:: UWANG ::

:: IKUTAN YUKK! ::

Selasa, 28 September 2010

Saiketrisma


Salam Aidilfitri.

Ntah nape malam ni aku tetibe rindu nak dengar lagu Q-face..mungkin tak ramai yang tau kewujudan group-band ni..aku dengar lagu-lagu ni pun hasil meminjam walkman dari member aku suatu masa dulu..dulu tak dulu pun mase form 1 jugak laa..takde laa lame sangat kan..baru 7 tahun yang lepas..ehhhh..! haaa, kebetulan ade kaset Q-face dalam walkman tu time aku pinjam..so,aku pun play kan je laa..sekali macam masyukkk pulak kan..tiap-tiap malam aku dengar lagu-lagu Q-face ni before tido..aku dengar ngan member aku (memandangkan walkman sendiri tak wujud lagi time tu..ngeh ngeh ngeh)..kitorang share earphone satu sorang..pastu sanggup plak aku tido atas lantai sebab nak dengar lagu tu punye pasal..takpe..style ape tido atas lantai alas kain batik..baru klasik..he he he..

Termenung and tersenyum sorang-sorang bile aku dengar balik semua lagu-lagu group-band ala-ala Newboyz nih..memang aku hafal mati semua lagu dalam kaset untuk album tuh..siap boleh tegur pulak member aku @ tuan kaset tu yang nyanyi lagu salah..semangat kan? ha ha ha..dan malam ni aku buat semangat lagi (aku memang sentiasa bersemangat anyway) mendownload semua lagu-lagu yang aku pernah dengar dalam album Q-face : Fantasia Musim Cinta..kulit album die colour kuning-kuning,pastu ada gambar mamat berlima iaitu ahli group-band ini..siyes time aku tulis ni aku tak tengok pun gambar sebenar album tu..sampai laa aku google dan aku jumpe pic ni :



OMAIGOD! same! wahhh..rase cam hebat plak boleh ingat kulit album ni..senang je pun..ha ha ha

Dan salah satu lagu fevret aku adala Saiketrisma..lagu die semacam ade isi yang tersirat..aku suke lirik-lirik macam ni..dan betapa semangatnye aku, dengar dan salin balik lirik die..sebab aku google lirik lagu ni tapi tak jumpe..fuhhhh..betape klasiknya group-band nih..ha ha ha..usha sket lirik die jum! [LIRIK LAGU SEIKETRISME - Q FACE]

Saiketrisma – Q face

Jangan benci
Kerana kau yang mahu ku begini
Jangan seksa ku lagi
Mengenal realiti diri
Jiwa berkelana

Antara gemilangnya
Cinta sakti khayalan fantasia
Panahan asmara
Oh penaka durjana

Ku berpuisi kasih
Menari rentak misteri
Menangis tawa bercakap sendiri

Nyanyian irama cinta
Memohon dan berdoa
Lambaian cinta sejati
Kasihmu di infiniti

Di bawah sinar mentari
Mengejar bayang sepi
Pimpinlah aku merentas pelangi

Jangan tanya
Mengapa ku terus masih begini
Kerana engkau yang mahu aku terasing sendiri
Hidup tanpa erti



seee..lirik die macam orang yang dah gile sebab putus cinta..dengar lagu die sekali..nak senang korang search kat 4shared.com..best best! 

kesimpulan die, aku rindu kat member aku ni sorang (member-member lain pun rindu jugaaaa!) tapi lagu ni kisah kami berdua..yang pasti, bukan kisah cinta..hanya kisah sahabat yang sanggup kongsi suka duka waktu mula-mula masuk asrama..ha ha ha.. miss you, Wan Norfarahain binti Wan M. Rais! :)

Senin, 27 September 2010

some words to a friend.


Salam Aidilfitri.

"Please forgive me for what i've said, for what i've done, for everything." 
Is it hard to say that, my dear friend?
Owhh, you said it before.
But, is it hard for you to keep what you have said?
And is it hard for you to think before you make fun of all the peoples around you?

