:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 07 September 2010

aku suka hari raya! tapi aku sedih bila tak dapat beraya dengan keluarga~

Salam Ramadhan.

Hati tengah hiba ni. Tengok gambar keluarga aku yang tampal kat dinding pun buat aku rasa nak menangis. Apatah lagi kalau dapat komen dari adik beradik dan sanak saudara kat [Facebook].Fuhhhh, mau mengucap panjang nak reply tu. Tangan ngan bibir ketar-ketar tahan sedih. Pastu terbaca pulak status member-member yang macam happy gila dah sampai kat Malaysia, dan tak kurang jugak yang baru packing-packing nak balik. Nak-nak yang kat status YM. Geram je aku nak sound, "Woii..ko invisible ngan aku..after raya baru visible balik.." *budget orang kesah~~ :-" *
 
Otak tengah jam. Pening duk pikir. Nak nangis ke tak. Ke nak buat bodo je. Ikut hati nak je nangis tersedu-sedu atas katil, hantuk-hantuk kepala kat dinding. Tapi otak duk pikir lain. "Apehal ko emo-emo ni,cik hati? Rileks laa. Tak raya lagi. Simpan dulu air mata buat stok raya nanti." *ehh, boleh pulak macam tu.. humphhh*  Last-last aku ambil keputusan untuk post entry yang aku rasa macam boleh menghilangkan senak kat otak ni. Entry yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa rindu aku kat kampung halaman. *boleh ke? wellll, we will see!*

- ketar-ketar bibir aku tahan sedih -

Ok. Ok. Sekarang aku nak story sikit kenapa aku suka sangat hari raya ni. Aku rasa kalau orang tanya aku, apa yang membuatkan hidup aku best tahap gaban, first answer aku adalah "sebab aku boleh sambut raya dengan family." Seeeee, betapa fanatiknya aku dengan hari raya. Aku rasa la kan, kalau laa hari raya tu seorang lelaki, dah lama aku ajak dia kahwin. Tak kisah laa muka dia camane. Dia kaya ke tak. Asal dia boleh buat aku bahagia. Dan pasti jawapan kedua kenapa hidup aku best, sebab aku ada pakwe yang hensem macam Aaron Aziz. HAK HAK HAK.


Adik beradik aku ramai. Nak tau berapa ramai? Try korang angkat semua jari tangan korang. Then patahkan satu jari tangan korang tu. Kira la berapa jari yang tinggal *Syarat dan tema : Bilangan jari haruslah normal iaitu 10 batang. Tidak termasuk jari kaki atau jari kecil yang tumbuh terlebih.* Kalau semua berkumpul time hari raya, aku rasa tu laa saat yang paling bahagia dalam hidup aku. Kecoh gila laa jawabnya. Even kalau tak cukup seorang pun tak jadi masalah. Ade lagi __ orang. (sila kira sendiri.) Ramai lagi tu. Masih ada mood untuk memeningkan kepala masing-masing dengan lawak terkumpul. Adik-adik aku ada masalah mental sikit. Bukan gila. Tapi diorang suka kumpul lawak time kat asrama. Nanti bila dah balik rumah, masing-masing tunjuk hebat, konon diorang la Raja Lawak dalam rumah tu. Aku? Aku tukang gelak je. Gurl yang sopan macam i ni mana ada idea stupid macam tu (padahal aku kumpul balik lawak-lawak diorang, then buat lawak depan kawan-kawan aku. Gelak ramai-ramai, baru la ceria hidup.Heh Heh Heh)

 
 -hidup mau ceria, hati mau gumbira beb!-

Best. Sangat best bila hari raya dengan family aku. Tu baru family kecik. Kalau family aku yang besar (belah ayah and belah mak), lagi la havoc. Aku rase kitorang dah boleh buat team bola + pasukan sorak (pompuan gedik-gedik pakai skirt pendek main pompom) + pasukan sorak (luar kawasan padang duk atas kerusi muke conteng conteng). Best kan? Aku tak paham bila ada orang cakap diorang tak suka hari raya. Then bila aku cerita kat member-member aku yang spesies macam tu, mesti diorang cakap "family kita and life kita berbeza, Nasya Aziz" (wooopssss..tu bukan nama aku.. diorang memang laa..suka buat-buat silap panggil nama macam tu..kenapa ntah.. )

 

Hurmm..actually, banyak lagi yang aku nak tulis pasal raya ni. Tapi hati makin sebak, jiwa makin meronta-ronta nak suruh mata bergenang, lalu kolam air mata pun pecah. Ahhh, aku sedih. Dah. Dah. Aku nak tidur. Sat g bangun bukak posa ngan megi. Tu tanda aku mogok ngan perut. Sebab dia kawan baik ngan hati. Sape suh hati sedih. *stupid!*

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::