:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Kamis, 21 Oktober 2010

baby,its a fact! :)


Salam and hai bloggers.

Dah lama tak update blog. Its not about the time, tapi more to malas. Hihihi. So,untuk clearkan sikit debu-debu cinta yang melekat kat blog ni, meh nak kasitau beberapa fakta tentang diri saya. Ouchh. Sedikit poyo. Hahaha.

1) Takut gelap. Sebab bila dalam gelap saya mesti terbayangkan benda yang bukan-bukan. Atau lebih tepat lagi, saya memang penakut. Even sekarang pun saya takleh tidur dalam gelap. Rasa macam lemas je. And rasa macam sedang diperhatikan. Erkkkk, scary laa pulak. Huhuhu. So, bila tidur, saya akan on lampu belajar untuk menemani tidur saya. Takde la terang macam lampu siling tu. Cukup sekadar ada cahaya. Kalau black out, bilik sebelah laa yang jadi mangsa.Sebab bergelap dengan orang lain saya takkan takut. Hihihi. Bukan takut gelap je sebenarnya, tapi takut 'awak-tau-apa'. Saya boleh duk sorang-sorang tapi jangan ada yang berani-berani nak usik. So, kepada siapa-siapa yang pernah terfikir untuk menakut-nakutkan saya dengan niat untuk bergurau, sila lupakan. Thanks!


2) Sangat suka kepada orang yang suka buat lawak. Especially lawak yang tiba-tiba. Contohnya Apek, Nabil, Zizan, dan ada beberapa orang teman yang saya tak perlu sebutkan namanya disini. Takut beliau-beliau ini perasan lebih. Hehehe. Tapi memang saya suka orang yang suka buat lawak. Kalau boleh, saya nak bakal husband saya nanti seorang yang suka melawak. And kalau boleh lagi, time nak tunggu tidur tu pun dia buat lawak. Sampai saya tertidur. Hahaha. Melampau sungguh. :D


 3) Nama 'Edayu' tak wujud kat rumah. Betul. Walaupun nama saya agak panjang, tapi nama yang last iaitu 'Edayu' tak pernah wujud kat rumah. Takkan ada yang panggil nama tu bila saya balik kampung. Sampaikan, kadang-kadang bila ada phone call dan yang jawab tu bukan dari kalangan ahli keluarga, mesti dorang cakap, "Sorry, salah nombor,". Hahaha. Biasanya, kat rumah orang akan panggil nama setakat 'Siti' dan 'Noor' sahaja. 'Edayu' hanya dikalangan member-member sekolah menengah. Sebab time sekolah rendah, dorang terikut-ikut dengan panggilan family. Maklumlah, kami dulu rapat. Rumah sebelah-sebelah je. Dah macam family sendiri dah. :)

4) Perlukan nescafe before ke kelas. Owhh, pergi kelas tanpa minum nescafe sangatlah menyakitkan hati. Sebab saya menjadi sangat-sangat mengantuk. Rasa macam buang masa pun ada. So, untuk mengelakkan hal-hal yang menyakitkan hati ni, saya perlu teguk nescafe before pergi kelas. Tak kisah la nescafe ke, kopi kosong ke, kopi 3in1 ke, pokoknya yang ada caffein. Itu je yang dapat buat saya segar. Even kalau ganti dengan milo pun, saya akan rasa macam tak tidur satu malam. Huhuhu. Kalau bulan puasa? Hermmm. Terpaksalah tahan ngantuk dalam kelas. Kalau rasa kelas yang tak penting (ada ke? :| ), memang saya sanggup ponteng. :p


5) Tidur lambat lebih bagus dari bangun awal. Errrrr. Bagi saya la. Sebab saya memang susah nak bangun awal untuk siapkan kerja. Bagi saya, baik tidur lambat siapkan kerja-kerja yang ada daripada terpaksa bangun awal. Tak suka bangun-bangun terus buat kerja. Eyyyy, memang spoil mood kalau macam tu. Huhuhu. Tapi satu je masalahnya nak tidur lambat ni, yang fakta nombor 1) tadi. Saya penakut, dan takut untuk stay up jugak. Hehehe.

6) Suka dengar lagu yang keras-keras. Ganas kan saya? Poyo. Hahaha. Tapi saya memang suka. Nak buat macamane. Lagu-lagu rock, heavy rock, bahkan heavy metal sekalipun, memang kena dengan jiwa saya yang lemah-lembut ni. Saya dengar je lagu ganas-ganas, tapi dalam hati ada taman tau. Hikhikhik. Tapi saya dengar je oke. Bukan nak aplikasikan lirik dia dalam kehidupan seharian. Sebab memang saya akui, kadang-kadang lirik dia memang takleh blaah. Tapi, saya layan je. Hihihi. Tapi lagu-lagu lain pun saya dengar jugak. Nasyid, zikir, pop rock, dan lain-lain lagi. Tapiiiii (banyak pulak tapi aku kali ni. hehehe), bukan lagu jazz oke! Saya paling tak suka lagu jazz. Aduhhhh, pedih telinga dengar lagu macam ni. Menyampah pun ada bila dengar lagu-lagu jazz ni. Budget suara sedap. Boleh tak? Huahuahua

7) Barbie! Hihihi. Yap, saya memang suka Barbie. Bukan budget comel, tapi saya memang suka tengok cerita Barbie. Such a fairytal. Fuuuuuu~ Cerita dia semua happy ending. Baju-baju yang dia pakai semua lawa-lawa. Body dia pun perfect. Kadang-kadang saya rasa macam nak je jumpa Barbie and mintak autograph. Hahaha. Suasana dalam setiap cerita dia tu rasa macam "waaaaahhhhhhhhhh..beautiful~~" And cerita dia semua ada pengajaran. Haaa, bukan tengok saja-saja k. Setiap kali habis tengok cerita Barbie, mesti rasa macam nak tepuk tangan, sebab setiap cerita dia sangat laa exciting. Hihihi. By the way, saya hanya suka tengok CERITA Barbie je. Saya tak suka simpan dolls dia. Tak elok. Rasa macam benda tu hidup je malam-malam. Hahaha. Penakut! Oke. Maybe saya akan buat satu entry pasal Barbie. Remind me bout that, will you? Thanks! :)

Oke la. Nak kena pergi buat ASSignment pulak. Kalau ada paper persoalan lagi tentang diri saya, boleh isi borang pertanyaan kat sebelah ni. *Formspring :p*

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::