It's not about me hating you. 
As I'm not blaming you for all the things that had happened.
I don't hate you. 
I just don't like you. 
No hard feeling, because i know you don't like me, neither.

I love to hear all your jokes, the stupid one especially.
I love to see the way you laugh, and how we laugh together.
Deep in my heart, I would like to have a best friend just like you.
Is it too much if i put 'boyfriend' instead of 'best friend' there?
Let me think.
Hurmmmm.
I think so. :)

But, there's something in you that I can't stand the most.
It is when you give me a reason to not to trust you, nor like you, nor be close to you.
And as I told you, I can forgive, but I do not re trust.

No one perfect, I know.
I don't expect any perfectness in you.
But, you will be just fine to me when you do meant what you're saying.
That's all. 
Nothing else. :)

If I can say this right into your face, I will.
But something telling me to not to do so.
Because it might hurt you.
And hurt me the most when you yelling back at me.
You always doing that to me, don't you remember?

But still, there's a piece of love for you, as my friend, and as my best friend, not a-very-long-time-ago. :)

- Please put a 'not' between 'is' and 'me'. :) -


Rabu, 22 September 2010

Sape nk hadiah free? =)


Salam Aidilfitri. (sebulan kan? :p)

Oke. Tanak melalut jauh. Oleh sebab takde keje nak buat (tipu! keje tutor tak siap lagi..bahan tutor..buku log tutor tak salin lagi..flipchart untuk presentation tak buat lagi..buku nak cari bahan tak sentuh lagi..bla..bla..bla.. :| ), so i decided to reply a competition that has been made up by my besties, Nadia Farahida. Besides, boleh jugak cube nasib kut² laa dapat PULSA free. (pulsa = kredit @ top up). He he he. Untuk membuktikan bahawa saya telah memenuhi semua rules for this competition, saya akan menaip entry berdasarkan rules tersebut (berharap agar dengan cara ini saya dapat menambat hati juri. Ouchhh~ :">)

1. Buat entry "Sape nak hadiah free? =)" . (DONE!)

Tak reti jugak nak buat entry pasal "Sape nk hadiah free? =)" ni. Sebelum tu, saya ingin memberi kredit kepada diri sendiri sebab menaip tajuk "Sape nk hadiah free? =)" ini dengan tepat dan bernas. Takde cacat cela compared to the original one. Bukan copy paste oke. Hasil menaip sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar Puan Nadia Farahida *bestnye title awak sekarang!! :')* dapat mencelikkan mata melihat hasil kerja saya yang tidak seberapa ini. Ha ha ha. (Oke. Dah nampak macam panjang sikit dah entry ni. Kena fikir sikit lagi idea untuk menambahkan kepanjangan entry ni. :p)

Nadia Farahida sangatlah bermurah hati nak kasi hadiah kat member-member blog dia. Biasalah, orang tengah bahagia. Siapa yang tanak hadiah free,ye dakk?? Walaupun aku jauh nun di seberang, tapi aku  harap dengan pengorbanan aku ni, dapat jugak aku merasa hadiah free tersebut. Boleh laa. Boleh laa. *winking* So, sape² yang rasa takde keje nak buat, boleh laa membawa diri ke blog beliau dengan mengklik gambar di bawah ini. 



2. Letakkan gambar tadi kat side bar blog dan linkkan. (DONE!!)

Tak caya? Boleh la lihat di sebelah. Walaupun tiba-tiba je ada gambar kereta di situ, tapi tak mengapa. Diharap pengorbanan yang ni pun dapat menambahkan kredit untuk saya supaya saya dapat hadiah free tersebut. (pengorbanan ni yong! Ha ha ha) Dan gambar tersebut akan available hingga tarikh tamat tempoh penyertaan iaitu pada 01.10.10 pada jam 10 a.m (lawa kan tarikh dan masa tersebut) *clapclapclap!:)*

3. Menjadi follower blog Puan Nadia Farahida. (DONE!!)

Dah lama dah saya jadi follower beliau. Sejak beliau mula mengandungkan blog tersebut, (ehhhh?) saya dah berura-ura menjadi follower. Sehinggalah beliau selamat melahirkan blog tersebut pada 16 Julai 2010 (seeeeee!! saya tau bila awak bergelar seorang ibu blogger! L.O.L!)

