:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Rabu, 08 September 2010

kenapa aku tak balik raya?


Salam Ramadhan yang terakhir. :(

 -SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-

Ok. Disebabkan tahun ni aku tak balik beraya kat Malaysia. Dan penduduk Malaysia dah ramai yang bertanya kat aku, "Kenapa Ateh tak balik beraya tahun ni? Tak best laa." Dan tak kurang juga yang cakap,"Laaa..Ateh tak balik Malaysia ke raya tahun ni? Dia raya kat mana eh? Jom laa kita pergi raya ngan dia ramai-ramai. Kesian kat dia tak balik." Touching kan?

 -letih nak menjawab soalan-

Tahun ni merupakan tahun pertama aku tak celebrate hari raya aidilfitri ngan family. Rasa macam kosong je hidup tahun ni. Extreme sungguh. (-_-') Aku sebenarnya malas nak post entry hari ni. Tengah layan lagu Dendang Perantau by P. Ramlee memang buat hati aku kembang kempis. Adui laa. Tapi disebabkan ramai sangat sanak sedare, member-member, dan orang-orang yang asyik tanya aku kenapa aku tak balik, so aku rasa macam nak kena luangkan sedikit masa untuk taip entry ni slow-slow. Bukan apa, senang aku nak copy paste nanti kalau ada orang tanya. Heh Heh Heh.

Sape cakap aku sengaja tanak balik? Sape cakap? Meh nak cepuk. Ingat best sangat ke raya kat tempat orang? Aku lagi suka tau terpijak tahi lembu kat Kg. Kuala Pueh, Kuala Berang daripada makan nasi gurih kat sini. Banyak sebab kenapa aku tak balik raya tahun ni. Sape yang belajar kat Indonesia ni mesti tau serba sedikit masalah yang menimpa walaupun ramai yang cakap, "Alaa..kalo nak boleh je buat..tapi kalo dah pemalas macam Ateh tuh,takleh buat ape laa.." Adussss..Jom kita masuk ke tujuan sebenar penulisan entry aku hari ni.

Kenapa Edayu Ateh tak balik raya kat Malaysia tahun ni?

- Sebab banyak sangat guna duit : nak tau sistem surat menyurat kalau pelajar Malaysia di Indonesia nak keluar dari negara diorang? Meh sini nak kasitau.

1. perlu ada ERP (Exit Re-entry Permit) : satu ERP berharga Rp 250,000.- atau bersamaan dengan lebih kurang RM 87.00. Itu kalau harga normal. Kalau harga tak normal @ ada masalah yang menyebabkan permohonan korang nak buat ERP tu sangkut, alamat harga 2 kali ganda la. Korang kira la sendiri k.

2. untuk buat ERP, diperlukan Surat Fakultas @ surat permohonan daripada fakulti masing-masing pelajar dimana sekeping surat berharga Rp 20,000.- bersamaan RM 7.00. Surat ini hanya siap dalam jangka masa 2 minggu hingga sebulan. Lama kan? Oke. Boleh laa ambil jalan mudah dengan buat surat ni cepat-cepat. Tapi jangan terlalu cepat, sebab surat ni ada expired dia iaitu selama sebulan sahaja daripada tarikh yang telah di cop. Banyak songeh kan? Kalau surat tak boleh guna, kena buat surat lain dengan harga yang lain. Kalau rasa cam dah tak sempat siap, kena tambah duit lagi untuk mempercepatkan proses penyiapan surat. Paham tak kenapa? Harap paham laa. *ceshhhh!!*

 -dushhhh!!!-

3. ERP ni bukan tu je yang dia nak. Banyak lagi dokumen-dokumen lain yang berbayar. Tu tak masuk nak sogok abang yang jaga kaunter lagi. Pastu nak kena fotokopi semua benda guna duit. Then duit minyak motor ulang alik pergi imigrasi. Duit. Duit. Duit.

4. kena buat surat fakultas untuk Bea Bebas Fiskal : aku pon tak sure kenapa perlu ada surat ni. Yang pasti kalo tak buat nanti kat airport korang kena denda yang mungkin mencecah sehingga Rp 2,000,000.- bersamaan RM 700.00. Sekeping surat berharga Rp 20,000.-. Surat fakultas ni semua sama je harganya. Seee. Duit lagi. Duit lagi.

5. kena buat surat konsulat lagi. Duit minyak kena ambik kira di sini.

