:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Minggu, 05 September 2010

new.arrival :))


Salam Ramadhan.

Entry kali ni masih lagi berhubungan dengan perasaan. Tapi bukan lagi perasaan sedih. Apatah lagi perasaan emo, gothic, punk, metal, atau sebagainya. Kali ni perasaan yang ingin ditampilkan adalah perasaan gembira + happy + terharu. *kesat air mata*

- terharu..terharu -

Ini air mata kegembiraan. Air mata untuk mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana telah memberikan satu lagi anugerah yang tidak terhingga kepada keluarga aku, terutamanya keluarga kakak aku yang kedua, Kak Emma. Seorang lagi hero telah lahir. Hero tersebut di beri nama Raja Farhan Najmi bin Raja Fahrulnizam. Lahir pada 5 September 2010. Anak saudara aku yang kedua selepas Harith Hannaan bin Hasrul Anwar. *tapi dah ada 2 orang sebenarnya..express punye..harap paham :) *


 - HARITH HANNAAN BIN HASRUL ANWAR, 1 hari-
vs
- RAJA FARHAN NAJMI BIN RAJA FAHRULNIZAM, 1 hari -
 
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT *macam nak kasi ucapan pulak..ngeee~ :D *, kerana telah mengurniakan seorang lagi waris dalam keluarga aku, dan kerana telah mempermudahkan segala urusan kakak aku saat melahirkan. Serius aku sangat excited bila dapat tahu dia dah lahir petang tadi. Berkaca-kaca kejap mata hazel aku ni. *ehhhhhh? :"> * Hadiah istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi. Alhamdulillah. :)

Tahniah yang tak terhingga buat Kak Emma dan Abg Ngah. Semoga Farhan dapat membesar dan menjadi seorang anak yang soleh, taat pada ibu bapa, dan mencontohi segala sifat-sifat mahmudah la pokoknya. Aku tahu, dalam zaman sekarang ni, bukan senang nak besarkan budak-budak untuk jadi yang terbaik. Ye la. Zaman sekarang, budak-budak mana laa nak dengar cakap mak bapak. Tengok dalam surat khabar laa. Macam-macam kes yang keluar. Ishhhh ishhh ishhh, aku pon dah tak reti nak cakap macamana. Harap-harap anak-anak aku dan anak-anak saudara aku nanti elok la perangainya. *iskkkk,macam mak-mak pulak buat ayat macam ni..huhu*


Tak sangka aku dah ada ramai anak saudara sekarang. Tu tandanya aku pon tak lama lagi boleh la kahwin. *shut up!* Ok la. To Harith and Farhan yang masih kecil and comel and cute, ateh harap korang leh jadi member baik pasni. Nanti ateh balik ateh kasi adiah. Kalo ada duit lebih la. *ngeh ngeh ngeh*


" okay. now i should put all the sadness thing away because.........I GOT A NEW LIL BOY TO BITE OFF!! SOOOOOOO EXCITED! OMG! :)) welcome to your new world, RAJA FARHAN NAJMI BIN RAJA FAHRULNIZAM..ateh is cant wait to see u! :) -Alhamdulillah.. congratez to Endro Haima and Raja Fahrulnizam for the newborn- ♥ ♥ ♥ (^_^) "

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::