4. Tag 3 org blogger

Aaaaa. Yang ini agak mencabar. Bukan sebab apa, tapi sebab saya ni bukan diantara blogger yang famous macam Famous Amos. :'( So, kene berfikir panjang sebelum mengetag orang-orang tersebut. Selain itu, member-member blogger saya pun member-member blogger kepada Puan Nadia Farahida juga. Tapi takpe, dengan semangat yang waja, saya akan tetap mengetag orang lain. Dan yang bertuah untuk ditag adalah mereka-mereka ini. :D
i) Ainaa Amira - besties kat MRSM TGB. :)
ii) Ridzuani Salma - besties kat alam maya. :)
ii) Kak Jenn - senior yang best. :)

Dan saya juga dah let them know that they has been tagged. ;) (doakan saya dapat hadiah free ni ye! :p )

5. Tinggalkan name dan link entry penyertaan kat kotak komen entry "Sape nk hadiah free? =)". (DONE!!)

Tak caya? Boleh usha sendiri kat page Nadia Farahida :)

Ha ha ha. Semangat bukan? Takpe. Tak salah untuk mencuba dan membuang masa. Demi yong, saya sanggup lakukan apa saja. *kredit lagi! hakhakhak*. 



Sabtu, 11 September 2010

entry.hentam.orang


Salam Aidilfitri~

Sedikit kata-kata yang agak bernas untuk diungkapkan kali ni. Agak panas apabila niat makan nasi himpit terbantut gara-gara ada budak dari planet Marikh telah menge'post' satu entry yang agak mengjengkelkan hati aku. Ok. Ada sedikit klu untuk budak planet Marikh di situ.

Kalau kau rasa kau sorang je ada blog, aku pon ada. Kalau kau rasa kau boleh anonymouskan orang lain dalam blog kau, aku pon boleh. Kalau kau rasa kau boleh hentam si anonymous tersebut tanpa rasa bersalah, aku pon boleh buat macam tu jugak.

Dan. Kau memang perangai teruk. Kau memang pemalas nak mati. Kau memang tak reti nak hargai perasaan orang lain. Kau memang takde perasaan. Kau memanglah. Memang. 

Dan. Aku yang cakap macam tu. Cakap macam tu kat kau. Memang aku sengaja cakap macam tu. Kau nak mencarut ngan aku? Kau nak cakap WTF kat aku? Cakap lah. Tulis lah.

Dan. Ini blog aku. Itu blog kau. Sukati aku nak tulis pasal apa-apa. Pasal siapa-siapa. Sukati kau nak tulis apa-apa. Pasal siapa-siapa. Go on. 

Dan. Kau memang suka hentam orang dalam blog kau kan?

Siapa kau? Siapa budak planet Marikh tersebut? Siapa? Siapa? Kau nak terasa? Silakan. 

hey you!!!

Jumat, 10 September 2010

salam kerinduan dari kejauhan


Salam Aidilfitri untuk semua.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN." Nothing much to say. Walaupun raya tahun ni tidak semeriah tahun-tahun lain, tapi tetap gembira. Walaupun raya tahun ni tidak berada di kalangan family, tapi tetap berada di samping kawan-kawan yang disayangi. Walaupun raya tahun ni kaki tak berpijak di tanah air sendiri, tapi raya tetap di sambut dengan happy-nya. Suka suka suka. tihihihihi

Ok la. Malas nak mengarut panjang. Ada beberapa keping gambar yang ingin dikongsi bersama sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri di negara jiran, Indonesia. By the way,nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada member-member yang memeriahkan raya aku tahun ni, sebab sama-sama tak balik beraya di Malaysia. Kepada Farhana, Alyaa, dan Suhaila, saya sayang kau orang semua. Kau orang memang cute dan comel. Kau orang memang best! *peluk peluk cium cium* Dan pada teman-teman yang lain, terima kasih sebab tumpang happy sekali. Ha ha ha.