6. duit tiket flight masa ni memang mahal nak mati. Even kalau beli cepat-cepat pun, harga memang akan melebihi harga normal. Malas nak fikir. :| 

 -tadak duet!!-

7. Baru je habis cuti semester 1.8.2010 yang lepas. Baru je balik dari Malaysia sebulan yang lepas. Takkan bulan ni nak balik lagi? "Hey..ni cuti beraya okeh?? Takkan sama dengan cuti semester tu!" Oke. Aku tau benda tu. Tapi kalo korang jadi aku, korang akan paham persepsi orang kampung bila dengar budak belajar oversea ni asyik balik je. Baik belajar kat Kolumpo. Mau bernanah telinga. Dah la belajar kat negara jiran je. Lagi laa diunderestimatekan. Down betul. 

8. Nanti bulan 12 ada cuti lagi. See. Dekat gila gap cuti semester 1 dan cuti raya dan cuti semester 2. Takkan tiap-tiap bulan aku nak balik? Tiap-tiap bulan nak kena buat surat-surat tadi? Tiap-tiap bulan bapak aku nak kena support duit tiket flight nak balik? Family aku bukan berada sangat. Tak macam family korang-korang yang duit raya sorang mencecah ribu riban. Aku dapat singgit pon dah nasib baik *oke..itu melampau..* Bukan apa, kesian jugak kat mak bapak aku. Even aku tau dorang kompem laa nangis-nangis sebab aku tak balik beraya, tapi takpe la. Aku sanggup menangis kat sini daripada menyusahkan dorang dengan benda yang tak patut. Dato' Pak and Datin Maa, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. *tears*

9. Hari tu aku terlambat nak book tiket flight. Tiket dah mahal gila. So, aku ambil keputusan, raya je la kat sini.

- Ade housemate aku yang tak balik. Member-member pon ade jugak yang tak balik. Boleh la nak support kesedihan kat sini.

- nak rasa sambut raya kat negara orang *alasan ni aku rasa macam tak perlu.just nak tambah point supaya nampak macam "fuhhhhh...banyak nye sebab..patut laa Ateh tak boleh balik.." Tu jek.*

Agak-agak korang laa kan, kalau korang jadi aku korang balik tak? 

 -hurmmmm-

Mesti ada orang tanya, "Orang lain boleh je buat, boleh je balik. Malas cakap malas, Nasya Aziz" sambil buat muka yang rasa cam nak kena lempang ngan aku. Oke. Memang aku malas. Aku takde duit. Sekian.

Tapi takpe. Tahun ni je aku guna alasan-alasan yang macam ni. Tahun-tahun yang mendatang, aku takkan guna lagi. Walau camane susah pon nak balik raya, aku akan paksa kudrat tulang empat kerat yang makin rapuh  ni untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya aku dapat balik beraya. Tak kisah la susah camane sekalipun, aku akan balik kalau ada peluang. AKU JANJI!!! *oke..ade pengecualian di sini..kalo terpakse tak boleh balik sebab dah clinical year..arghhhh!!*

Jum buat Salam Perantau nak? Jum!

"Assalamualaikum. Saya, Edayu Ateh @ Nasya Aziz dari Universitas Sumatera Utara, Medan, Jepun ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli keluarga saya yang tercinta, Pak, Maa, Kak Long, Kak Emma, Abg Epi, Abg Murat, Ezawadi, Ezazul, Ellya, dan Adik. Mintak maaf tahun ni orang tak dapat nak balik beraya bersama. Jangan sedih-sedih k. Sambut laa raya seperti biasa. Huk Huk Huk. Tak lupa juga kepada abang-abang ipar, anak-anak saudara yang kecik-kecik, sorry, tahun ni Ateh tak dapat kasi duit raya. Tahun depan kalau balik Ateh kasi 2 kali lipat keyh..hihi Dan juga sanak saudara belah maa and belah pak, kepada rakan-rakan yang sentiasa diingati, pokoknya kepada semua laaa yang mengenali diri ini (walaupun saya tidaklah sefamous Abang Zack Zukhairi ), Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala salah silap yang mungkin sengaja saya lakukan. Yang tak sengaja tu takleh buat ape laa. Heh Heh Heh" 

-saja memblurkan muka dengan harapan tadak orang kenai :D-

Tidak ada komentar:

:: IKLAN ::