang ni pun mesti kau rembat. Ye laaa. tengah sangap la katakan.

c) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau cakap kat orang lain tak-berapa-nak-pandai sebab bercinta awal-awal. Tapi sebenarnya orang yang kau nak tu tanak kat kau kan? Nak cakap la kat orang yang kau ni setia sebab tunggu dia lama gila. Tapi at the same time duk cari orang yang boleh kau jadikan mangsa kau. Pastu cakap macam-macam supaya orang lain ikut perangai tak senonoh kau tu. Annoying gila la kau ni.

d) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau cakap apa yang orang lain buat tu salah kan? Bodoh la. Bullshit la. Bangang la. Eh eh, kau tak ingat ke kau pernah buat benda tu jugak? Or maybe TENGAH buat benda macam tu jugak? So,kau la bodoh tu kan? Kau la bullshit kan? Kau la yang bangang kan? Owhh,memang terbukti, itu kau!

e) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau harapkan orang yang elok-elok jadi pasangan kau kan? Tapi kau sedar tak perangai kau mengalahkan orang-orang yang kau sumpah-seranah-kan tadi? Kau memang tak sedar diri laa pokoknya. Kau ingat perangai kau tu elok sangat ke yang kau yakin semacam je nak berharap untuk dapat orang yang macam tu? Hey,sendiri mahu ingat la!

f) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau sedap-sedap cakap pasal kisah-kisah cinta kau yang tak berapa nak mumayyiz tu. Nak tunjuk la kan betapa kau kecewa dengan cinta kau yang tak pernah kesampaian. Padahal kau tak sedar perangai kau tu dah menyakitkan hati banyak orang. Haa, sebab tu laa orang pun tak hingin dengan kau. Padan muka kau! 

g) Kau memang banyak alasan. Hahaha. Kau duk puja orang yang tanak kat kau kan? Pastu sedap je duk burukkan orang-orang lain. Hey hey,kau ingat dengan cara macam tu orang kesian kat kau ke? Lagi menyampah adalah. Orang buta yang tuli je yang boleh terima pendapat kau yang macam budak-budak tu. Owhhh, lupa pulak. Kau memang budak-budak pun. Tak matang langsung!

Okey. Yang ni last!

Kau cakap single tu seronok kan? Tak payah susah-suah fikir pasal orang lain kan? Tak payah susah-susah fikir macamana nak jaga perasaan orang lain kan? Tak perlu susah-susah habiskan duit untuk teman special kau tu kan? Kau tahu kenapa kau cakap macam tu? Meh aku nak bagitau. Sebab kau memang tak laku. Memang takde orang nak kat kau. Sebab kau terlalu annoying. Sangatlah tak matang. Sangatlah cakap berbelit-belit macam orang mabuk todi. Sangatlah suka menyakitkan hati orang lain. Terlalu banyak bercakap benda yang tak betul. Ye laa,kalau dah cakap macam orang mabuk todi, celah mana nak betul cakap kau tu. Semuanya cakap kosong! 

Nak tau macamana aku tau? Kau yang tunjukkan dan ceritakan semua kisah bodoh kau tu kat orang! Hahaha. 

 - sape KAU? Kau nak terasa? Silakan.....HA HA HA! -

2 komentar:

Anonim mengatakan...

panas...!!

edayu ateh mengatakan...

memang tu pun tujuan aku~ >:)

:: IKLAN ::