Check it out!

berbaju raya - ruhayu -
berbaju ungu - ruhana -
berbaju hijau - ruhaya -
berbaju hijau lumut - ruhila -
tima kasih kat angpa suma..aku sayang angpa! :)
hakim - ayu- ana - alyaa - amir - shakir - daim

peace hari raya!
ruhana, ang memang cun time raya..tima kasih bawak kami beraya naik Honda Jazz!
ruhaya jadi co-pilot berjaya!
kami sekadar pentumpang yang berjaya. ngeee~ - ruhila & ruhayu -
makan kat open house di rumah Konsulat Jeneral Malaysia, Pn. Norlin~

Rabu, 08 September 2010

kenapa aku tak balik raya?


Salam Ramadhan yang terakhir. :(

 -SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-

Ok. Disebabkan tahun ni aku tak balik beraya kat Malaysia. Dan penduduk Malaysia dah ramai yang bertanya kat aku, "Kenapa Ateh tak balik beraya tahun ni? Tak best laa." Dan tak kurang juga yang cakap,"Laaa..Ateh tak balik Malaysia ke raya tahun ni? Dia raya kat mana eh? Jom laa kita pergi raya ngan dia ramai-ramai. Kesian kat dia tak balik." Touching kan?

 -letih nak menjawab soalan-

Tahun ni merupakan tahun pertama aku tak celebrate hari raya aidilfitri ngan family. Rasa macam kosong je hidup tahun ni. Extreme sungguh. (-_-') Aku sebenarnya malas nak post entry hari ni. Tengah layan lagu Dendang Perantau by P. Ramlee memang buat hati aku kembang kempis. Adui laa. Tapi disebabkan ramai sangat sanak sedare, member-member, dan orang-orang yang asyik tanya aku kenapa aku tak balik, so aku rasa macam nak kena luangkan sedikit masa untuk taip entry ni slow-slow. Bukan apa, senang aku nak copy paste nanti kalau ada orang tanya. Heh Heh Heh.

Sape cakap aku sengaja tanak balik? Sape cakap? Meh nak cepuk. Ingat best sangat ke raya kat tempat orang? Aku lagi suka tau terpijak tahi lembu kat Kg. Kuala Pueh, Kuala Berang daripada makan nasi gurih kat sini. Banyak sebab kenapa aku tak balik raya tahun ni. Sape yang belajar kat Indonesia ni mesti tau serba sedikit masalah yang menimpa walaupun ramai yang cakap, "Alaa..kalo nak boleh je buat..tapi kalo dah pemalas macam Ateh tuh,takleh buat ape laa.." Adussss..Jom kita masuk ke tujuan sebenar penulisan entry aku hari ni.

Kenapa Edayu Ateh tak balik raya kat Malaysia tahun ni?

- Sebab banyak sangat guna duit : nak tau sistem surat menyurat kalau pelajar Malaysia di Indonesia nak keluar dari negara diorang? Meh sini nak kasitau.

1. perlu ada ERP (Exit Re-entry Permit) : satu ERP berharga Rp 250,000.- atau bersamaan dengan lebih kurang RM 87.00. Itu kalau harga normal. Kalau harga tak normal @ ada masalah yang menyebabkan permohonan korang nak buat ERP tu sangkut, alamat harga 2 kali ganda la. Korang kira la sendiri k.

2. untuk buat ERP, diperlukan Surat Fakultas @ surat permohonan daripada fakulti masing-masing pelajar dimana sekeping surat berharga Rp 20,000.- bersamaan RM 7.00. Surat ini hanya siap dalam jangka masa 2 minggu hingga sebulan. Lama kan? Oke. Boleh laa ambil jalan mudah dengan buat surat ni cepat-cepat. Tapi jangan terlalu cepat, sebab surat ni ada expired dia iaitu selama sebulan sahaja daripada tarikh yang telah di cop. Banyak songeh kan? Kalau surat tak boleh guna, kena buat surat lain dengan harga yang lain. Kalau rasa cam dah tak sempat siap, kena tambah duit lagi untuk mempercepatkan proses penyiapan surat. Paham tak kenapa? Harap paham laa. *ceshhhh!!*

 -dushhhh!!!-

3. ERP ni bukan tu je yang dia nak. Banyak lagi dokumen-dokumen lain yang berbayar. Tu tak masuk nak sogok abang yang jaga kaunter lagi. Pastu nak kena fotokopi semua benda guna duit. Then duit minyak motor ulang alik pergi imigrasi. Duit. Duit. Duit.

4. kena buat surat fakultas untuk Bea Bebas Fiskal : aku pon tak sure kenapa perlu ada surat ni. Yang pasti kalo tak buat nanti kat airport korang kena denda yang mungkin mencecah sehingga Rp 2,000,000.- bersamaan RM 700.00. Sekeping surat berharga Rp 20,000.-. Surat fakultas ni semua sama je harganya. Seee. Duit lagi. Duit lagi.

5. kena buat surat konsulat lagi. Duit minyak kena ambik kira di sini.

6. duit tiket flight masa ni memang mahal nak mati. Even kalau beli cepat-cepat pun, harga memang akan melebihi harga normal. Malas nak fikir. :| 

 -tadak duet!!-

7. Baru je habis cuti semester 1.8.2010 yang lepas. Baru je balik dari Malaysia sebulan yang lepas. Takkan bulan ni nak balik lagi? "Hey..ni cuti beraya okeh?? Takkan sama dengan cuti semester tu!" Oke. Aku tau benda tu. Tapi kalo korang jadi aku, korang akan paham persepsi orang kampung bila dengar budak belajar oversea ni asyik balik je. Baik belajar kat Kolumpo. Mau bernanah telinga. Dah la belajar kat negara jiran je. Lagi laa diunderestimatekan. Down betul. 

8. Nanti bulan 12 ada cuti lagi. See. Dekat gila gap cuti semester 1 dan cuti raya dan cuti semester 2. Takkan tiap-tiap bulan aku nak balik? Tiap-tiap bulan nak kena buat surat-surat tadi? Tiap-tiap bulan bapak aku nak kena support duit tiket flight nak balik? Family aku bukan berada sangat. Tak macam family korang-korang yang duit raya sorang mencecah ribu riban. Aku dapat singgit pon dah nasib baik *oke..itu melampau..* Bukan apa, kesian jugak kat mak bapak aku. Even aku tau dorang kompem laa nangis-nangis sebab aku tak balik beraya, tapi takpe la. Aku sanggup menangis kat sini daripada menyusahkan dorang dengan benda yang tak patut. Dato' Pak and Datin Maa, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. *tears*

9. Hari tu aku terlambat nak book tiket flight. Tiket dah mahal gila. So, aku ambil keputusan, raya je la kat sini.

- Ade housemate aku yang tak balik. Member-member pon ade jugak yang tak balik. Boleh la nak support kesedihan kat sini.

- nak rasa sambut raya kat negara orang *alasan ni aku rasa macam tak perlu.just nak tambah point supaya nampak macam "fuhhhhh...banyak nye sebab..patut laa Ateh tak boleh balik.." Tu jek.*

Agak-agak korang laa kan, kalau korang jadi aku korang balik tak? 

 -hurmmmm-

Mesti ada orang tanya, "Orang lain boleh je buat, boleh je balik. Malas cakap malas, Nasya Aziz" sambil buat muka yang rasa cam nak kena lempang ngan aku. Oke. Memang aku malas. Aku takde duit. Sekian.

Tapi takpe. Tahun ni je aku guna alasan-alasan yang macam ni. Tahun-tahun yang mendatang, aku takkan guna lagi. Walau camane susah pon nak balik raya, aku akan paksa kudrat tulang empat kerat yang makin rapuh  ni untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya aku dapat balik beraya. Tak kisah la susah camane sekalipun, aku akan balik kalau ada peluang. AKU JANJI!!! *oke..ade pengecualian di sini..kalo terpakse tak boleh balik sebab dah clinical year..arghhhh!!*

Jum buat Salam Perantau nak? Jum!

"Assalamualaikum. Saya, Edayu Ateh @ Nasya Aziz dari Universitas Sumatera Utara, Medan, Jepun ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli keluarga saya yang tercinta, Pak, Maa, Kak Long, Kak Emma, Abg Epi, Abg Murat, Ezawadi, Ezazul, Ellya, dan Adik. Mintak maaf tahun ni orang tak dapat nak balik beraya bersama. Jangan sedih-sedih k. Sambut laa raya seperti biasa. Huk Huk Huk. Tak lupa juga kepada abang-abang ipar, anak-anak saudara yang kecik-kecik, sorry, tahun ni Ateh tak dapat kasi duit raya. Tahun depan kalau balik Ateh kasi 2 kali lipat keyh..hihi Dan juga sanak saudara belah maa and belah pak, kepada rakan-rakan yang sentiasa diingati, pokoknya kepada semua laaa yang mengenali diri ini (walaupun saya tidaklah sefamous Abang Zack Zukhairi ), Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala salah silap yang mungkin sengaja saya lakukan. Yang tak sengaja tu takleh buat ape laa. Heh Heh Heh" 

-saja memblurkan muka dengan harapan tadak orang kenai :D-

Selasa, 07 September 2010

aku suka hari raya! tapi aku sedih bila tak dapat beraya dengan keluarga~

Salam Ramadhan.

Hati tengah hiba ni. Tengok gambar keluarga aku yang tampal kat dinding pun buat aku rasa nak menangis. Apatah lagi kalau dapat komen dari adik beradik dan sanak saudara kat [Facebook].Fuhhhh, mau mengucap panjang nak reply tu. Tangan ngan bibir ketar-ketar tahan sedih. Pastu terbaca pulak status member-member yang macam happy gila dah sampai kat Malaysia, dan tak kurang jugak yang baru packing-packing nak balik. Nak-nak yang kat status YM. Geram je aku nak sound, "Woii..ko invisible ngan aku..after raya baru visible balik.." *budget orang kesah~~ :-" *
 
Otak tengah jam. Pening duk pikir. Nak nangis ke tak. Ke nak buat bodo je. Ikut hati nak je nangis tersedu-sedu atas katil, hantuk-hantuk kepala kat dinding. Tapi otak duk pikir lain. "Apehal ko emo-emo ni,cik hati? Rileks laa. Tak raya lagi. Simpan dulu air mata buat stok raya nanti." *ehh, boleh pulak macam tu.. humphhh*  Last-last aku ambil keputusan untuk post entry yang aku rasa macam boleh menghilangkan senak kat otak ni. Entry yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa rindu aku kat kampung halaman. *boleh ke? wellll, we will see!*

- ketar-ketar bibir aku tahan sedih -

Ok. Ok. Sekarang aku nak story sikit kenapa aku suka sangat hari raya ni. Aku rasa kalau orang tanya aku, apa yang membuatkan hidup aku best tahap gaban, first answer aku adalah "sebab aku boleh sambut raya dengan family." Seeeee, betapa fanatiknya aku dengan hari raya. Aku rasa la kan, kalau laa hari raya tu seorang lelaki, dah lama aku ajak dia kahwin. Tak kisah laa muka dia camane. Dia kaya ke tak. Asal dia boleh buat aku bahagia. Dan pasti jawapan kedua kenapa hidup aku best, sebab aku ada pakwe yang hensem macam Aaron Aziz. HAK HAK HAK.


Adik beradik aku ramai. Nak tau berapa ramai? Try korang angkat semua jari tangan korang. Then patahkan satu jari tangan korang tu. Kira la berapa jari yang tinggal *Syarat dan tema : Bilangan jari haruslah normal iaitu 10 batang. Tidak termasuk jari kaki atau jari kecil yang tumbuh terlebih.* Kalau semua berkumpul time hari raya, aku rasa tu laa saat yang paling bahagia dalam hidup aku. Kecoh gila laa jawabnya. Even kalau tak cukup seorang pun tak jadi masalah. Ade lagi __ orang. (sila kira sendiri.) Ramai lagi tu. Masih ada mood untuk memeningkan kepala masing-masing dengan lawak terkumpul. Adik-adik aku ada masalah mental sikit. Bukan gila. Tapi diorang suka kumpul lawak time kat asrama. Nanti bila dah balik rumah, masing-masing tunjuk hebat, konon diorang la Raja Lawak dalam rumah tu. Aku? Aku tukang gelak je. Gurl yang sopan macam i ni mana ada idea stupid macam tu (padahal aku kumpul balik lawak-lawak diorang, then buat lawak depan kawan-kawan aku. Gelak ramai-ramai, baru la ceria hidup.Heh Heh Heh)

 
 -hidup mau ceria, hati mau gumbira beb!-

Best. Sangat best bila hari raya dengan family aku. Tu baru family kecik. Kalau family aku yang besar (belah ayah and belah mak), lagi la havoc. Aku rase kitorang dah boleh buat team bola + pasukan sorak (pompuan gedik-gedik pakai skirt pendek main pompom) + pasukan sorak (luar kawasan padang duk atas kerusi muke conteng conteng). Best kan? Aku tak paham bila ada orang cakap diorang tak suka hari raya. Then bila aku cerita kat member-member aku yang spesies macam tu, mesti diorang cakap "family kita and life kita berbeza, Nasya Aziz" (wooopssss..tu bukan nama aku.. diorang memang laa..suka buat-buat silap panggil nama macam tu..kenapa ntah.. )

 

Hurmm..actually, banyak lagi yang aku nak tulis pasal raya ni. Tapi hati makin sebak, jiwa makin meronta-ronta nak suruh mata bergenang, lalu kolam air mata pun pecah. Ahhh, aku sedih. Dah. Dah. Aku nak tidur. Sat g bangun bukak posa ngan megi. Tu tanda aku mogok ngan perut. Sebab dia kawan baik ngan hati. Sape suh hati sedih. *stupid!*

Minggu, 05 September 2010

new.arrival :))


Salam Ramadhan.

Entry kali ni masih lagi berhubungan dengan perasaan. Tapi bukan lagi perasaan sedih. Apatah lagi perasaan emo, gothic, punk, metal, atau sebagainya. Kali ni perasaan yang ingin ditampilkan adalah perasaan gembira + happy + terharu. *kesat air mata*

- terharu..terharu -

Ini air mata kegembiraan. Air mata untuk mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana telah memberikan satu lagi anugerah yang tidak terhingga kepada keluarga aku, terutamanya keluarga kakak aku yang kedua, Kak Emma. Seorang lagi hero telah lahir. Hero tersebut di beri nama Raja Farhan Najmi bin Raja Fahrulnizam. Lahir pada 5 September 2010. Anak saudara aku yang kedua selepas Harith Hannaan bin Hasrul Anwar. *tapi dah ada 2 orang sebenarnya..express punye..harap paham :) *


 - HARITH HANNAAN BIN HASRUL ANWAR, 1 hari-
vs
- RAJA FARHAN NAJMI BIN RAJA FAHRULNIZAM, 1 hari -
 
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT *macam nak kasi ucapan pulak..ngeee~ :D *, kerana telah mengurniakan seorang lagi waris dalam keluarga aku, dan kerana telah mempermudahkan segala urusan kakak aku saat melahirkan. Serius aku sangat excited bila dapat tahu dia dah lahir petang tadi. Berkaca-kaca kejap mata hazel aku ni. *ehhhhhh? :"> * Hadiah istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi. Alhamdulillah. :)

Tahniah yang tak terhingga buat Kak Emma dan Abg Ngah. Semoga Farhan dapat membesar dan menjadi seorang anak yang soleh, taat pada ibu bapa, dan mencontohi segala sifat-sifat mahmudah la pokoknya. Aku tahu, dalam zaman sekarang ni, bukan senang nak besarkan budak-budak untuk jadi yang terbaik. Ye la. Zaman sekarang, budak-budak mana laa nak dengar cakap mak bapak. Tengok dalam surat khabar laa. Macam-macam kes yang keluar. Ishhhh ishhh ishhh, aku pon dah tak reti nak cakap macamana. Harap-harap anak-anak aku dan anak-anak saudara aku nanti elok la perangainya. *iskkkk,macam mak-mak pulak buat ayat macam ni..huhu*


Tak sangka aku dah ada ramai anak saudara sekarang. Tu tandanya aku pon tak lama lagi boleh la kahwin. *shut up!* Ok la. To Harith and Farhan yang masih kecil and comel and cute, ateh harap korang leh jadi member baik pasni. Nanti ateh balik ateh kasi adiah. Kalo ada duit lebih la. *ngeh ngeh ngeh*


" okay. now i should put all the sadness thing away because.........I GOT A NEW LIL BOY TO BITE OFF!! SOOOOOOO EXCITED! OMG! :)) welcome to your new world, RAJA FARHAN NAJMI BIN RAJA FAHRULNIZAM..ateh is cant wait to see u! :) -Alhamdulillah.. congratez to Endro Haima and Raja Fahrulnizam for the newborn- ♥ ♥ ♥ (^_^) "

Sabtu, 04 September 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Salam Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang menjadi pengantaraan manusia pada belas kasih Allah SWT. Yang tidak dapat dirasakan di bulan–bulan lain. Ramadhan merupakan bulan terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka serta dibelenggunya syaitan penggangu dan penghasut manusia untuk berbuat kemungkaran dan kezaliman. Maka datangnya bulan yang mulia ini seharusnyalah selalu diselitkan dengan merenungi hari-hari di mana kita diliputi oleh dosa dan maksiat yang membuat kita jauh dari Allah SWT. Hal tersebut dapat kita upayakan dengan memperbaiki hubungan antara kita dengan Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dan senantiasa berada di jalan yang lurus, pun hubungan antara kita dengan yang lainnya. 



Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki berbagai keistimewaan, sepatutnya kita menyusun langkah dan rencana-rencana agar tidak kehilangan keistimewaan yang terkandung di dalamnya. Jika pada bulan Ramadhan kita mengistimewakan hidangan jasadiyah kita dengan baik dan lengkap, maka demikian juga seharusnya dengan hidangan rohaniyah harus terpenuhi dengan baik.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang hari-harinya, malam-malamnya, jam-jamnya, minit-minitnya, dan detik-detiknya memiliki keutamaan yang tiada tara dibandingkan dengan bulan-bulan lainnya, apatah lagi jika diisi dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sungguh sayang kan jika bulan Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain atau menjadikannya sebagai rutin tahunan yang sudah biasa (annual culture) bahkan menjadi adat untuk dilakukan tanpa menghasilkan pencapaian tujuan dari Ramadhan itu sendiri. Akankah Ramadhan yang kita lalui pergi begitu saja tanpa kita isi dengan nilai-nilai dan amal-amal apapun? Atau kita melewati waktu-waktunya dengan kesenangan sesaat tanpa mengisinya sedikitpun dengan ibadah-ibadah yang mempererat hubungan kita dengan Allah SWT? Hamba yang bertakwa seharusnya menyambut bulan Ramadhan sebagai bulan untuk memperbaiki diri, meraih sebanyak-banyaknya kebaikan dengan mengisi amalan yang dapat meningkatkan ketakwaanya.

" Jangan terlalu gembira dalam menyambut kedatangan Syawal, tanpa memikirkan bulan Ramadhan yang semakin berlalu pergi. Sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan tahun depan? Renung-renungkan dan selamat beramal. " 


Rabu, 01 September 2010

premenstrual syndrome

salam ramadhan.

saya nak balik..sekarang! sedih..sedih sungguh sekarang ni..nak jumpa maa..nak jumpa pak..nak jumpa kakak-kakak abang-abang adik-adik..first time raya di perantauan..macam s**t je ada perasaan sedih macam ni...arghhhhh!!!! benci kau! pergi jauh-jauh laaa!! :'(

:: IKLAN ::